e l e v e n -

102 21 0
                                    

Sejak kejadian dimana aku sendiri kena marah dengan si budak mentah tu. Makcik Suri langsung tidak menegur aku dan langsung tiada sepatah kata selepas kami balik daripada rumah Tok Mad pada hari itu.

Apa yang semua nak mempertahankan perempuan tu pun aku tak tahu lah. Kenapalah aku tak join je Makcik Senah hari tu tapi orang tua tu pulak kutuk arwah Izzan. Batal niat terus aku jadinya.

Ubat di dalam laci aku capai dan meneguk sekali dengan botol air kosong yang berada di atas meja. Tah kenapa, aku rasa serba salah dengan makcik aku sendiri. Tak pernah dia marah aku sampai macam ni sekali.

Ini semua punca perempuan tu memang bawak bala betul.

Aku menapakkan kaki keluar dari dalam bilik dan mata aku mengintai bilik Makcik Suri yang berada bersebelahan dengan bilik aku. Mata aku terlihat dia sedang memeluk bingkai gambar.

Tapi bingkai gambar siapa?

"Rohani... Maafkan aku sebab tak jaga Umar dengan betul. Maaf, aku dah langgar janji kau untuk jaga Umar. Aku gagal Hani, aku gagal."

Dengar saja nama itu keluar dari mulut Makcik Suri, hati aku terasa panas dan nafasku terkemut-kempis menahan marah.

"Makcik gagal apanya?" Aku menyelak langsir lutsinar terpampang wajahnya yang mata membengkak akibat menangis.

Aku tak tahu kenapa setiap kali dengar nama perempuan tu, hati aku jadi panas semula. Kenapa masih lagi nak sebut nama perempuan tu?

Disebabkan dia lah, aku merana. Disebabkan dia juga, aku mula benci perempuan. Perempuan seorang saja aku sayang dalam dunia ini.

Makcik aku sendiri. Tiada yang lain.

"U...Umar maafkan makcik sebab gagal jaga kamu. Mak kamu mesti sedih..."

Kaki aku dengan refleks menyepak pintu membuatkan kata-kata Makcik Suri terhenti sekejap. Aku sumpah sudah tidak boleh kawal dengan perasaan marah yang menyelubungi dalam hati sekarang ini.

"Umar takda mak! Dia bukan mak atau sesiapa pun. Disebabkan dia lah Umar jadi macam ni!" Laungku kuat. Aku tidak boleh terima dia merupakan darah daging aku sendiri. Telinga aku terasa jijik bila dengar perkataan itu!

"Umar... Mak kamu tetap ibu yang melahirkan kamu. Dia tetap darah daging kamu. Maafkan lah dia, biar dia aman di sana."

"Umar... makcik tahu kamu anak yang baik. Kamu tak pernah susahkan makcik semenjak arwah ayah kamu meninggal. Kamu berdikari sendiri, kamu cari duit makan sendiri. Kamu anak yang baik, sebijik macam ayah kamu. Tapi Umar, jangan biarkan ego dan hati negatif kamu menguasai diri kamu. Nanti kamu yang sakit," air mata mengalir dipipinya.

Aku masih diam, tidak mampu nak cakap apa-apa. Tah, aku masih tidak boleh lupa apa yang perempuan tu buat pada aku dengan ayah aku sampai merana.

"Jangan berharap pada Umar, makcik. Umar tak tahu bila Umar boleh maafkan dia."

Aku menyusun atur untuk keluar daripada rumah. Fikiran aku sudah melayang tah kemana. Aku hanya ikut gerak hati tapi masih tidak tahu kemana aku nak pergi.

Bibir senang untuk mengungkapkan dengan perkataan maaf tapi tak semua manusia boleh buat perkara itu. Walaupun aku sendiri tidak mampu nak maafkan mak aku sendiri.

Telefon bimbit di dalam saku seluar aku keluarkan dan menghubungi nombor telefon Hairul.

Jam yang berada ditangan sudah menginjak pukul 9 malam. Walaupun aku sendiri sudah lama tidak lepak malam, tah kenapa aku rasa aku kena ambik angin untuk hilangkan marah aku buat masa sekarang ini.

"Datang warung Pakcik Hamid. Lambat, jangan harap aku akan jumpa kau lagi."

Aku mematikan panggilan dan menghidupkan enjin motorsikal untuk pergi dari situ.

[OG] Lelaki Tanpa CintaWhere stories live. Discover now