tetiba aku tercrush dengan pengetua ehe |11

2.9K 243 11
                                    

semua murid berpusu pusu keluar dari kelas mereka dan berlari ke dewan . dalam pengumuman tadi sudah pengetua tegaskan kena ada dalam dewan pukul 11 sharp . kalau lambat memang pekenala dengan hukuman mengarut dia tu .

kipas awan beramai ramai sampai awan tu gerak la

tiup lampu sampai lampu tu padamla

hormat tiang bendera sampai tiang tu hormat balikla

tu belum lagi orang tua tu suruh ikat air

palabana dia T^T . patutla pelajar camharam , rupanya pengetua dia lagi camsiyel T_T . pengetua borek pelajar golek .

"cha lek lah . kau asal kalut sangat" kata adam selamba apabila melihat chacha kelam kabut berlari anak keluar kelas .

"weh korang tak dengar ke apa pengetua cakap tadi ? korang masih boleh lenggang kangkung lagi ke samdolll ?!" soal chacha bengang apabila melihat tiga malaun tu masih berjalan bersahaja sambil tangan di masukkan ke dalam kocek seluar , dengan baju tak tuck in lagi .

chacha jalan mengundur kebelakang dengan laju sambil memandang bengang ke arah airieyl , habsyam dan adam . jelas kelihatan dia kelam kabut , yela sape je nak kena denda  . pelajar lain berlari marathon pergi dewan , diorang boleh lagi goyang bontot kat situ .

chacha kelam kabut pandang hadapan semula , dalam masa yang sama seorang pelajar lelaki berlari laju dan hampir merempuh chacha , dengan pantas airieyl menarik chacha ke sisinya .

chacha terpaku . mungkin kerana masih terkejut . semuanya berlaku dengan pantas . airieyl berjalan ke hadapan chacha . dia pandang chacha dengan pandangan kosong .

"nampak tak kesan kalau gelabah ?" soal airieyl mendatar .

chacha menunduk . dia diam .

airieyl tundukkan badannya lalu dia dekatkan wajahnya dengan wajah chacha , dia pandang chacha dengan muka takde life dia tu . chacha pandang airieyl takut takut .

"jalan sebelah aku" kata airieyl mendatar tapi kedengaran tegas .

perlahan chacha mengangguk namun airieyl terus berdiri tegak semula dan berjalan meninggalkan chacha . kelam kabut chacha mengejar airieyl dan berjalan di sebelah airieyl . mata yang memandangnya tajam menikam tidak di hiraukan .

"fuh macam aku tengok drama korea siot" adam tersengih sambil menyiku habsyam yang berdiri di sebelahnya sambil memerhatikan airieyl dan chacha jalan beriringan .

----------------------

masuk sahaja ke dalam dewan , lantas langkah adam dan habsyam terhenti apabila melihat manusia yang berada di atas pentas . manusia yang sangat mereka kenali .

airieyl menghampiri adam dan habsyam  . "dahlah tu , jom" ajak airieyl mendatar . dia faham perasaan sahabatnya itu .

merekapun berpura pura jalan bersahaja masuk ke dalam barisan kelas mereka . chacha hanya melihat mereka pelik tapi tidak pula dia bertanya .

tidak berapa lama selepas itu pengetua bangun dari tempat duduknya dan mendekati mikrofon .

"selamat pagi semua"

"selamat pagiiii sirrrr..." fuh nampak sangat semua bengang tak dapat makan .

"saya pun malas nak cakap banyak , sebelum ini sekolah kita pernah hantar sukarelawan ahli bulan sabit merah pergi kem tahunan pelajar universiti bukan ? dan benda tu bukan baru sekali , dah tiga kali kan ?"

perlahan pelajar Diamond Highschool menganggukkan kepala .

"kali ini sekolah kita terpilih lagi untuk menghantar sukarelawan ahli PBSMM sebab ahli PBSMM kita semua memang terlatih . kali ini special sikit , ahli sukarelawan itu akan di hantar ke western Australia . kem tentera sebab mereka kekurangan ahli hospital . sukarelawan itu akan di hantar menggunakan helikopter."

' smile mystery 🔒Où les histoires vivent. Découvrez maintenant