terkejut tak update ni? ( ͡° ͜ʖ ͡°)| 39

767 96 16
                                    

dengan pandangan redup, chacha merenung pantulan dirinya melalui kaca cermin  yang tergantung di dinding .

"party" bisiknya sambil tersenyum .

dengan perasaan girang, chacha membelek semula dress kuning bergaun paras bawah lutut yang dia pakai .

senyuman manis tidak lekang dari bibir gadis itu, sambil dia menyanyi nyanyi , chacha melangkah keluar dari biliknya selepas menyangkutkan beg kecil di bahu .

"ALONGGG !" chacha menarik lengan arash yang kebetulan lalu di hadapan biliknya .

dengan nada gembira, chacha bertanya kepada arash,

"along boleh temankan chacha harini tak?" soal dia girang .

fikirnya, mungkin lebih baik jika arash ikut bersama . dia mahu arash tahu yang dia juga mempunyai sahabat perempuan .

"along?" soal chacha semula apabila melihat arash yang merenung lantai tanpa berkata apa apa .

arash tersentak .

"ha? oh— tak dapat . along nak dating . bai" arash tersenyum kecil lalu melangkah pergi .

senyuman kegirangan yang tadi tebal di bibir chacha, kini perlahan lahan memudar bersama dengan bayangan belakang arash yang sudah tidak kelihatan .

entah kenapa, sikap arash mengingatkan dia kepada sesuatu , langsung sesuatu itu muncul di ingatannya .

"babyyy jom pegi—"
"alahh tak dapat la along, adam ajak keluar. lain kali eh, bye byee"
". . . . . okey"

perlahan chacha menundukkan kepalanya .

"cha busy? along rasa nak makan mekdi ar"
"erm along minta cod je boleh tak? harini chacha ada hal la dengan kawan chacha"
"alah tak boleh esok ke?"
"tapi chacha dah janji"
". . . . . takpelah kalau macam tu"

hujung bajunya di genggam erat .

"OHMYGOWD BABY ALONG, BUKANKE FROZEN8 KELUAR HARINI!? JOM—. . . . chacha nak pegi mana ni cantik cantik?"
"nak keluar , kejap lagi airieyl sampai jemput chacha. along nak cakap apa tadi?"
"eh takde ape la, hati hati jalan"

dia menggigit bibirnya hingga menimbulkan rasa perih .

bila difikirkan semula, masa yang dia luangkan dengan airieyl lebih banyak dari yang dia luangkan dengan arash .

air mata yang terbit di kelopak mata cepat cepat chacha seka dengan jari .

"chacha happy je dapat kawan. . ."

sekilas chacha teringat sesuatu yang hampir dia lupakan selamanya .

kalau diperhati betul betul, bukan chacha sahaja yang berperangai seperti budak budak . arash juga mendapat hal yang sama cuma tidak seteruk chacha .  dan bezanya, hati arash lebih kuat dibandingkan dengan chacha yang mempunyai hati lembut dan lemah .

tetapi pada akhirnya, mereka sama sahaja kerana tidak mempunyai kawan , sejak kecil mereka hanya berempat di dunia mereka sendiri (termasuk umi dan daddy) . dijauhi oleh masyarakat bukan benda yang biasa untuk chacha sahaja, tetapi benda normal untuk arash juga .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now