ok ni bebetul dah ni | 36

1.5K 147 41
                                    

"aku suka chacha . aku cintakan dia adam"

kata kata yang diucapkan habsyam dengan sepenuh hatinya pada hari jumaat lalu masih terngiang ngiang di telinga adam .

"aku taula syam...kau takyah cakappun , aku tau la bodo" bisik adam sendiri sambil menyandarkan diri di sofa dan mendongak atas memandang siling .

"cara kau pandang chacha berbeza dengan cara aku pandang budak pendek tu, tapi sama dengan airieyl"

sebaik sahaja adam mengucapkan kata kata itu , dia terus meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya .

"sebab tu aku tak tahu nak buat apa !" gumam lelaki itu sambil menggigit bibirnya .

"aku tak tau nak buat apa bodo..."

habsyam dan airieyl ialah sahabat umpama adik beradik kembarnya, tapi chacha juga sahabatnya . walaupun baru kenal awal tahun ini tapi gadis itu sudah dia anggap sebagai adiknya sendiri .

dia yang sangat menginginkan seorang adik, kehadiran chacha umpama cahaya baru dalam hidupnya .

dia buntu....









"bodo betul la"












+++++++











[ h a b s y a m p o v ]

ainul arasya binti khairuddin .

seorang gadis yang langsung aku tak kenal, tak pernah nak ambil tahu bahkan kalau berselisih di tempat lainpun aku takkan pernah ada niat untuk kenal dia .

dahla pendek , jari gemuk , kuat makan coklat . belum tua dah takde gigi tinggal gusi kang .

adake patut dia kata si fang dalam kartun boboiboy tu lagi hensem dari aku .

she is totally stranger .

hanya seorang gadis biasa yang tiba-tiba muncul, tiba-tiba masuk dalam hidup kami, tiba-tiba rapat , tiba-tiba buat kami risau tentang dia, ambil berat dengan dia...

dan aku tiba-tiba jatuh cinta dengan dia :) .

pikir aku nak ke rampas kebahagian orang paling penting dalam hidup aku sia* ?!

tapi aku nak buat macam mana . aku dah jatuh sayang kat dia dan sayang tu bukan sayang sebagai adik .

semua ni hanyalah kebetulan yang tidak dirancang .

semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga .

seminggu selepas pembukaan sekolah selepas cuti hujung tahun, tiba-tiba dia masuk ke sekolah ini . sejujurnya, aku langsung tak perasan kewujudannya ketika dia berjalan ke pagar sekolah .

apa yang ada dalam otak aku, masuk kelas-tidur, rehat-makan, masuk kelas semula-tidur, balik-lepak dan esoknya ulang semula .

tapi entah kenapa airieyl yang langsung tak pernah menjeling perempuan lain selain uminya apatah lagi berkomunikasi dengan orang lain tiba tiba dia berhenti bahkan sehingga memaksa gadis itu untuk menaiki motosikalnya .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now