07

326 40 53
                                    

Osamu memandang Y/N yang sedang berbual dengan Suna dan Atsumu. Sekali-sekala gadis itu memukul lengan Atsumu yang dari tadi asyik mengacaunya. Tidak lama kemudian gadis itu menggelakkan lelaki berambut blonde itu.

Mendengar Y/N tertawa, ianya membuatkan bibir Osamu membentuk sebuah senyuman. Ketawa gadis itu sudah cukup membuatkan hatinya berbunga. Wajah manis milik Y/N diperhatikan lama. 

' Kirei ' 

Bagi Osamu, Y/N merupakan satu-satunya gadis yang cantik selepas ibunya. Ditambah pula dengan perwatakannya yang menarik, membuatkan Osamu makin jatuh hati. Senyuman yang terukir di bibir gadis itu membuatkan Y/N kelihatan sempurna di mata lelaki itu.

Matanya kemudian melirik ke arah kembarnya yang sedang menjelirkan lidah ke arah Suna. Osamu terdiam sejenak. 

' Tsumu is more better than me '

Hatinya diusik cemburu apabila melihat Atsumu berjaya membuat Y/N ketawa. Jauh dilubuk hatinya, Osamu ingin Y/N senyum dan ketawa kerananya. Namun perasaan itu dibuang jauh-jauh.

Osamu tersentak. Dia menggelengkan kepala beberapa kali. Pantas dia menoleh semula ke arah buku teks bahasa Inggeris yang dipegang itu.

" Samu "

" Samu! "

" Miya Osamu! " Buku teks yang berada di dalam pegangan tiba-tiba ditarik. Osamu memandang ke arah kiri dan kanannya.

" Apa? Apa jadi? " Y/N yang sedang bercekak pinggang itu mendengus kencang. Buku teks itu dihulur kembali ke arah Osamu.

" Jom balik. Dah pukul 6. Kau tak lapar ke? " Spontan tangan Osamu ditarik oleh Y/N dan membuatkan lelaki itu hampir tersadung.

" Oi Y/N! Matte! " 

[ C ] memories | miya osamuWhere stories live. Discover now