4

238 43 4
                                    

"Ku rindukan purnamaku. Doaku kan bersamamu. Semoga hatimu kan kekal abadi."
_________________________________________

Hali membuka matanya. Terus dia duduk lalu dia memandang sekeliling. Bau ni... Tempat ni memang gelap tapi dia masih boleh nampak apa yang ada di sekelilingnya. Matanya beralih di atas lantai pula. Ice sedang nyenyak tidur di atas toto. Hali mula rasa lega. Sangkaannya tepat sebab bau wangi Ice semerbak di dalam rumah tu. Ada bau lain jugak. Mesti bau adik beradik Ice. Hali memegang lehernya yang terasa sengal. Dia memandang jam pada dinding. Terbuntang mata Hali bila jam menunjukkan pukul 3 pagi. Lamanya dia pengsan! Sejak dari pukul 1:50 petang tadi. Tiba ii Hali mengetuk kepala Ice bila Ice tetiba je bangun dari baring.

"AdOi!" Ice menggosok kepalanya yang diketuk. Matanya menjeling Hali di sebelahnya.

"Sorry. Aku ingat hantu lah tadi." Hali tayang muka seposen.

"Mana ada hantu nak datang rumah aku ni. Ni kenapa kau bangun ni. Badan kau lemah lagilah. Pi baring balik. 😒" Ice bagi jelingan maut.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?" Hali mencubit-cubit pipi Ice yang berisi tu.

"Oi! Oi! Jangan cobit!" Ice cubit balik pipi Hali. Tiba ii pintu bilik Gempa terbuka. Takut dua ekor tu sampai diorang peluk sesama sendiri.

"Waaaaaaaaa! Jangan makan aku hantu oi! Aku tak sedaaaaaaaap!" Ice melolong.

"Aku pon tak sedap!" Mereka menggigil sambil berpelukan. Gempa pulak loading  tengok scene dua ekor kat depan dia.

"Woi. Korang dah kenapa ni?" Gempa mencekak pinggangnya sambil memandang Hali dengan Ice silih berganti.

"Eh!" Hali memandang Gempa dengan Ice. Ice pulak meleraikan pelukan antara dia dengan Hali.

"Senior Gempa? How? Ice?" Hali pulak yang loading. Ice buat muka error 404.

"Ape? Tanya biar penuh bole dok?" Ice buat muka selamba.

"Kau tak pernah bagitau pun yang Gempa ni abang kau." Bisik Hali dengan nada tak berpuas hati.

"Opocoticeterkentut!" Hali melatah bila Gempa betul ii ada kat sebelah dia. Ice pulak mencubit pipi Hali.

"Adoi! Tak guna kau polar bear!" Hali mengusap pipinya. Tiba ii kepala Hali diusap lembut. Hali terpanar dengan kelakuan tak terjangka oleh si senior yang memang tegas dan langsung tak de senyuman semasa di sekolah. Ice pula hanya melihat saja drama free tu. Mata Hali dan Gempa bertaut. Air mata bertakung di tubir mata Hali. Ada rasa rindu yang mendalam di hatinya. Wajah Gempa kelihatan sayu.

"I miss you brother." Gempa tak dapat mengawal perasaannya. Tubuh Hali segera dirangkulnya erat. Hali pula diam tak berkutik dalam dakapan Gempa.

'Gem...please kawal diri kau. Dia bukan Hali yang kita cari.' Hati kecil Gempa bersuara. Ice pula menahan tangis melihat adegan itu. Hali membalas pelukan Gempa perlahan-lahan. Dia dapat rasa yang Gempa merindui seseorang dalam hidupnya. Mungkin dengan cara ni dia dapat melepaskan rindu tu. Hali tak pasti dengan perasaannya sekarang. Kenapa dia rasa macam rindu sangat dengan keadaan ni.

"Hisk! Hisk! Hali..." Semakin erat dakapan Gempa seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Ice pun memeluk mereka berdua juga. Air mata mereka jatuh bersama-sama.

Keesokan paginya..

Sarapan sudah tersedia di atas meja makan. Hali melihat sahaja makanan yang ada. Seleranya tiba ii mati. Dia perlu segera pulang ke rumah.

"Senior..." Belum sempat Hali menghabiskan cakapnya Gempa memotong.

"Panggil Gem je." Senyuman manis dihadiahkan untuk Hali. Hali menundukkan wajahnya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

"Aku nak mintak diri dulu. Maaf sebab dah susahkan korang semua. Terima kasih sebab dah tolong aku. Aku terhutang budi tapi aku kena balik cepat." Hali mula resah. Mereka semua memandang sesama sendiri.

"Hm. Baliklah, tapi sekurang-kurangnya makanlah sikit. Nanti aku hantar kau balik." Gempa memujuk Hali. Hali pula rasa tak sampai hati. Yang lain semua buat muka berharap. Hali mengangguk.

__________________________________
_______________________________
__________________________
_____________________
_________________
____________
_________
______
___
_

Next chapter akan ada scene yang agak sensetip. So, read by your own risk je lah ye. 😇 tbc.

Lara | Boboiboy FF (COMPLETED) ✔️✔️Where stories live. Discover now