18

252 36 44
                                    

Hari demi hari, Osamu makin risau melihat keadaan Y/N. Gadis tersebut kelihatan makin lemah. Selera makannya juga berkurang. Tiada lagi Y/N yang ceria.

Setiap kali Osamu datang melawat, gadis itu akan tertidur di atas katil. Hati lelaki itu sebak melihat Y/N.

Muka Y/N yang nyenyak tidur itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Rambut gadis itu dikemaskan. Tangan kiri milik Y/N itu digenggam menggunakan kedua-dua belah tangannya.

' Sejuk. '

Osamu meniup tangan Y/N, mengharapkan haba mengalir ke arah tangan gadis itu. Matanya tertumpu ke arah muka pucat milik Y/N.

Padanya, gadis itu masih kelihatan cantik, tidak kira apa keadaan pun. Bibir Osamu membentuk sebuah senyuman.

Kemudian lelaki itu menundukkan kepalanya. Cuba untuk menerima hakikat yang dia tidak mahukan.

Dia cuma mahu Y/N berada di sisinya. Mungkin kedengaran agak pentingkan diri, tapi itu sahaja yang Osamu pinta.

Tapi dia tahu, setiap yang bernyawa akan mati juga pada akhirnya.

[ C ] memories | miya osamuWhere stories live. Discover now