14: school project

37 10 3
                                    

Areum menguap , dia bangun perlahan-lahan keluar dari biliknya

Areum turun ke dapur , dinding menjadi tempat berpaut .

" Areum nak apa? "   Puan Bae yang sedang memasak sarapan bergegas ke arah Areum

" ani, nak pastikan omma okay je .. " Areum melihat bahagian tangan ommanya , tiada luka baru

" omma okay lah , appa tak mabuk"  Kata Puan Bae , rambut Areum diusap lembut membuatkan remaja itu tersenyum

" Baguslah , Areum nak mandi dulu "

Puan Bae mengangguk , dia memapah Areum yang sedikit sukar untuk menaiki tangga itu sampai ke biliknya semula

Selesai bersiap , Areum turun semula untuk bersarapan bersama ommanya

" omma .. pasal semalam tu , Areum minta maaf ya? Areum geram sangat sampai termarah omma sekali "  Areum memandang ommanya , teringat kembali kejadian dia menepis tangan Puan Bae serta memarahi wanita itu

" tak apa lah , lagipun kalau Areum tak buat macamtu lagi teruk jadinya kan? Omma yang salah , percayakan sangat lelaki takguna tu . Sekarang ni kamu yang susah"   Puan Bae berhenti mengunyah , dia menggumam kerana terlalu sebak mengenangkan nasib anaknya itu

Areum senyum nipis ,bahu ommanya ditepuk-tepuk supaya wanita itu tenang

" dah la tu , sedih pula dia . Kesian makanan tu menangis dia nak tunggu omma makan "

Areum berjenaka membuatkan Puan Bae tergelak kecil , dua beranak itu sambung bersarapan dengan aman

.

.

.

Ting!

Areum melihat telefonnya, notification yang terpapar di skrin telefon ditekan laju

[ YUNHO / ONLINE ]

YUNHO
kau boleh keluar ke Areum?
Kita kena siapkan projek
sains tu harini , esok dah
kena buat presentation

aku tak berapa sihatlah Yunho.

Tapi takkan aku nak biarkan
korang berdua je yang buat

YUNHO
kalau macamtu biar
kitorang datang rumah
kau , lagipun boleh
melawat kau sekali .

YUNHO
bagi location cepat ,
driver Hara dah sampai
ni . Jumpa nanti!!

Areum menutup telefonnya , dia pandang pula ommanya yang baru sahaja keluar dari bilik

" eo? omma nak pergi mana? "

" jumpa peguam , katanya nak bincang pasal cerai "

" ah.. okay hati-hati omma ! "

Puan Bae memeluk Areum sebelum keluar dari rumah , di pesannya juga supaya call dia kalau-kalau appa tiri dia balik awal

Beberapa minit selepas Puan Bae keluar , satu ketukan menyentakkan Areum yang sedang santai membaca komik di ruang tamu

Tok tok tok!!

Areum bangun perlahan, dinding sahaja lah tempat dia berpaut kerana agak sukar untuk berjalan bila kakinya dibalut kemas

pintu dibuka , satu senyuman di hadiahkan pada Areum . Dia mendongak mengenalpasti orang itu sebelum membenarkan mereka masuk

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now