6

226 36 2
                                    

"Ku rindu senyum mu, ibu..."

Warning!
This chapter contains
harming scene. Read at your own risk!
_________________________________________

"Ice.. Aku takut." Hali memegang kepalanya sambil ulang perkataan takut berulang kali. Ice cuba menenangkan Hali.

"Hali, sabar. Bertenang dulu. Kita pergi taman dulu. Ambil angin sekejap. Okay?" Hali mengangkat mukanya. Dia terus bangun dari duduknya lalu dia melangkah longlai ke arah pintu. Ice mengikut langkah Hali.

Di taman..

Hali menghenyakkan punggungnya di atas bangku. Ice duduk di sebelahnya. Wajah sahabatnya itu jelas nampak kusut. Sunyi mengambil ruang di antara mereka buat seketika.

"Apa aku nak buat lepas ni, Ice?" Hali termenung ke arah pokok di hadapannya. Keluhan berat kedengaran di mulut Hali. Ice kehilangan kata-kata. Dia sendiri pun buntu.

"Aku pun tak tahu, Hali. Tapi aku rasa lebih baik kau lari dari rumah. Carilah balik famili kau. Mesti diorang rindu gila kat kau." Ice memberi cadangannya. Hali mengangguk perlahan.

"Aku akan sentiasa di sisi kau." Ice mengukir senyuman ikhlas. Hali membalas senyuman itu. Dia dah buat keputusan!

Di rumah..

Thunderstorm dah balik dari tempat kerja. Lega hati Hali yang dok resah tak habis ii. Dia pun selamba je masuk dalam rumah macam tak de apa ii yang jadi. Tapi dia tak menyangka rumah tu jadi bersepah balik macam tongkang pecah.

"Apahal rumah ni macam muka kau ni?!" Naik satu oktaf suara Thunderstorm. Hali mula gugup. Matanya menjeling pada Thunder yang tengah tengok tv. Habislah dia.

"Kau kemas! Amboi! Bila aku tak de je pandai kau ambil kesempatan ye?! Makan malam mana?! KENAPA TAK MASAK?! EII!" Thunderstorm mengambil kayu golf lalu dia ayunkan ke batang tubuh Hali. Hali merintih sakit untuk meminta simpati. Tapi apa yang dia dapat ialah cacian. Lepas 'papa'nya puas melepaskan geram, kayu golf itu dicampak ke lantai. Hali dijeling sekilas. Hali cuba untuk bangun. Terkial-kial dia nak bangunkan dirinya sendiri. Pandangannya ditundukkan lalu perlahan-lahan dia melangkah ke dapur untuk masak makan malam.

Thunderstorm pov..

'Apa aku dah buat ni? Kenapa aku kena buat macam ni kat budak tu? Storm, Storm.' Hati aku berbalah sesama sendiri. Fikiran aku bercelaru. Aku terus masuk bilik di tingkat atas. Aku lepaskan lelah di atas katil. Serabut kepala aku!

End Thunderstorm pov..
Sementara itu..

Hali memotong sayur cepat ii. Dia rasa macam nak pitam je sekarang ni. Tapi dia kuatkan semangat untuk hadapi semua ni. Tiba ii dia dapat rasakan pinggangnya dipeluk lagi. Ciuman liar melatari tengkuknya. Hali meleraikan pelukan itu kasar. Amarahnya memuncak. Thunder buat muka tak bersalah malah senyuman nakal menghiasi bibirnya.

"Stop it. Aku bukan gay macam kau lah! Jangan kacau aku lagi. Kalau tak-"

"Kalau tak, apa? Kau nak lari rumah? Aku tak kisahlah kalau kau nak lari rumah pun. Nanti boleh cari kau balik. Yang penting, aku dapat apa yang aku nak." Thunder mendekatkan dirinya dengan Hali. Tiba ii satu tumbukan kuat hinggap pada pipi Thunder. Impak yang diberikan membuatkan Thunder jatuh di atas lantai. Kesabaran Hali semakin menipis.

"GILA!" Hali menumbuk-numbuk Thunder tanpa henti sampai Thunder mula lemah. Darah mengalir keluar dari hidungnya. Hali mencapai pisau di atas papan pemotong. Matanya mencerlung tajam ke arah Thunder.

"Aku dah cakap. Jangan. Kacau. AKU!" Pisau diangkat ke udara lalu dia menjunamkan laju ke arah kepala Thunder. Belum sempat pisau tu landing kat sasaran, kerusi pulak melayang kena kat dia. Pisau tercampak dari genggamannya. Kelibat Thunderstorm kelihatan di sebelah Thunder.

"KAU DAH BUNUH BINI AKU! LEPASTU KAU NAK BUNUH ANAK AKU PULAK?! ANAK KUTIP TAK SEDAR DIRI!" Kerusi terus dihempaskan berkali-kali pada tubuh Hali. Bila Hali dah mula tak bergerak, Thunderstorm mencapai pisau dapur pula. Muka Hali dicengkam untuk menghadapnya. Darah meleleh laju dari kepalanya. Kelopak mata Hali mula membiru.

"Kau patut mati!" Pipi kanan Hali ditembusi pisau. Terbuntang matanya dengan perbuatan 'papa'nya. Kepala Hali mula berpinar-pinar lalu dia tak sedarkan diri. Thunderstorm mengambil plastik sampah lalu tubuh Hali dimasukkan ke dalam itu. Thunder yang melihat kejadian itu tergamam.

"Papa nak bawak dia pergi mana?" Thunder berdiri di sebelah meja makan. Papanya mengerling Thunder sebentar.

"Papa nak buang sampah. Thun tolong papa ye?" Thunderstorm mengheret beg plastik yang berisi Hali di dalamnya. Thunder hanya mengikut sahaja langkah papanya.

__________________________________
_______________________________
__________________________
_____________________
_________________
____________
_________
______
___
_

Korang rasa ape yang si thun ii nak buat kat Hali ye? (。•́︿•̀。) tbc.

Lara | Boboiboy FF (COMPLETED) ✔️✔️Where stories live. Discover now