11

203 33 4
                                    

"I'm going to stop all this."
_________________________________________

Di sebuah cafe..

Ice memandang datar ke arah Thunderstorm. Lelaki di hadapannya selamba sahaja.

"Kau nak apa jumpa aku ni?" Thunderstorm menyilangkan tangannya. Ice melepaskan keluhan.

"Pak cik ni Arzel kan? Pembunuh yang diburu polis 15 tahun lepas." Soalan yang diajukan Ice itu buat Thunderstorm tersentak.

"Kau-" Ice memotong kata.

"Kenapa kau culik abang aku?"

"Hmph! Kau tak tahu apa yang aku lalui. Jadi, tak payah nak masuk campur!" Thunderstorm bangun dari kerusi cafe itu. Tapi langkahnya ditahan dengan permintaan Ice.

"Boleh pak cik ceritakan supaya saya boleh tahu apa yang pak cik lalui? Atau saya akan buat laporan polis." Ice memandang jam tangannya. Thunderstorm pula kembali duduk dengan muka tak puas hati.

"Fine! Aku ceritakan."

Flashback..

"Papa! Tengok apa yang Hali dapat!" Seorang budak lelaki menunjukkan gula ii di tangannya.

"Mana Hali dapat ni?" Arzel mendukung anaknya itu.

"Abang Thun belikan." Hali menayang senyum.

Hali Arzel. Anak kesayangan Arzel dan Amy.

Hali bermain lari ii dengan Thunder di taman manakala Arzel dan Amy memantau mereka berdua. Lepastu, diorang pergi ke pusat beli belah. Amy baru turun dari tingkat satu menggunakan eskalator. Katanya dia nak pergi beli baju dekat butik yang baru buka. Arzel membenarkan saja.

"Pergilah. Abang tunggu kat sini dengan anak-anak ya." Amy mengangguk. Lepas Amy dah pergi, telefon Arzel menjerit diminta untuk diangkat. Thunder pun main telefon. Hali masa tu bosan jadi dia pun main ii dekat tepi eskalator. Dia mula panjat tiang besi.

"Papa! Tengok ni!" Hali berdiri di atas palang besi. Terbuntang mata Arzel. Dia segera nak dapatkan anaknya itu. Tapi tiba ii kaki Hali terseliuh.

BRUK!

Arzel dan Thunder ke palang besi tu untuk tengok kat tingkat bawah. Darah membasahi lantai di tingkat bawah.

"ADIK!!!" Thunder segera turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan adiknya itu. Arzel pula masih lagi terkejut. Dia pun turun sekali ke tingkat bawah. Hatinya dipagut pilu. Thunder menangis sambil memangku mayat adiknya. Orang ramai berkerumun untuk membantu.

"Adik! Jangan tinggalkan abang! Waaaaaa!" Dia memeluk erat tubuh Hali yang dah tak bernyawa tu. Dalam celah ii orang ramai, Amy pun datang.

"H- Hali-" Tubuh kecil Hali didakap. Amy meraung sekuat hatinya kerana anak kesayangannya pergi meninggalkan dia. Thunder pun tak henti-henti menangis. Arzel datang mendekati. Dahi isterinya dikucup.

"Abang minta maaf..." Amy masih lagi meraung. Siren ambulans kedengaran di luar pusat beli belah tu. Ada beberapa petugas kesihatan datang terkocoh-kocoh dengan strecher.

"Kami perlu bawa dia ke hospital sekarang." Tiga anak beranak itu mengekori ambulans dari belakang. Arzel memandu dengan rasa gundah. Isterinya nampak seperti tak nak maafkan dia. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di hospital. Ada doktor yang sedang menunggu kehadiran mereka. Air muka doktor tu nampak suram.

"Maafkan kami encik. Anak encik meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital. Allah lebih sayangkan dia dan  kita kena redha dengan pemergiannya."

...............
............
........
.....
...
..
.

Beberapa hari selepas kematian Hali..

"Hali!" Arzel memandang sayu ke arah Amy. Isterinya itu dah mula pelik. Dia asyik memanggil nama Hali dan semua kerja yang dia buat memang tak masuk akal. Pernah sekali tu, Amy hampir menikam Thunder. Jadi, dia terpaksa hantar Thunder duduk di rumah mak saudaranya.

"Amy..." Amy memandang Arzel.

"Hali dah tak de sayang. Dia dah tinggalkan kita." Arzel memeluk isterinya itu. Amy diam tidak berkutik dalam pelukan Arzel.

"Hali pergi mana? Amy rindu dia. Abang pergilah ambil dia balik." Arzel hilang kata-kata. Dia kena buat sesuatu!

Satu hari, Arzel pergi ke sekolah berdekatan. Dia nak cari budak yang sesuai untuk dijadikan pengganti Hali. Walau apa pun yang terjadi, dia kena buat jugak! Dia ternampak ada seorang bayi yang ditinggalkan sebentar di dalam kereta sorong bayi. Dia pun mendekati. Ada dua baby kembar dalam tu. Satu beriris hijau satu lagi beriris kuning gelap. Tiba ii ada seorang budak dalam lingkungan umur 5 tahun datang ke situ. Matanya beriris merah ruby. Arzel sedikit tersentak dengan renungan daripada budak tu.

"Ni adik punya adik ke?" Arzel cuba bermesra.

"Kau nak apa datang sini?" Tajam mata budak tu menikam raut wajah Arzel. Matangnya budak ni!

'Budak ni macam sesuai je.' Arzel mencuit pipi budak yang bermata merah tu. Tangannya ditepis kasar.

"Hali!" Budak tu menoleh ke belakang. Ada seorang budak lagi tapi kali ni iris budak yang panggil Hali tu berwarna emas.

"Oh! Erk.. pak cik ni siapa?" Gempa melemparkan senyuman ke arah Arzel.

"Tadi pak cik tolong tengokkan dua orang budak ni. Takut ada pulak yang nak buat benda tak elok kang. Urm.. pak cik balik dulu ye." Gempa mengangguk.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Suatu malam..

Arzel memakai topeng sebelum dia memanjat pagar rumah. Dia bertekad untuk menculik budak tu!

Dia perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam rumah tu. Pintu utama terkunci. Dia pun keluarkan playar. Pintu itu dihentak nya sampai pintu tu terbuka. Lampu rumah tu terbuka sebab tuan rumah dengar bunyi hentakan tadi. Kelibat Gempa ada di tangga. Dia jelas nampak terkejut. Gempa naik semula ke tingkat atas. Pintu bilik segera ditutup. Adik ii dia semua tengok dia pelik.

"Kenapa ni Gem? Ada hantu ke kat bawah?" Taufan mendekati Gempa.

"Ada penceroboh. Taufan, jom kita lawan orang tu." Gempa menukar pakaiannya. Taufan pulak loading.

"Lawan?" Gempa mengangguk.

"Ok, jom." Taufan pun dah get ready.

"Hali nak buat apa pulak?" Langkah Gempa terhenti. Hali yang ada di atas katil dipandang.

"Hali duduk sini jaga Ice, Blaze, Thorn ngan Solar. Pastu call mama ngan papa. Okay?" Hali mengangguk. Telefon Gempa segera dicapai. Gempa dan Taufan keluar dari bilik. Hali pun cepat-cepat kunci pintu. Hatinya mula resah.

__________________________________
_______________________________
__________________________
_____________________
_________________
____________
_________
______
___
_

tbc (◍•ᴗ•◍).

Lara | Boboiboy FF (COMPLETED) ✔️✔️Where stories live. Discover now