Chapter 47

761 36 0
                                    

Sudah masuk 2 minggu, Amber berada di hospital. Tapi batang hidung suaminya langsung tidak nampak.

Hanya Ruby dan Tabby selalu menjaganya di hospital. Bila ditanya kepada mereka, mereka kata yang Rayden busy di office.

Amber berasa yang mereka melakukan perang dingin. Tapi apa salahnya? Dia ada buat sesuatu yang membuatkan lelaki itu sakit hati ke?

Tah la, dia pun takde jawapan untuk persoalan tersebut.

Hari ni, dia bakal pulang ke rumah tapi bukan rumahnya dan Rayden, tapi mansion Death Rose.

Dia pun tak tahu kenapa? Tapi atas keselamatan dia dia harus menetap di mansion tersebut. Ruby juga memberitahu bahawa hal itu juga atas arahan daripada Rayden.

'Kau termenung apa tu. Cepatlah. Kereta dah tunggu kat bawah' kata Ruby.

'Takde apalah, Rayden still taknak jumpa aku ke?' tanya Amber sedih.

Ruby menghelakan nafasnya perlahan. Dia duduk di sebelah Amber.

'Dia tengah busy tu. Nanti kalau dia free dia baliklah jumpa kau. Aku rasa mesti dia ada sebab tak jumpa kau. Kau tunggu je dia eh' kata Ruby memberi semangat kepada Amber. Dia kesihan kepada Amber yang seperti mati laki itu. Setiap hari soalan yang sama diajukan kepadanya.

Dia tahu yang Amber rindu akan lelaki itu. Memang salah Rayden juga tidak menjenguk langsung isterinya yang sedang berada di hospital itu.

Amber mengangguk. Dia faham akan kesibukan lelaki itu tapi takkan takde masa langsung untuk menjenguknya.

Dia berdiri lalu keluar dari wad tersebut.

Ruby hanya mengikut dari belakang.

:::::::::::::::

Amelio mengetuk pintu office Rayden. Setelah di beri kebenaran untuk masuk baru lelaki itu masuk kedalam.

'Yow, bro. Busy ke?' kata Amelio lalu duduk di kerusi dihadapan Rayden yang sedang menatap komputernya.

Rayden hanya mengehem sebagai jawapan.

'Kau tak pergi tengok isteri kau ke? Aku tengok sejak 2 minggu lepas, masa Amber masuk hospital tu kau dah tak pergi tengok dia dah?' tanya Amelio.

Rayden menjeling kearah Amelio. Amelio menelan air liurnya. Seram melihat jelingan tersebut.

Ni kalau bukan sebab Ruby yang mengesanya untuk bertanya kepada lelaki itu takdenya dia datang sini semata mata untuk berborak dengan lelaki yang menyeramkan itu.

Sejak Amber dimasukkan hospital, Rayden menjadi seorang yang selalu serabut , pemarah even perkara tu kecik je. Lepastu, dia akan melepak di bilik Amber di mansion Death Rose sehingga berjam-jam.

'Aku takkan jumpa dia selagi aku tak jumpa siapa yang langgar dia' kata Rayden dingin.

'Tapi, aku dengar yang Amber hari hari tanya pasal kau. Hari hari muka dia murung. Tak ceria macam selalu' kata Amelio memancing hati Rayden

Ya, dia tahu yang Rayden mula jatuh cinta dengan Amber.

Buktinya, dia sanggup turun padang mencari orang yang melanggar Amber.

'Sejak bila kau dah pandai bergosip ni? Dah takde kerja ke? Nak aku tambah ke?' tanya Rayden pada Amelio.

'Eh tak payah. Yang ada tu pun tak siap lagi. Aku keluar dululah' kata Amelio. Cepat sahaja kakinya melangkah keluar.

Rayden memusingkan kerusi kebelakang lalu melihat kearah cermin yang menampakan permandangan jalan raya yang sibuk itu.

'I'm sorry, Amber to make you wait for me. But, can you wait for me just for a while?' tanya Rayden seperti bercakap dengan Amber.

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Where stories live. Discover now