3

11.8K 314 31
                                    

"luka kau ni nampak teruk, berhenti farmasi jap lagi" kata Adriel. "awak tu anak raja Negara Narnia, jangan mengada boleh ?" soal. "nobody know me, aku baru je sampai sini semalam. Tiada siapa tahu muka anak raja Narnia" kata Adriel. "alright then.." kata Arabella memarkirkan keretanya di hadapan farmasi.

Adriel turun dengan selambanya, kenyataannya benar tiada siapa yang mengenali Adriel. "see? nobody know me" kata Adriel. Lengan Arabella dia tarik "perlahan2 tak boleh ke ?" soal Arabella. Adriel cuma diam dan meneruskan balutan plaster pada Arabella. "kaki sini" kata Adriel.

Arabella pon angkat kaki dia letak kat peha Adriel "rasa macam kurang ajar tak eak ?" soal Arabella sendiri. "tak kurang ajar pon, kan kau sakit" kata Adriel. "awak boleh baca fikiran saya ?" soal Arabella. "apa yang kau cakap dalam hati pon aku tahu, so jangan nak cakap kat mana-mana pon" kata Adriel.

"biar aku drive pula, aku dah okay" jawab Adriel. Arabella beralih ke seat sebelah lepas Adriel dah keluar dari kereta nak pergi seat pemandu. Adriel meneruskan pemanduan sehingga ke istana. Arabella turun dulu untuk ambil
barang di kerusi belakang. Selesai ambil dia mahu menutup pintu. "eh jap" panggil Adriel.

Arabella berhenti dan memandang Adriel yang tak pandang dia "thank you pasal tadi, kalau bukan sebab kau, mungkin aku dah mati dah" kata Adriel. "oh sama-sama, saya nak pesan lagi sekali kalau tidur dalam kereta please bukak tingkap. awak akan kekurangan oksigen. Thank you Tengku" kata Arabella lalu menutup pintu.

Tengku Adriel Eric

"hari ni Ad hantarkan Bella pergi class eah ? kereta dia bonda nak hantar betulkan" kata Tengku Marianna. "suruhlah dia naik cab ke grab ke ? Ad busy la Bonda" kata Adriel.

"jangan banyak alasan ea, kamu tu nak pergi kerja sekali lah hantar dia, tak kan tu pon tak boleh" kata Bonda. Arabella yang baru keluar biliknya memandang anak beranak yang mukanya sudah tegang.

"ha Bella, makan cepat lepastu Ad hantar Bella pergi Uni hari ni, kereta Bella Pak Samad hantar bengkel katanya brek dah kosong dah tu" kata Tengku Marianna.
"baik Bonda" kata Arabella terus ke meja makan untuk makan. Ad pula memandang Bella.

Setelah Tengku Marianna dah masuk bilik. "aku bagi 5 minit je makan, lambat tinggal" kata Adriel keluar rumah untuk pilih kereta nak pakai. "punyalah banyak kereta, aku jugak yang kena hantar budak kecik tu" kata Adriel.

pin ! pin ! pinnn ! pinn ! pin !

"kejaplah! eee !" Arabella sarung kasut kelam kabut sambil pandang Adriel yang selamba tekan hon pandang tempat lain. Kemudian Adriel pandang Arabella dan tekan hon lagi.

Arabella lari terkedek-kedek dan masuk dalam kereta dengan rambut pon dah serabai. "memang tak reti sabar ea ?" soal Arabella. Adriel senyum. "aku cakap 5 minit kan ? bukannya 15 minit, kau belajar math tak kat sekolah dulu" kata Adriel.

Arabella terus pandang tingkap malas nak layan Adriel. Apabila sampai sekolah, Arabella mahu turun dari kereta. "aku pickup kau. Tepat pukul 2, kalau kau tak keluar aku tinggal" kata Adriel. "saya cakap kat bonda yang Tengku tinggalkan saya" kata Arabella. "oh dah berani guna nama Bonda sekarang ?" soal Adriel.

"kalau kau ngadu kat bonda, jangan harap aku nak hantar kau lagi kalau kereta kau kat bengkel" kata Adriel. "nampak saya kesah ke ?" soal Arabella terus keluar dari kereta.

Arabella Tiana

Arabella masih menyelesaikan tugas jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang, pasti Adriel sudah meninggalkan dia. Dia mengeluh, terpaksalah dia mencari cab dan bas. Kawasan situ jarang dapat pengangkutan untuk ke istana. Kalau ada pon pasti dah penuh dengan pelajar yang lain.

Setelah habis tugasnya dia submit pada lecturernya lalu keluar dari bilik kuliah. Dia menuju ke luar untuk mencari Cab dan Bas. Kelihatan kereta yang sangat dia kenali, lelaki yang sedang bermain phone sambil duduk diatas bonet kereta itu juga dia kenal. Arabella menghampiri Adriel "saya minta maaf sangat sebab lambat tadi saya..." bibir Arabella Adriel pegang "masuk" kata Adriel turun dari bonet.

Setelah mereka masuk, Adriel pon memandu terus dengan senyap. Seperti tiada ura-ura mahu bergaduh. Adriel bergerak kearah bertentangan dengan istana. "kita nak pergi mana ni ?" soal Arabella. Tapi jangan haraplah soalannya dijawab. "nanti dah sampai kau pindah seat belakang" kata Adriel.

Arabella diam tidak mahu membahas. Apabila Adriel memberhentikan kereta, dia terus pandang Arabella walaupon dia sedang berkaca mata hitam panahan mata tajam lelaki tetap kelihatan. Arabella cabut seatbelt dan duduk di belakang. Seorang gadis masuk ke pintu penumpang sebelah Adriel.

"its been long time Riel, i miss you" kata perempuan berambut sederhana panjang ini. Wajahnya bersih gayanya juga nampak kemas dan berprotokol. "i miss you to elya" kata Adriel. Arabella diam sahaja apabila melihat pasangan hangat bercinta di hadapannya sekarang.

"eh baru i perasan ada orang sorry2, dia ni siapa Riel" soal Tengku Elya. "anak pembantu rumah, dia stay kat rumah i" kata Adriel. "oh i see, saya Tengku Elya Amanda. Bakal tunang Tengku Adriel Eric" kata Elya. "saya Arabella Tiana" kata Arabella setelah mendengar pertuturan Elya yang sukar dijangka dan mereka berjabat tangan.

Adriel lihat dari pantulan cermin pandang belakang jelas sekali Arabella berubah apabila Elya menyatakan hubungannya. "macam mana both of you kenal?" soalan terpancul dari mulut Arabella sendiri. "waktu we study kat Melbourne, Adriel ni senior i" kata Elya.

"oh i see" balas Arabella. Pendidikan gadis itu juga tinggi patutlah Adriel tergila-gilakan gadis sepertinya. Kalau nak bandingkan Arabella dengan Elya memang jauh panggang dari api. "sementara you ada kat sini, datanglah birthday celebration i hujung minggu ni. lagi ramai lagi baguskan" kata Elya.

"sure, thank you for inviting me" balas Arabella dengan senyuman nipis. Selesai menghantar Elya kerumah daripada airport, Arabella kekal sahaja di bahagian belakang dia ketiduran. Adriel membiarkan sahaja tiada niat ingin menganggu lena Arabella.

"Ad, saya tunggu awak lama dah Ad" kata Arabella. Adriel melihat daripada pantulan cermin, gadis itu masih lagi di buai mimpi. Mulutnya sahaja yang bergerak.

Istana

Tubuh kecil itu dicempung masuk rumah. "lambatnya balik, daripada mana ?" soal Bonda. "Ad hantar Elya balik tadi, dia baru je sampai sini" kata Ad. "kesian Bella dia penat, pergi letak dia kat bilik pastu turun makan" kata Bonda. Adriel hanya menuruti, dia berlalu keruangan bilik hujung milik Arabella.

Pintu itu dikuakan dan tubuh itu dibaringkan, lena sekali tidur gadis itu sehingga tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. "ni kalau orang rogol ni, senang-senang je dapat free" kata Adriel menutupkan perut putih Arabella yang terdedah. "dont wait for me, i will break your heart" kata Adriel mengusap rambut Arabella lalu pergi.

to be continued

[C] ArabellaWhere stories live. Discover now