18 : Gunho

42 5 7
                                    

Yunho masuk ke kelas lalu menuju ke tempat duduknya disebelah Hara .

" Morning! " Tegur Hara selepas Yunho melabuhkan punggung . Senyumannya ditayangkan kepada Yunho namun lelaki itu tidak membalas.

" hm . " Jawab Yunho ringkas lalu meletakkan kepalanya di atas meja . Hara hanya menghiraukan rakan baiknya itu lalu sambung mengilatkan kukunya.

Dia masih keliru dengan tindakan Hara semalam . Yunho mendongak semula lalu merenung muka Hara .

" Wae? " Hara berasa pelik itu menyoal . Pengilat kukunya diletakkan kebawah semula .

" kenapa kau tak tolong Areum semalam? "

Hara berdecit , ah.. sebab itula Yunho bad mood harini .

" aku tak dengar dia cakap apa . Jadi aku ingatkan dia nak panggil kau so aku biarkanlah .."

" Dia jerit nama kau Hara , dua kali dia minta tolong sambil berlari laju ke arah kita . Tak kisahlah siapa yang dengar dulu tak salah pun tolong dia . "

" iya lah Yunho . Kau ni semenjak Areum masuk kelas ni kau terlalu care pasal dia , lebih risaukan dia dari aku .. "

" sejak bila pula ambil berat tentang seseorang salah? kau selalu keluarkan ayat-ayat macamtu kalau aku ajak bincang kan, sudahla malas aku nak berborak dengan kau ugh! . " Yunho bangun lalu melangkah ke toilet meninggalkan Hara seorang dalam kelas itu.

Malaslah Yunho nak teruskan perbincangan . Nanti akan jadi gaduh juga seperti sebelum ini . Lebih baik dia pedulikan Hara sampai dia datang minta maaf sendiri.

Hara menggulingkan biji matanya . Menjengkelkan , merimaskan , menyakitkan hati saja dia bertikam lidah dengan Yunho kalau akhirnya lelaki itu tetap ingin menangkan Areum juga .

.

.

.

Waktu rehat,

Yunho mengemas alas tulisnya sebelum keluar dari kelas , taknakla hilang barang-barang dia nanti.

Selesai itu Yunho melangkah keluar dan mengambil jalan tangga yang berdekatan dengan bilik guru untuk turun ke cafeteria .

Tapi dia bertembung dengan seorang pelajar junior yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan .

" ah, maaf sunbae, " Pelajar junior itu meminta maaf selepas terlanggar bahu Yunho tadi , nampak macam dia tergesa-gesa ingin pergi ke cafeteria.

" Minji, kenapa masuk bilik ni? sakit ke?? " Soal Yunho risau , Minji mengangkat muka lalu memandang Yunho . Dia menggeleng perlahan.

Yunho terkejut selepas tengok kesan calar pada pipi Minji . Seperti dia dicakar.

" M-minji temankan Gunho , dia sakit perut katanya .. " Yunho terkejut sekali lagi , dia menapak ke depan pintu bilik rawatan dengan tingkap kecil itu .

Tak nampak pula kelibat Gunho , mungkin dia sedang diperiksa sebabtu Yunho tak boleh tengok dari luar .

" Muka tu calar kenapa? Minji bergaduh ya , oppa tahu tak?? " Teka Yunho dahulu sebelum Minji menjelaskan perkara sebenar . Minji mengeluh lalu mengangguk perlahan sebab Yunho dah boleh agak apa terjadi.

Ini semua sebab Yunho pernah nampak Minji bergaduh depan toilet perempuan sebab dia kena buli . Sampaikan abang Minji, Mingi tahu perkara tu dan terus siasat siapa pembuli tu . Akhirnya semua pelajar yang buli Minji kena hantar dekat pusat pemulihan akhlak .

" Please jangan bagitahu oppa. Nanti dia masuk campur hal Minji lagi.."

" hm yelah ."

" Dah jom , nak pergi cafeteria kan? Kita rehat sama-sama . " Ajak Yunho lalu memegang bahu Minji dan menolaknya perlahan supaya dia berjalan di depan.

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now