Bab 13 ✨

25 3 5
                                    

"Allahuakhbar abang.. adik Minta maaf sangat - sangat.. adik tak tahu nak cakap apa lagi dekat abang.. adik dah tak ada keluarga Kandung lagi dengan adik.. abang please bertahan demi adik.. tolong abang.. adik merayu.." alysya melihat keadaan abangnya yang telah koma di luar pintu bilik wad.

Setelah 10 jam alysya menunggu aisy sedar , seorang doktor pakar memanggil alysya untuk masuk ke dalam wad bagi  melawat aisy.

" Assalamualaikum abang.. adik datang melawat abang ni.. abang tolong la bangun.. adik kan rindu sangat dekat abang. "

Alysya segera membaca yasin disebelah aisy yang tidak sedarkan diri. Setelah selesai membaca yasin. Alysya diminta untuk pulang ke rumah bagi membersihkan badan dan berehat secukupnya.

Nurul , Sara dan safiya menemani alysya di rumah. Mereka mengetahui info kemalangan aisy dari ibu angkat alysya.
Setelah selesai solat zohor , mereka menjamu selera sebelum bergerak ke hospital.

Dring.. dring.. dring..

"Alysya ni Telefon kau Ada orang call.." Sara segera menyerahkan Telefon bimbit milik alysya. " Ya saya adik Aisy... Abang saya dah sedar ka doktor?"

"Maaf cik.. dukacita dimaklumkan kami pihak hospital dah buat sehabis baik untuk abang cik. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. Mohon banyak bersabar.. arwah sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.10 petang tadi.. takziah ya cik.. assalamualaikum"

"Allahu.. innalillahiwaiinailaihirojiun... Abang... Kenapa tinggal adik.." sahabat baik Alysya turut sedih mendengar berita kematian aisy. Mereka memujuk alysya yang sudah hilang kawalan.

Tepat jam 8.30 Malam, urusan pengebumian jenazah sudah selesai. Alysya yang berpakaian jubah serba putih memandang sayu kubur arwah abangnya.

"Abang.. adik redha dengan pemergiaannya abang. Jika ini yang sudah ditakdirkan untuk adik. Adik terima dengan hati terbuka. Abang dah boleh jumpa ibu bapa kita dekat sana. Untungnya abang. Adik keseorangan ja dekat sini. Maafkan Salah silap adik dekat abang ya. Walaupun pertemuan kita terlalu singkat tapi banyak kenangan Yang abang tinggal dekat adik. Adik pulang dulu ya. nanti adik datang melawat abang lagi. Assalamualaikum abang.."

Ibu angkat alysya memapah alysya berjalan pulang ke rumah. Jarak tanah perkuburan tidak jauh dari rumah mereka. Keadaan alysya terlihat sangat lemah.

Seminggu kemudian , alysya mengemas barang - barang abangnya untuk disedekahkan kepada masjid. Alysya berat hati berbuat demikian tetapi keadaan yang menentukan segalanya. Alysya perlu pulang ke rumah ibu ayah angkatnya kembali.

"Nasib la telefon aisy ni masih elok.. bolehla Aku buka tengok apa ada. " Alysya membuka telefon bimbit milik aisy. Di bahagian gallery penuh dengan gambar alysya bersamanya. Video mereka meluangkan masa bersama masih disimpan oleh aisy. Alysya meneliti satu persatu gambar dan video tersebut.

Alysya menangis tidak dapat menahan sebak apabila segala kenangan manis bersama abangnya masih disimpan oleh aisy walaupun dia selalu melawan apa yang dipesan oleh abangnya.

"Aku bersalah. Aku yang bunuh abang. Bodoh la kau Alysya. Dulu kau Yang bunuh ibu bapa kau .  Sekarang kau dah bunuh aisy. Kau Yang patut mati alysya , bukan diorang. Tak cukup dengan jadi anak derhaka sekarang kau dah jadi adik derhaka. Memang patut hidup kau sengsara. " Alysya hilang kawalan apabila mengenang nasib ibu bapa kandungnya yang telah meninggal disebabkan mahu selamatkan dia.

"Tak Aku tak buat semua tu. Ini semua Allah yang tentukan. Jangan kacau aku la . Aku tak bersalah. Tolong la Jangan . Pergii.. Aku tak buat semua ni. " Alysya cuba melawan segala bisikan negatif yang dia selalu dengar selepas kematian abangnya.

Setelah 3 jam alysya mendiamkan diri di dalam bilik. Alysya mendapat panggilan dari Nurul untuk memberitahu bahawa mereka dalam perjalanan ke rumah alysya bagi membantu alysya mengemas rumah dan barang - barang arwah aisy. 

"Aku benci diri Aku.."

TBC..

Boleh baca sambil dengar lagu kemarin dekat atas tu ehek!! ❤️

A promise of loyaltyWhere stories live. Discover now