08

305 38 37
                                    

Ubat yang berada di tangan dimasukkan ke dalam mulut lalu penutup botol air dibuka lalu air tersebut diteguk dengan rakus. Y/N memandang cermin yang berada di hadapannya tanpa eksperesi.

" Tu bukan ke  L/N-san? "

" Kenapa banyak sangat ubat? "

" L/N-san sakit ke? "

Bisikan para pelajar yang berada di dalam tandas itu Y/N abaikan. Dia membuka pili air lalu membasuh muka beberapa kali. Pantas kesemua ubat dan botol air dimasukkan ke dalam beg lalu beg tersebut disandang. Y/N melangkah keluar daripada tandas tersebut, tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya.

Baru sahaja Y/N ingin menapak ke kelas, tangannya ditarik oleh seseorang. Gadis itu menoleh ke belakang.

" Shinsuke? " Kita hanya menganggukkan kepala. 

" Apa kau buat kat aras second year? " Sepupunya itu direnung. Kita menghempaskan keluhan.

" Kau dah makan ubat? " Pertanyaan Shinsuke itu dibalas dengan anggukan. 

" Mesti okaa-san suruh kau tengokkan aku. Hmm? "

" Mochiron. Kalau oba-san tak suruh pun aku still tengokkan kau " Lelaki berambut kelabu hitam itu menjentik dahi Y/N.

" Aww Shin-chan risaukan aku? So sweet " Y/N mengusik si kapten pasukan bola tampar itu. Kita hanya memutarkan bebola matanya. Makin dilayan sepupunya itu makin mengada pula.

" Kau dah bagitau dia? " Gadis itu terdiam sejenak. Kepalanya digelengkan perlahan.

" Aku... aku tak sanggup. Aku tak kuat. Kalau dia tinggalkan aku macam mana? "

Tangisan cuba ditahan. Dia tak mahu nampak lemah. Dia tak nak Osamu tersakiti sebab dia. 

[ C ] memories | miya osamuWhere stories live. Discover now