t w e n t y s e v e n -

168 23 2
                                    

Tok tok tok!

Zahra masuk ke dalam bilik Medina dimana dia sudah bersiap dan dihiasi dengan baju pengantin. Dia membuka tombol pintu sedikit apabila Medina sedang leka melihat bingkai gambar seseorang.

"Babe? Are you done? Boleh i masuk?" Soalnya yang berada dimuka pintu. Medina hanya angguk dengan senyuman tipis.

"Boleh masuklah."

Zahra masuk ke dalam dan mengambil tempat disebelah kawannya itu. Dia melihat Medina masih leka termenung melihat bingkai gambar arwah abangnya.

Tangan pantas memeluk bahu Medina supaya tanda menyuruh kawannya kuat menghadapi segala ujian selepas ini. Walaupun dia sendiri tidak kuat seperti Medina. Dia akui, dirinya pun lemah.

Sangat lemah.

"Dah, jangan sedih-sedih. Harini adalah hari kebahagiaan you. Come on Medina, semua orang sudah tunggu," senyumnya memberikan Medina menyalurkan sedikit semangat.

"Okay!" Girangnya. Namun matanya tertancap sesuatu pada tepi kanan pipi Zahra. Seakan lebam kelihatan.

"Babe? Ni kenapa ni?" Soal Medina risau apabila nampak kesan lebam ternyata jelas di bahagian pipi Zahra.

"Eh t...takda apa-apa lah itu i terhantuk dekat dinding sebab masa tu rumah i blackout," sengihnya agak janggal sambil dia membetulkan selendang untuk menutup sedikit kesannya itu.

Mahu saja Medina bersuara tetiba satu ketukan membuat mereka berdua memandang ke arah Nenek Ramlah yang sudah terpacak dimuka pintu.

"Ha Zahra, Medina. Cepat pengantin lelaki dah sampai," arahnya. Zahra mengangguk laju dan menyuruh Medina bangun supaya bersiap sedia.

Medina berkerut tempoh hari sebelum itu dia nampak lebam pada pergelangan tangan tapi kalini bahagian pipi pula. Gadis itu seperti tidak sedap hati seakan kawannya ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Lantas mereka berdua menuju ke luar rumah untuk bersedia sekejap lagi kedua pengantin mempelai akan berjalan sehingga ke khemah. Perkahwinan mereka hanya buat dihalaman rumah saja. Memandangkan halaman rumah Tok Mad agak besar dan sesuai dijadikan sebagai tempat bersanding.

Medina terasa berdebar untuk menunggu kehadiran suaminya untuk bersanding bersama-sama di atas pelamin. Dia rasakan harini, hari yang paling bahagia walaupun dia sendiri kurang pasti apakah Umar menyayanginya ataupun tidak?

Tapi semua cerita bahagia itu indah...

Kan?

-

Rizal memandu kereta milik Umar sehingga ke rumah Tok Mad. Mereka berdua sudah bersiap tinggal untuk Umar naik pelamin bersama Medina. Rizal tersengih manakala Umar pula hanya lemparkan pandangan diluar tingkap.

"Umar.." panggil Rizal. Kepalanya menoleh sekejap ke arah kawannya yang berada disebelahnya itu.

"Hurm."

"Tak sangkakan harini hari paling bahagia untuk kau? Kau tak bahagia ke?" Soalnya. Umar hanya diam tidak tahu nak memberikan jawapan apa.

"Takpalah Mar. Aku faham. Tapi, walaupun kau rasa benda ni sebab kau nak balas jasa. Aku rasa salah bukan ni Izzan mahukan dari kau."

"Tapi tanggungjawab Izzan dia nak beralih kepada kau supaya jagakan Medina dan kebahagiaan kau orang berdua. Kau kena faham tu," nasihatnya lagi.

Lelaki itu mula berfikir tentang apa yang Rizal katakan. Dia agak bingung dengan semua ini. Sepanjang dia berkahwin dengan Medina, dia sendiri pun tidak tahu boleh atau tidak dia jatuh cinta dengan isterinya sendiri.

[OG] Lelaki Tanpa CintaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora