27●

46 11 25
                                    

UDARA segar pada malam itu dihirup oleh Khayra yang berada diluar balkoni bilik.

Bibirnya mengukir senyuman indah bilamana teringat tentang perkara yang terjadi pagi tadi di antara dia dan Lion.

Khayra terkelu apabila melihat pemandangan didalam rumah teres 3 tingkat itu. Lilin-lilin kecil berbaris panjang membentuk satu jalan menuju ke sebuah meja yang berada dihujung sana. Berserta kelopak bunga ros yang bertaburan diatas lantai membentuk sebuah love. Menghangatkan lagi suasana yang serba indah itu.

Lion menarik senyuman nipis. Melihat Khayra yang seolah-olah terpegun itu. Tangan Khayra ditarik menghampiri meja yang dihiasi lampu berwarna warni itu. Dan diatasnya terdapat set makanan yang telah disediakan.

Kerusi ditarik serentak. Lalu mereka bertiga sama-sama melabuhkan duduk di situ.

Khayra terkedu melihat Lion menggapai tangannya. Lalu sebentuk cincin mutiara disarungkan pada jari manis Khayra.

"I love you Khayra. Sejak aku melafazkan akad. Aku dah berjanji pada diri aku yang aku akan menjaga kau sehingga akhir nafas aku" ucap Lion tulus. Tangan Khayra dibawa ke bibirnya lalu tangan itu dikucup lembut. Khayra terkedu mendengar pengakuan Lion.

"I love you too" balas Khayra sambil menunduk malu. Tidak salahkan mengungkapkan cinta kepada suami sendiri. Lion tersengih nakal melihat kelakuan isterinya itu.

Adegan romantik di antara Lion dan Khayra sama sekali tidak mengganggu Mika yang tengah makan makanan yang disediakan itu. Dirinya beriak biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dihadapannya.

Tangan yang melingkar pada pinggang Khayra menyentakkan nya dari lamunan.

"Sayang fikir apa tu?" Panggilan sayang dari Lion telah membuatkan pipi Khayra berona merah. Sejak balik dari jalan-jalan siang tadi. Lion tidak habis-habis memanggilnya sayang.

"Ermm tak adalah" Lion tergelak kecil melihat Khayra yang menunduk itu.

"Esok kita balik rumah papa" Khayra yang mendengar percakapan Lion terus mengangkat wajah ke atas.

"Betul ka? Awak dah tak marah papa kan?" Khayra bertanya dengan nada teruja.

"Hmm kalau aku marah pun aku tak dapat apa-apa pun. Lagipun betul lah apa yang kau cakap, ada sebab kenapa papa buat macam tu" Khayra tersenyum mendengar percakapan Lion. Tubuh Lion dipeluk erat.

"Dah jom lah pergi tidur. Tak elok duduk luar lama-lama ni nanti badan kau masuk angin lepas tu jadi montel" Khayra mencebik bibir mendengar percakapan Lion, nak tipu pun agak-agak lah. Ingat dia ni budak darjah satu kot.

"Hati-hati dekat luar tu. Nanti bila nampak kepala terbang jangan jerit panggil aku" Lion yang melihat Khayra berlari masuk ke dalam bilik. Terus menghamburkan tawa kuat. Penakut rupanya!












KHAYRA mencekak pinggang memandang Mika dan Leo yang sedang tidur diatas karpet diruang tamu. Sambil di tangan mereka terdapat peralatan game.

"Ya Allah dua orang budak bertuah ni. Kenapa tak tidur dekat bilik?" Jeritan dari Khayra membuatkan Leo dan Mika mencelikkan mata sambil menguap luas.

Leo yang melihat kakak iparnya di hadapan mata terus menarik sengihan. Rambut yang sudah kusut itu dirapikan semula menggunakan jari. Depan kakak ipar cantik, mestilah kena nampak smart.

Mika yang baru terjaga itu menarik sengihan apabila melihat Khayra memandangnya tajam.

"Haih korang berdua pergilah mandi dulu. Lepas tu jangan lupa solat subuh sekali, baru turun sarapan" arah Khayra sambil mencekak pinggang. Leo dan Mika terus memecut lari apabila  mendengar arahan dari Khayra.
Takut ibu singa mengamuk.

Khayra menggelengkan kepala melihat gelagat Leo dan Mika.

Sebaik sahaja selesai mengemas ruang tamu. Khayra membuka langkah menuju ke dapur, ingin menghidangkan makanan yang telah dimasak olehnya sebentar tadi.

Sebaik sahaja selesai menghidangkan makanan di atas meja makan. Dia terus melaung memanggil nama penghuni yang berada didalam apartment tersebut.

Lion menuruni tangga dengan gayanya sambil melipat baju yang dipakainya sehingga paras siku. Rambut keperangan miliknya turut dibetulkan menggunakan jari. Bibirnya ternganga luas sebaik sahaja melihat anak buahnya memenuhi meja makan sambil menjamah makanan. Matanya tajam menatap wajah Leo yang sedang duduk bersebelahan isterinya. Lion mencebik bibir, langkah terus dibuka menuju ke luar apartment.

Khayra yang baru ingin menjamah makanan. Terus meletakkannya semula apabila melihat Lion sudah pergi ke luar rumah. Kelibat Lion dicari. Cepatnya dia menghilang? Khayra mengurut dahi.

Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman apabila melihat seseorang yang berada diatas bangku berdekatan taman bunga. Langkah dibuka perlahan-lahan menuju ke arah tubuh tersebut.

"Pahh!"

"Oit aku cemburu dekat adik aku" Khayra terus menghamburkan tawa mendengar latah Lion. Macam orang tua-tua pulak.

Lion menjeling Khayra yang sedang ketawa itu. Sambil tangan disilangkan ke tubuh.

"Kenapa awak tak pergi makan dengan kita orang?" Khayra bertanya sambil melabuhkan punggung di sisi Lion. Seketika Khayra tersenyum memandang baju yang tersarung di tubuh Lion. T-shirt berwarna biru tua, dipadankan dengan jaket kulit berwarna hitam diluar, berserta seluar jeans berwarna putih. Tiada lagi baju berwarna pink dan reben yang menghiasi leher Lion.

"Hmm aku nak duduk tepi kau, tapi Leo dah ambil tempat tu" ujar Lion sambil mencebik bibir. Khayra yang melihat gelagat Lion sudah tergelak kecil. Nak dipujuk la ni.

"Walaupun awak tak dapat duduk ditepi saya tadi, tapi tempat awak sentiasa dalam hati saya" bibir merah milik Lion terus terukir senyuman manis bilamana mendengar percakapan Khayra. Tubuh kecil Khayra ditarik ke dalam pelukan, lalu dipeluk erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan, kecuali jika takdir yang memisahkan mereka.












"KHAIRUL!" Dato Kay terus memeluk tubuh Lion erat.

"Papa mintak maaf..."

"Papa tak ada buat salah pun dekat Lion. Lion yang patut mintak maaf dekat papa" Dato Kay menatap wajah putih Lion sayu. Sungguh dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Air mata yang hampir mengalir itu, cepat-cepat dihapuskan menggunakan ibu jari.

"Lion dengan Khayra duduklah dulu. Papa ada benda nak bincang dengan korang" ujar Dato Kay setelah melepaskan tubuh Lion dari pelukannya.

"Sampai hati Tok pa tak peluk Mika pun" Dato Kay yang mendengar percakapan Mika terus memeluk tubuh kecil itu.

"Mika pergilah naik atas dulu, nanti mama dengan papa Mika naik atas" ujar Dato Kay. Dia ingin membincang tentang Mika, dan sudah pasti dia tidak ingin kanak-kanak itu mendengar. Kerana ini merupakan kejutan.

"Sebenarnya papa nak sambut befday Mika lusa, papa dah buat persiapan serba sedikit untuk birthday party tu nanti" terang Dato Kay dengan wajah teruja, sungguh dia tidak sabar ingin menyambut birthday cucu kesayangannya itu.

"Lion dengan Khayra ok ja kalau papa nak sambut birthday Mika" Lion memberi kata putus sambil tersenyum ke arah Khayra.

Khayra agak terkilan dengan diri sendiri, kerana apa yang telah berlaku ke atas dirinya menyebabkan dia melupakan tentang tarikh lahir Mika. Yang mana pada tarikh itu lah dia mengambil Mika sebagai anak angkat. Tarikh yang sangat bermakna dalam hidupnya. Kerana pada tarikh itu lah, terselitnya kegembiraan sekaligus kedukaan.












1071 patah perkataan, sorry sbb pendek.. Anna kekeringan idea ")

Btw kan korang nak cerita ni dipanjangkan lagi ka atau nak Anna tamatkan cepat?

Kalau nak dipanjangkan lagi maybe akan ada banyak konflik yg mendatang. Kalau nk Anna tamatkan, Anna akn tamat kan tk lama lagi dan akan sambung dengan cerita yang baru... ♡

apa" pun semoga enjoy! Jngn lupa vote and comment! Thanks♡

Aku LION suri hati dia! [editing]Onde histórias criam vida. Descubra agora