Chapter 5

849 42 6
                                    

Amber terbangun dari tidurnya. Dia melihat jam di teleponnya. Baru pukul 8.30 pagi.

'Awal lagi, malasnya nak pergi office. Tak pelah cepat pergi, cepat balik' kata Amber lalu bangun untuk mandi dan bersiap.

Setelah selesai memakai baju dia pun duduk di meja soleknya untuk ber make up. Dia hanya melukis kening, memakai bedak dan memakai lip gloss untuk tidak kelihatan pucat.

Outfit yang dikenakan Amber sangat simple sama seperti makeup nya.

Outfit Amber

Setelah itu, dia turun kebawah

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Setelah itu, dia turun kebawah. Dia terus pergi ke dapur untuk minum susu.

Dia melihat ramai cousin, aunty dan Uncle nya berada di meja makan sedang berborak sambil tertawa.

Dia mengambil susu lalu berjalan kearah meja makan.

'Korang tidur sini ke semalam' tanya Amber. Kini semua mata memandang kearah Amber.

'Haah, kitaorang tidur sini semalam. Ni Amber nak pergi mana pagi pagi ni' tanya Mel kepada Amber.

'Yelah, Amber nak pergi mana ni? Kan hari ni hari Sabtu takkan kerja juga? Taknak sarapan dulu ke?' tanya Stellya pula.

'Eh, takpelah mummy. Semua makanlah ye. Amber nak pergi office jap ada barang tinggal' kata Amber.

'Yelah, tapi jangan lupa makan nanti sakit perut' pesan Stellya.

'Baik mummy, Amber pergi dulu tau. Bye' kata Amber. Dia pergi ke dapur lalu meletakkan gelasnya didalam singki lalu dia pergi kearah lif untuk ke basement.

Dia situ dia memilih untuk menaiki kereta bugatti veyron milik Amanda. Dia sebenarnya ada je kereta sendiri tapi moodnya ingin memakai kereta adiknya itu.

Amanda yang mendengar deruman keretanya itu mendengus.

'Daddy, Amber pakai kereta Manda lagi' adu Amanda.

'Ala, kereta Manda kan banyak lagi. Kakak pakai sekejap je. Nanti dia pulangkan kat Manda balik. Kalau Manda tak puas hati lagi. Manda pakai kereta dia pula' kata Zyen memberi cadangan jahat kepada Amanda.

'Ish, biy ni ingatkan bagi cadangan yang baik rupanya sebaliknya' marah manja isterinya, Stellya.

'Bagus juga idea Daddy. Kak Lucie dengan Thea jum pergi shopping nak tak?' tanya Amanda pada Thea dan Lucie.

'Nak' kata mereka serentak.

'Mummy Melin, Mummy dengan Mummy Lexi nak ikut' tanya Thea.

'Boleh juga'

'Nak'

'Of course'

'Mummy nak ikut' tanya Amanda pula pada Stellya.

'Urm, yelah. Mummy pergi dengan Mummy Mel, Lexi dengan Melin' kata Stellya. Bukan dia taknak naik dengan Amanda tapi takut luruh jantungnya. Yelah dah semakin berusia. Kalau muda muda dulu boleh la.

'Yang lelaki taknak ikut' tanya Stellya sinis.

'Taknak' balas mereka serentak. Bergema ruang makan tersebut dengan suara mereka.

'Okay' mereka pun meneruskan sarapan yang tergendala tadi.

_-_-_-_-_-_-_

Amber termenung melihat kearah laptop nya. Kalau pandang sekilas macam tengah sibuk buat kerja tapi sebenarnya hanya mata yang melihat laptopnya itu, fikirannya merewang memikirkan cara untuk mendapatkan hati si jejaka dingin.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Rayden Danielle.

Tabby yang kebetulan lalu dihadapan bilik Amber terus berhenti seketika. Dia melihat jam tangannya.

Dia pelik kenapa Amber ada di office hari ini.

'Aik? Apa mimpi budak ni? Tiber ada kat office selalu liat pergi office.' kata Tabby pelik.

Selalu Sabtu dan Ahad, Tabby lah yang mengambil alih tugas Amber manakala Khamis dan Jumaat pula Amber yang mengambil alih tugas Tabby.

Tabby masuk kedalam bilik Amber. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Tapi Amber masih didalam dunianya sendiri.

Tabby masuk lalu menghempas file yang dipegangnya sebentar tadi.

'Oh nenek kau tak hidup' latah Amber. Terkejut dibuatnya. Dia melihat tajam kearah Tabby.

'Nenek aku hidup lagilah' kata Tabby mendatar. Tidak ada perasaan.

'Ish, kau ni ada apa masuk bilik aku ni? Spoiled mood la kau ni' geram Amber dibuatnya. Dahlah spoiled kan mood orang lepastu buat muka tak bersalah pula tu.

'Kau termenung ni apa hal. Jarang aku tengok kau termenung. Last pun waktu kau umur 14 tahun tu pun sebab kau plan something kat geng budak gedik tu. Apa hal ada masalah ke?' tanya Tabby.

'Lebih kurang macam tu ah' kata Amber selamba.

'Serius la, kat sapa ? Geng apa?' tanya Tabby yang mula berminat.

'ok yang ni kau tak payah masuk campur sebab ni hal aku dengan Rayden. So biar aku buat sendiri. Dalam bahasa mudahnya "Misi memikat bakal suami". Faham' kata Amber.

'Hmm, yela. Misi memikat bakal suamilah sangat. Tapi aku nak pesan satu benda. Kau tak payah la nak buat kerja gila. Yang hardcore². Tak payah eh, kesian anak orang.  Otak kau tu bukan betul sangat pun. Banyak wayar putus. Kang kalau penyakit kau keluar kang yang susahnya aku' bebel Tabby.

'Ye, Tabby ku sayang. Mula mula soft dulu. Kalau dia taknak dengar juga aku kena lah buat dengan cara kasar' kata Amber yang penuh dengan agenda dan muslihat di dalam otaknya.

'Malam ni ada mission. Alang alang kau dah ada kat sini aku bagitahu terus. Oklah aku keluar dulu. Bye' kata Tabby lalu bangun. Dia membetulkan sedikit skirtnya yang terangkat semasa dia duduk tadi.

Amber menahan Tabby dari keluar.

' Ala Tabby, teman aku lunch sekarang.' kata Amber sambil membuat muka comel.

'Lunch kepala hotak kau baru pukul 10 pagi.' kata Tabby.

'Ala, tadi aku tak sarapan la. Jomlah makan. Aku lapar' pujuk Amber. Dia membuat puppy eyes.

'Ish, yelah jap aku ambil handbag aku. Kau buatlah apa yang patut' kata Tabby lalu dia keluar dari bilik Amber untuk kebiliknya yang bersebelahan dengan bilik Amber.

Dalam 10 minit berlalu, mereka pun bergerak ke restoran kegemaran Amber. Didalam kereta Amber masih berfikir bagaimana untuk memikat hati Rayden.

'Weh, kau rasa macam mana aku nak pujuk Rayden untuk jadi suami aku eh?' tanya Amber kepada Tabby yang sedang memandu.

Kalau dia memandu maunya accident. Asyik termenung je.

'Aku taknak masuk campur' kata Tabby selamba.

'Ala tolongla kawan kau ni. Aku ada dalam masalah ni. Kau je yang boleh memberikan aku idea yang berguna' kata Amber.

'Kalau aku kau lah kan, aku culik je lepastu ugut dia. Kahwin dengan aku' kata Tabby sengaja sekadar untuk melawak.

'Ye tak ye eh, okay juga kau punya idea' kata Amber yang mengambil serius.

'Kau ni apa bebal sangat. Rayden tu kan leader Death Rose. Kau ingat kalau kau culik dia. Rayyan dengan Ruby akan duduk diam. Tu baru adik adik dia. Kalau Mak bapak dia, pakcik kau dengan grandma kau macam mana?' bebel Tabby lagi.

'Yelah. Aku tahu lah. Saja je' kata Amber lalu dia melemparkan pandangan ke tingkap. Walaupun mulut kata tidak tapi hati kata nak buat.

Habislah kau Rayden...

Done chapter 5. Jangan lupa vote tau guys. Bubyeee



MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon