tipu | 41

913 105 31
                                    

guys ni mula dengan banyak penerangan sebelum dialog,
harap baca satu satu jangan skip eh 😭

****

dalam detik itu, suasana menjadi sunyi bagi chacha . gadis terrsebut terpaku hilang kata kata, seluruh badannya terasa bergetar dek tamparan kejutan yang dirasai dalam sesaat diikuti dengan degupan jantung yang seperti akan meletup bila bila masa sahaja .

air mata yang sudah berhenti beberapa saat yang lalu tanpa disedari perlahan lahan mengalir kembali membasahi pipi chacha .

dengan mata yang basah linangan air mata, chacha memandang airieyl dengan pandangan yang sukar untuk di jelaskan . yang pasti, semakin lama dia memandang jejaka tersebut, semakin perih kesedihan yang gadis itu rasakan di dalam lubuk hatinya .

airieyl tidak tahu apa yang pernah jadi di masa lalu chacha, tapi dia tahu apapun yang jadi pasti sesuatu yang buruk sehingga menjejaskan kebahagian chacha dan keluarga . melihat bagaimana chacha berusaha menyembunyikan tentang vivi dari keluarga, pasti gadis itu mempunyai sebab yang kuat sehingga dia sanggup menanggung sakit sendiri dan tetap bergelak ketawa di hadapan keluarganya walaupun seluruh badannya perih dan terluka akibat apa yang di lakukan oleh vivi .

bila chacha beritahu keluarganya tentang hal ini , dia diperangkap dan ditangkap basah, dalam sesaat keluarganya akan tahu bahawa chacha dibuli dengan lebih teruk daripada yang dahulu .

tetapi apabila beri alasan yang ini semua salah faham, lalu dengan alasan apa yang dapat meraka gunakan untuk menerangkan mengapa mereka berdua duaan dalam rumah tersebut? mengapa mereka jauh jauh ke kampung terpencil ini? ditambah lagi dengan alasan apa mereka ingin menindas tuduhan orang kampung? tidak lupa dengan gambar tadi?

airieyl tahu itu semua, dalam beberapa saat dia mencari jawapan dan akhirnya dia memilih jalan ini .

entah kenapa, dia rela melakukan itu demi gadis lemah di hadapannya . siapa gadis itu dihatinya? apakah dia sudah benar benar sayang akan gadis tersebut?

airieyl meletakkan semua kesalahan dibahunya . dengan mengatakan dia yang merogol chacha automatik semua dosa serta tuduhan akan ditunding ke arah dia sendiri dan membuatkan chacha langsung tidak bersalah .

apabila menggunakan perkataan 'rogol', bererti airieyl yang menculik dan memaksa tanpa kerelaan chacha .

"kau sampai bila nak nangis hah pendek? tadi elok dah stop kan?" keluh airieyl seraya menyimpan semula telefon pintar ke dalam kocek seluarnya sambil berjalan ke arah chacha .

melihat airieyl menyimpan semula telefon pintarnya bermaksud dia sudah selesai menyampai hal ini kepada uminya dan keluarga chacha . hal itu juga mengundang senyuman lebar di wajah orang kampung .

perlahan chacha mendongak memandang wajah airieyl yang berdiri di hadapannya sebelum perlahan gadis itu mengangkat tangannya lalu menggenggam erat hujung baju airieyl . masih tiada tanda tanda airmatanya untuk berhenti mengalir .

mulut chacha bergetar dan perlahan lahan bergerak terbuka seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tiada bunyi yang kedengaran . suara chacha seakan akan tersekat di kerongkongnya . gadis itu bahkan kehilangan tenaga untuk berkata kata .





































*****



























setelah menelan hirupan terakhir air soda yang dibeli sementara menunggu movie mula di tayangkan, arash memasukkan cup airnya ke dalam tong sampah kemudian mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi rehat .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now