3

243 44 3
                                    

Note! This chapter will be flashback. Please be aware of it.

_________________________________________

Di hospital..

Hali pov's

Mata aku yang terasa berat dipaksa untuk buka tetapi tak berjaya. Telinga aku tiba ii menangkap suara orang bercakap.

"Kenapa sayang tinggalkan abang ngan anak-anak kita? Hisk!" Suara garau yang sangat dikenalinya itu jelas terasa hiba. Apa yang dah jadi? Aku kat mana? Wahai mata, bukalah engkau.

Mata: malaslah 😑

Mata aku pun buka dan keadaan sekeliling jadi cerah. Mata aku menangkap kelibat papa yang sedang bersedih di sofa wadnya. Hospital. Ya! Aku dekat hospital. Di sebelah papa pula ada Thunder yang sedang tidur dengan wajah sugul. Aku tak pasti apa yang jadi.

"Papa..." Papa mengangkat wajahnya untuk melihat aku. Sayu aku melihatnya. Papa mendekati aku lalu dia duduk di sebelahku.

"Kenapa?" Papa mengelap air matanya. Palang besi katil digenggamnya kuat.

"Mana mama..." Serak suaraku menuturkan soalan. Wajah papa berubah keruh. Sunyi mengambil ruang di antara kami untuk beberapa minit. Tiba ii Thunder terbangun dari tidur. Dia melihat aku sudah sedarkan diri. Dia mendekati aku dengan wajah yang marah.

"Kau-" Muka aku dilempang kuat oleh Thunder.

"KALAU BUKAN SEBAB KAU! MAMA TAKKAN MATI! PATUTNYA KAU YANG PERGI MATI BUKAN MAMA!" Tempik Thunder. Aku terpempan. Wajah Thunder dan papa aku pandang dalam ii. Jelas terpancar mereka sedang marah pada aku atau lebih tepat, benci.

Seminggu kemudian..
Selepas discharge..
Di rumah..

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah itu terasa kosong selepas kematian mama. Tiba ii aku ditendang dari belakang. Tubuh aku terjatuh di atas tangga. Sakit tangan aku dibuatnya. Aku kalihkan pandangan ke belakang. Wajah papa jelas menunjukkan yang dia sedang marah.

"Papa?"

"AKU BUKAN BAPAK KAULAH CELAKA! KAU DAH BUNUH ISTERI AKU LEPASTU KAU PANGGIL AKU PAPA?! TAK GUNA!" Aku terdiam bila papa cakap macam tu. Papa membuka tali pinggangnya. Dada aku berombak kencang bila air muka papa mempamerkan kebenciannya. Thunder pula hanya melihat kejadian itu di meja makan.

BAM

"CELAKA KAU!"

"ARGH! PAPA! MAAFKAN HALI PA! ARGH!"

Aku dipukul tanpa belas kasihan di situ.

"Thunder! Tolong aku..." Aku merayu-rayu untuk melepaskan diri. Tapi aku masih dipukul dengan tali pinggang tanpa henti.

"Papa, Hali minta ma-" kepala aku dihantukkan pada tiang besi tangga.

"MAAF? PERGI MAMPOSLAH DENGAN MAAF KAU TU." Kepala aku dihantukkan di tiang besi tangga tanpa henti sampai aku terus tak sedarkan diri.

End Hali's pov

Thunderstorm pov

Aku terhenti lepas Hali tidak sedarkan diri. Apa aku dah buat ni? ARGH STRESS! Aku memandang Thunder. Dia pun memandang aku juga.

"Thun setelkan budak jahanam ni. Papa nak pergi masuk bilik." Tubuh Hali aku langkah je seperti sampah di atas jalan. Aku perlu tenangkan diri.

End Thunderstorm's pov

No one pov

Thunder melihat sahaja tubuh adiknya yang terkulai lemah di atas tangga itu. Kakinya menyusun langkah ke dapur. Dia membancuh air sirap ais untuknya. Dia kembali ke meja makan dan dia menikmati air itu sambil memerhati Hali. Beberapa minit kemudian, Hali mula bergerak-gerak. Thunder pun bangun lalu mendekati Hali. Hali yang tengah menahan tangis kerana sakit yang dialaminya direnung lama. Thunder mencangkung di hadapan Hali. Wajahnya didekatkan dengan wajah Hali yang lebam ii. Wajah mereka dekat sangat sehingga hembusan nafas dapat dirasai pada muka masing ii.

"Thun..."

Pang!

Hali terkesima. Thunder mencengkam wajahnya dan merenung Hali tajam.

"Kau bukan adik aku. Jangan panggil aku Thun atau abang kalau tak-" Thunder mengeluarkan pisau lipat yang tersimpan di dalam poket seluarnya. Pisau itu bermain-main di wajah Hali. Air mata Hali mula mengalir kerana dia takut sangat dengan keadaan itu. Ni bukan Thunder yang dia kenal. Senyuman itu nampak sangat ngeri pada matanya. Wajah Hali ditolak kasar. Thunder bangun dari cangkungannya.

"Kemas rumah ni. Rupa dah macam engkau je aku tengok. Selagi rumah ni tak bersih, kau jangan berani nak berehat." Thunder mendaki tangga untuk ke biliknya. Hali mula rasa takut dan sedih. Dia menggagahkan diri untuk bangun. Hatinya memberontak dengan semua ni.

Flashback end

Semua terdiam selepas mendengar cerita daripada Ice.

"Dia sebenarnya anak angkat je." Semua yang dengar tu terkejut. Gempa pula memandang Hali.

'Is he? No! Tak mungkin ni dia.' Hati kecil Gempa berbalah.

__________________________________
_______________________________
__________________________
_____________________
_________________
____________
_________
______
___
_

Berselirat kepala otak aku 😗 tbc.

Lara | Boboiboy FF (COMPLETED) ✔️✔️Where stories live. Discover now