t h i r t y t w o -

135 9 6
                                    

"Muhammad Fahmi"

Panggil salah seorang polis yang datang dekat ke arahnya. Fahmi yang sedang berbaring terus bangun apabila namanya dipanggil.

"Ada orang nak jumpa dengan kamu," kata polis itu dingin. Fahmi bangun dan mula keluar dari lokap. Kakinya mula melangkah ke arah dimana satu tempat untuk pelawat.

Lelaki itu menggulingkan mata apabila dia terlihat lelaki separuh usia itu sudah menunggunya disitu. Fahmi duduk dan gari pada tangannya sudah terbuka.

Tok Mail mencapai telefon yang tergantung di tepi cermin lutsinar. Dia menunggu balasan dari pihak Fahmi untuk nyahut panggilannya.

Dengan terpaksa lelaki itu juga turut mencapai ganggang telefon dan dia hanya menunggu suara dari pihak Tok Mail.

"Mi, kau sihat?"

"Tok Mail jangan berdalih lah, cakap lah apa Tok Mail nak," rengusnya kasar. Dia malas nak berkias-kias lagi.

"Tok nak jamin kamu untuk keluar dari lokap dan kita boleh bergabung semula untuk dapatkan Medina jadi milik tok."

"Takpalah tok, aku dah taknak. Aku lebih selesa duduk lokap ni. Kalau aku keluar pun, aku dah takda siapa-siapa. Dah lah," telefon itu dia letakkan kembali.

Polis tadi menggarikan semula kedua tangannya dan masuk ke dalam lokap semula. Fahmi langsung tidak berminat untuk berborak panjang bersamanya.

"Sial kau, Mi. Dasar tak kenang budi. Aku boleh dakwa kau, kau tak bayar hutang aku. Kalau aku tahu, aku tak tolong bayarkan wad adik kau tu. Huh!" Rengusnya kasar. Dia terus bangun daripada tempat kerusi.

Tok Mail rasa tidak tenteram bagaimana cara lagi untuk dia dapatkan Medina. Kasim pula awal lagi tidak mahu menolongnya lagi. Kalini, dia harus bertindak walaupun dengan cara kasar sekalipun!

"Kau tunggu, Medina."

__

"Alhamdulillah banyak ikan kita dapat harini."

Rizal membungkus semua plastik berisi ikan-ikan yang ditangkap olehnya. Rezeki mereka dapat bawak balik lebih untuk dimakan nanti. Umar mengikat tali sampan ke tiang jeti, laju saja tangannya menyiapkan barang untuk bawa pulang ke rumah.

Harini, dia sudah memberitahu kepada Makcik Milah dia tidak dapat datang ke tempat kerja kerana ingin menjaga Medina di rumah. Dia masih risau dengan keadaan isterinya, masih lagi terlayar dalam fikiran tentang kes malam semalam.

"Mar, Medina macam mana? Dia dah okay ke?" Soal Rizal. Penutup botol air di buka diteguknya rakus kerana terlalu haus.

"Okay."

"Jaga lah Medina elok-elok. Bukan apa Mar. Kau sekarang ni banyak orang memerhati," pesan Rizal. Nada suaranya seakan mendalam. Dia tidak tahu kenapa hatinya sudah dapat rasakan ada benda yang tidak kena.

"In Shaa Allah," kata Umar sepatah sebelum dia meneguk air mineral sehingga habis.

Umar berkerut kerana dia terasa saku seluarnya kosong. Dia meraba-raba sakunya ternyata dia terlupa membawa telefon bimbit.

"Eh asal?" Soal Rizal hairan apabila melihat kawannya seakan mencari sesuatu.

"Telefon aku tertinggal kat rumah."

"Kau nak call guna telefon aku tak?" Soalnya lagi. Umar hanya menggeleng, dia hanya sekejap saja di sini.

Selepas ini, dia terus pulang ke rumah. Dia pun risau juga dengan keadaan Medina. Dari sehingga dia turun ke laut sampai naik ke atas jeti masih teringat keselamatan Medina.

[OG] Lelaki Tanpa CintaWhere stories live. Discover now