06 : weird

52 14 1
                                    

Hari ini adalah hari cuti , Hara bercadang ingin mengajak Yunho mengulangkaji untuk quiz math yang akan diadakan tak lama lagi

" aku tunggu kau dekat kedai komik ya? Senang sikit nak nampak kereta driver kau" Ujar Yunho di dalam talian , Hara bersetuju lalu menamatkan panggilan

Yunho masuk ke dalam kedai komik itu , bau-bau buku sangat kuat memandangkan semuanya masih baru

Yunho membelek beberapa buah buku , dia perasan disini banyak menjual buku berkaitan anime

" eh- ini bukan character yang noona minat tu ke? Su-suna?? " Yunho teringatkan sepupunya yang juga merupakan peminat tegar anime itu sejak zaman sekolah menengah

" iya lah ni . Baik aku belikan untuk noona , mesti dia suka " Yunho senyum lalu membawa buku itu ke kaunter untuk dibayar

" Weh Eun! Kau ada komik Suna lagi tak? aku dah habis baca yang ni-"

Mata Yunho tertumpu pada pintu masuk kedai itu, begitu juga orang yang baru masuk itu

" Areum? " Ya , Yunho dan Areum kebetulan berjumpa disitu . Areum terus gelisah apabila berjumpa Yunho .

" a-ah takpe lah Eun aku balik dulu " Areum keluar dari kedai itu tergesa-gesa , Yunho bingung .

" em tumpang tanya , dia tu selalu datang sini ke? " Yunho meletakkan buku tadi diatas kaunter itu

" Areum? Haah. Dia selalu datang pinjam buku kat sini,kalau ikutkan tak boleh pinjam tapi nasib baik dia kawan saya tau" Eun yang menjaga kedai itu mula scan harga buku Yunho

" oh.. terima kasih ya " Yunho mengeluarkan beberapa not duit kepada Eun lalu keluar dari kedai

kalau ikutkan dia mahu sahaja keluar mencari Areum , tapi dia perlu mengulangkaji bersama Hara

.

.

.

" Yun, kau tak kesah kan Mingi ikut sekali? Dia kan genius math , bolehlah dia ajar kita " Hara memandang Yunho , mereka berada di perpustakaan sekarang . Sedang menunggu insan bernama Mingi

" aku okay je ,lagipun dah lama tak jumpa dia " Ujar Yunho , Hara senyum lalu membuat simbol 'good'

" maaflah aku lambat ,aku cari bahan tadi " Mingi duduk di kerusi berhadapan Yunho dan Hara

" takpe , duduklah . Dah lama tak jumpa kau Mingi " Yunho senyum nampak gigi , Mingi setuju dia juga membalas dengan senyuman kecil

" eh by the way , korang ni bercinta ke? Aku selalu tengok korang sama-sama kat sekolah " Soal Mingi tiba-tiba membuatkan mata Hara membuntang

" aku tengok korang sesuai la bersama! " Mingi mengusik Yunho dan Hara

" taklah! Kitorang bestfriend je , tak lebih " Hara cepat-cepat membetulkan keadaan , boleh pula Mingi kata begitu

tapi disudut hati Yunho , dia anggap Hara lebih daripada seorang kawan .

.

.

.

Yunho pulang selepas beberapa jam mengulangkaji pelajaran bersama Hara dan Mingi

masuk sahaja ke dalam rumah , dia nampak sepupunya sedang terjerit sakan diatas sofa empuk milik Puan Jeong , anak anjingnya Suna juga berada di sisi sepupunya

tak lupa juga Gunho yang sedang menonton tv dengan senyap

" eh Yuno dah balik ke ha sini-sini ! " Yura memanggil Yunho , dia ingin memberitahu satu berita gembira

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now