5●

175 91 59
                                    


Kepala Khayra yang dibalut oleh Doktor Ayiran sebentar tadi disentuh oleh Lion, lalu Lion mengusapnya lembut.

"Jika kau adalah isteri aku yang sebenarnya, aku akan berusaha untuk mengingati kau, Khayra" ujar Lion lalu membaringkan diri disebelah Khayra.

SEBUAH KERETA MYVI berwarna merah meluncur laju diatas jalan raya.

Didalam kereta tersebut terdapat sebuah keluarga yang sangat bahagia sedang bergelak ketawa.

Tanpa mereka sedari, sebuah kereta BMW hitam meluncur laju dari arah bertentangan. Lalu terus membelah kereta Myvi merah tersebut.

Kereta Myvi tersebut berpusing 360 darjah kearah gaung.

Seorang kanak-kanak terlempar keluar dipertengahan jalan, disebabkan pusingan kereta yang terlalu laju.

"Streett...ee.. bamm!" Kereta Myvi tersebut bergolek masuk kedalam gaung.

Kereta BMW hitam terus memecut pergi dari tempat kejadian.

"Allah!" Khayra terjaga dari pengsan sambil memegang kepala yang terasa berdenyut-denyut.

"Aku dekat mana ni?" Gumam Khayra perlahan.

Tubuhnya yang terasa lemah cuba dibangunkan.

"Aaahhh!" Jerit Khayra lantang. Sebaik sahaja dia melihat ada tangan berurat yang memeluk pinggangnya.

Tubuhnya dihalakan ke arah tangan yang memeluknya. Terus terbuntang mata Khayra sebaik sahaja melihat ada seorang lelaki yang sangat tampan sedang tidur disisinya. Akibat terlampau terkejut Khayra tanpa sengaja tertendang lelaki tersebut sehingga jatuh daripada katil.

"Auch!" Lion memegang dahinya yang berdarah akibat terkena dibucu katil.

Ingatan lama terlayar kembali diruang memori.

"Walaupun kita kahwin kerana diperangkap, tapi aku akan bahagiakan kau selagi aku masih bernyawa"

"Tolong jangan sia-siakan perkahwinan ini Khayra"

"Awak adalah lelaki idaman saya!"

"Aku akan menjadi lelaki yang menghapus air mata kau, apabila kau dilukai"

"Selamanya Jannah milik Khayra"

"Saya akan cuba sayangkan awak Jannah"

"Kau adalah perempuan pertama dan terakhir yang aku cinta"

"Ana uhibbuki fillah Khayra"

Lion memegang kepalanya yang terasa pening itu, suara-suara yang singgah difikiran nya membuatkan dia bertambah pening. Air mata jantan nya mula mengalir keluar, akibat terlalu sakit.

Khayra yang melihat dahi Lion berdarah mula cuak, tubuh Lion yang sedang memeluk lutut ditepi katil dihampiri.

"Maaf" ucap Khayra serba-salah. Entah kenapa melihat mata Lion berkaca, hatinya terasa sakit.

"Tsk...tsk...tsk" tangisan Lion mula kedengaran memenuhi ruang bilik tersebut.

Khayra dengan tangan bergetar mengusap belakang badan Lion.

"Dah jangan menangis, awak kan lelaki yang kuat" tangisan Lion semakin berkurangan apabila mendengar butir bicara Khayra.

Minyak gamat dan kain yang berada didalam bilik tersebut dicapai oleh Khayra. Lalu minyak gamat disapu pada dahi Lion yang berdarah, manakala kain panjang berwarna putih diikat dikepala Lion.

Lion mengangkat wajahnya yang masih bersisa tangisan itu, memandang Khayra yang sedang mengikat kepalanya.

Berdegup kencang dada Khayra sebaik sahaja terpandang wajah Lion yang tampak sempurna. Kening nipis terukir cantik.
Bulu mata lentik menghiasi mata birunya.
Hidung mancung terletak elok ditengah.
Bibir kecil berwarna merah bak delima.
Lesung pipit di sebelah kanan dan kiri.
Tahi lalat kecil disebelah dahi menaikkan lagi seri wajah.
Berserta kulit berwarna putih yang menjadi kegilaan wanita.

Bibir merah Lion mengukir senyuman sinis melihat Khayra seolah terpegun memandang wajahnya. Terus dibawa tubuh langsing itu kedalam dakapan nya.

Khayra tersedar dari lamunan apabila tubuhnya dipeluk erat. Dia mula beristighfar dalam hati kerana mengusya anak teruna orang.

Tangan kekar Lion yang memeluk tubuhnya sedaya upaya dilepaskan tetapi tidak berjaya, kerana lelaki tersebut memeluknya terlalu erat.

"Just stay with me or i shoot you here!" Ayat berupa amaran yang keluar dari bibir Lion mengundang perasaan takut dalam diri Khayra.

Entah kenapa dalam masa yang sama dia merasa aman ketika berada dalam dakapan lelaki tersebut. Siapa dia sebenarnya?!

"Kau siapa?" Akhirnya terluah jugak ayat yang ingin ditanya sedari tadi dari seulas bibir pink milik Khayra.

Terus terlepas pelukan Lion sebaik sahaja mendengar pertanyaan Khayra a.k.a isterinya. Ya! Dia bersyukur kerana sudah ingat sedikit tentang isterinya.

"Aku Lion! Suri hati kau Khayra!"

Khayra mengerutkan kening mendengar percakapan lelaki tersebut.

"Kau bohong, mesti kau penculik kan? Kau culik aku kan?!" Jerit Khayra dihadapan Lion. Tubuhnya dibangunkan daripada duduk dengan mata yang berkaca.

"Kau tipu aku Khayra. Kau bohong kau lupakan aku" Terus mengalir air mata jantan Lion buat kali kedua dihadapan gadis bernama Khayra.

Kanak-kanak bernama Mika mula mencelikkan mata apabila terdengar suara bising.

"Mama!" Terus Mika berlari anak kearah Khayra lalu memeluk tubuh itu.

Terkedu Khayra sebaik sahaja tubuhnya dipeluk oleh sepasang tangan kecil milik seorang kanak-kanak.

"Adik siapa?" Mika melepaskan pelukan lalu menggaru keningnya.

Tubuh tegap milik seorang lelaki yang berada berdekatan mamanya direnung.

Akibat tidak dapat menahan rasa sedih Lion terus berlari keluar daripada bilik nya berserta air mata yang mengalir keluar.

"Mama betul mama tak ingat Mika?" Tanya kanak-kanak itu polos.

Khayra menggelengkan kepala perlahan.

"KAMU KENAPA KHAIRUL?" Dato' Kay memandang sayu kearah anak tunggalnya yang mengalirkan air mata.

"Khay...Khayra pa! Dia tak kenal Lion" ujar Lion sambil tersedu-sedan.

Dato' Kay terkedu seketika lalu mengusap penuh kasih rambut milik anak lelakinya, yang sedang menangis diribanya. Begitulah sifat lelaki Lion, manja dan mudah menangis kerana orang yang disayangi.

' Ni kalau musuh dia nampak mesti gelak tak berhenti' Dato' Kay mengumam perlahan.

"Macam mana kamu boleh ingat yang Khayra tu isteri kamu?" Dato' Kay bertanya sambil mengerutkan dahi. Bukan semalam anak aku tak mengaku Khayra isteri dia ka! Siap nak tembak lagi perempuan tu!

"Tadi Lion jatuh katil sebab Khayra tertendang Lion.. dia terkejut sebab Lion peluk dia. Sewaktu kepala Lion terhantuk dilantai dahi Lion berdarah.. dalam masa yang sama Lion mula teringat yang Khayra tu isteri Lion"

"Ni semua salah Lion papa, Sebab Lion tak percayakan Khayra dan hampir bunuh dia, Khayra lupakan Lion!" Tangis Lion seperti seorang bayi.

"Sudah jangan sedih, inilah masa untuk kamu raih cinta Khayra kembali. Kamu perlu jadi seorang lelaki yang tabah dan yakinkan dia yang kamu adalah seorang suami" ujar Dato' Kay penuh semangat.

"Tapi Lion takut Lion tak tahan mendengar percakapan dia yang menyakitkan hati!"

"Sebab itu lah papa cakap kamu kena kuatkan hati kamu, raih kembali cinta dan kepercayaan isteri kamu.. insyaallah suatu hari nanti dia akan ingat kamu semula. Kamu hanya perlu usaha dan jangan mudah putus asa!"

Khayra yang mendengar percakapan anak beranak itu terus mengalirkan air mata. Kenapa aku tak ingat siapa mereka dalam hidup aku?!





















Aaa hiks sedihnya!*lap air mata..... Bagi korang sedih tak? Kalau tk sedih tak tahu lah...

Kalau ada apa2 question boleh tanya ja!!

Aku LION suri hati dia! [editing]Where stories live. Discover now