"mana Bella ? tak turun makan ke dia ?" soal Bonda. "Bonda tanya lagi ? kalau dia dah nampak Ad dengan Elya, Bonda expect apa perasaan dia ?" soal Adriel pula. "ni bukan kehendak Bonda Ad, Ayahanda yang buat keputusan, Ad tahukan kalau keputusan Ayahanda A maka A la yang kita kena pilih, tak akan B" kata Bonda.
"memanglah orang dalam rumah ni nak salahkan Ad je, Ad ni pon ada perasaan tahu tak ?" bingkas Ad daripada ruangan makan. Elya yang baru turun tangga nampak Adriel keluar rumah. "Ad pergi mana Bonda ?" soal Elya. "pergi cari angin la tu, El duduk sini makan" kata Bonda. "baik Bonda" kata Elya.
Arabella Tiana
"sampai hati dia, dah lah kahwin tak cakap, perjuangan apa yang dia nak tunjuk. Nampak semuanya tenggelam je. ke memang dia nak suruh aku merana dan menderita macamni" kata Arabella mengelap airmatanya hampir seharian dia menangis, langit di luar juga sudah bertukar warna gelap menandakan malam. Arabella keluar bilik untuk minum air di dapur.
Arabella mengisi segelas air oren dan meneguk rakus memandangkan air dalam badannya seperti mengering kerana menangis. Selepas selesai gelas dicuci. Sepasang tangan memeluk erat tubuh kecil Arabella. "lepaslah" kata Arabella cuba menguraikan pelukan tetapi tidak berjaya.
"saya minta maaf" kata Adriel. "tak perlu minta maaf, lepaskan saya jika itu perlu." kata Arabella menolak kasar tubuh Adriel. "jangan cakap macamtu, Ad sayang Bella tahu tak ?" soal Adriel. "tak tahu, kalau orang tu sayang dia tak kan kahwin dengan perempuan lain" kata Arabella
"sayang, saya boleh jelaskan. Ad terpaksa Bella, kalau Ad tak kahwin dengan Elya, Ayahanda akan..." terhenti Adriel tidak mahu menyambung. "Ayahanda akan apa ?! semua yang keluar dari mulut awak ni semua penipu, saya ni punya berusaha pertahankan cinta kita, tolak pinangan Raja Zerland sebab saya tak nak awak terluka Ad, tapi ini yang awak balas ?" soal Arabella.
"saya ada sebab tersendiri Bella, awak tak boleh tahu" kata Adriel. "saya tak boleh tahu ? srsly Adriel ? saya ni isteri awak tau bukan perempuan simpanan" kata Arabella berlari naik tangga naik bilik bila geram dengan Adriel.
Arabella Tiana
baru sahaja dia ingin lari rumah tetapi dihalang oleh ibunya, tiada siapa yang faham perasaannya sekarang hancur dan musnah, lelaki yang dia sayangi dan sanjungi bahagia dengan perempuan lain.
"lupa Adriel Bella, dia memang bukan takdir kamu" kata Puan Aressa. "siapa ibu nak menentukan takdir ?" soal Arabella. "ibu tak pernah ajar Bella kurang ajar macam ni ?" soal Puan Aressa. "ibu tipu Bella selama 25 tahun ni , ibu tak rasa bersalah ke ? dan sekarang ibu nak tentukan takdir Bella pula ?" jerit Arabella
"apa yang ibu tipu sayang ? ibu tak faham" soal Puan Aressa. "kenapalah Bella pon boleh percayakan ibu sedangkan ibu sepatutnya jadi permaisuri Ferland dan apa jadi sekarang ibu kerja di Narnia jadi pembantu rumah ?!" marah Arabella.
"macam mana...?"
"macam mana Bella tahu ? Bella dengar sendiri dari mulut Kenny pembantu peribadi ibu semasa di istana Ferland, kenapa ibu lari lepas pertabalan ibu dengan ayah ? jawab soalan Bella sekarang ibu ?!!" jerit Arabella.
"ibu mengandungkan kamu sayang, Ayah tak nak ibu mengandung lepas kami berkahwin katanya, jika kita ada anak kita akan banyak komitmen, dia pernah kata kalau sampai ibu mengandungkan kamu, dia akan pisahkan ibu dengan Bella, ibu tak nak. Ibu terpaksa bawa lari Bella ke Narnia, ibu sayang kamu Bella. Lebih dari segalanya" kata Ibu.
"ibu bawa balik Bella ke Ferland untuk apa ?" soal Arabella. "kamu sedar tak yang Ayah kamu banyak memohon maaf kepada kamu, dia rasa bersalah seumur hidup dia Bella, Dia nak kamu tinggal di Ferland, tapi kamu yang beria sangat nak balik Narnia, kalau kamu bersedia untuk duduk di Ferland, kamu akan ditabalkan sebagai Putri Raja. "Bella tak perlukan semua tu ibu" kata Arabella.
"abistu apa yang kamu mahu" soal Puan Aressa.
"Bella cuma nak Adriel"
Tengku Adriel Eric
"kenapa Bella kena balik Ferland lagi ?" soal Adriel pada Bonda, "Bella akan tinggal disana, Puan Aressa juga sudah menghantar surat berhenti kerja, dia nak balik negara dia Adriel" kata Bonda. "kenapa dia kena balik, dia kan dah lama duduk sini ?" kata Adriel. "itu hak mereka Adriel, kenapa Adriel sibuk sangat ni" marah Bonda
Adriel meninggalkan ruangan tamu itu pergi ke bilik Bella dengan kadar segera. Pintu bilik Bella dipulas kasar "kenapa pergi tanpa bagitahu Ad, Ad ni tak penting ke bagi Bella ?" soal Adriel melihat Arabella sedang mengemas barang-barangnya. Hanya suasana yang senyap sahaja menemani pasangan itu. "Bella, Ad tanya ni kan ?"
soal Adriel."pernah ke awak fikir saya ni penting ?" soal Arabella. "you're my everything to me Bella, please dont go" kata Adriel. "hati saya hancur Ad, dah mati dah hati saya ni. awak tak kesian kat saya ke?" soal Arabella mendongak memandang mata dan kerutan Adriel. "awak sayang saya ke tak Adriel?" soalnya lagi.
"saya sayang awak Bella, jangan tinggalkan saya" kata Adriel. "kenapa awak tak perjuangkan cinta kita Ad, kenapa awak biarkan lepas rasa sayang awak kat saya?" kata Arabella menumbuk sedikit dada Adriel. "please trust me back Bella, i'll make sure you're the happiest girl in this world" kata Adriel.
"kenapa saya perlu percaya awak sedangkan awak ada permaisuri lain disamping awak, saya bukan sesiapa" kata Arabella.
Arabella Tiana
1 sebulan kemudian
Pertabalan Putri Raja Ferland. Arabella Tiana Hayden Binti Tengku Darish Hayden.
"Arabella berketurunan Raja, itu mustahil" kata Aniq. "kenapa kalau dia berketurunan raja" soal Adriel. "aku boleh buat gabungan negara ?" kata Aniq. "maksud kau kahwin ?" soal Adriel. "why not ? dia cantik dan bijak aku suka" kata Aniq. "langkah mayat aku dulu" kata Adriel memetik rokoknya.
to be continued
YOU ARE READING
[C] Arabella
Short Story"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak kenapa awak tak turuti sahaja sayang?" bonda "memalukan keluarga sahaja, tak kenang budi" ayahanda "k...