t h i r t y -

194 12 8
                                    

Tok Mail memakai hoodie hitam dan dibiarkan menutup kepalanya sekali. Dia taknak kalau orang kampung tahu kehadirannya.

Dia sudah membawa cangkul kecil, matanya memerhati ke arah sekeliling sebelum dia menanam tangkal berwarna hitam itu di belakang rumah milik Umar dan Medina.

Dia menggali tanah agak dalam lalu dia mengeluarkan tangkal yang berada di dalam saku seluarnya. Senyumnya terukir sebelum dia mencampak ke dalam tanah lalu dia menanam kembali dengan tanah semula.

"Huh...senang kerja aku," katanya sinis sebelum dia berjalan laju, takut nanti terkantoi dengan penduduk kampung lebih baik dia cepat cabut dari sini.

Dia membuka pintu kereta yang dia letakkan jauh sedikit daripada rumah Umar. Dia membuka penutup kepala baju hoodie. Senyuman kemenangan sudah terukir dengan lebar. Tidak sabar selepas ini dia mahu berjumpa dengan Medina.

"Aku harap tangkal tu berjaya," sengihnya sebelum dia menghidupkan enjin kereta untuk beradar dari situ memandangkan sekarang sudah masuk pukul 12 malam.

Tok Mail pulang dengan penuh senang hati, tidak lagi dia rasa risau atau takut sekalipun. Dia tahu, dia pasti akan dapatkan Medina satu hari nanti.

Hanya tunggu dan lihat.

-

Jam sudah menginjak pukul 3 pagi tetiba saja tubuh badan Medina terasa panas membahang. Dia menyelak selimut yang melitupi seluruh badannya, berpeluh teruk dibuatnya. Terasa sekarang ini dia berada depan gunung berapi.

Umar yang selesai daripada solat malam terus terdengar Medina merengek dan terbangun daripada tidur dalam keadaan serabut. Berkerut dahinya melihat isterinya keadaan begitu.

"Ish panas lah!" Jeritnya sebelum dia mencampak selimut ke bawah lantai. Umar berkerut pelik.

"Kau kenapa ni?" Soalnya hairan, pelik dengan kelakuan Medina yang secara tiba-tiba.

"Panas lah abang! Tak bukak kipas ke?" Rengeknya, dia mengikat rambut panjangnya separas pinggang itu kepada ikat sanggul. Mukanya pula seakan tidak puas hati.

"Dah bukak tiga dah kan? Apa yang panas sangat?" Kerut dahi suaminya.

"Tak suka lah! Lepas ni beli air-cond boleh tak? Jangan nak kedekut sangat duit tu, Ish!" Rengusnya geram, dia berdiri lalu melangkah keluar dari dalam bilik untuk masuk ke dalam bilik air.

"Dah kenapa perempuan ni? Nak marah-marah aku pulak. Sampuk agaknya," lelaki itu menghela nafas panjang sebelum dia mengambil semula selimut di atas lantai tadi.

__

Zahra mula tersedar dari tidur yang lama, dia terasa kepalanya masih sakit dan berdenyut-denyut seperti pisau yang mencucuk kepalanya dalam. Matanya agak kabur melihat keadaan bilik.

Matanya terbuntang luas saat dia sedar melihat dirinya berada di dalam hospital. Dia hampir lupa apa yang berlaku, mungkin pertengkaran dia dan Harith semalam buatkan dia terhentak kepala dipalang besi.

Seorang jururawat perempuan membuka pintu wad biliknya. Nurse itu hampir terkejut dengan segera menghampiri Zahra yang berada di atas katil.

"Nurse...Siapa yang bawak saya ke sini?" Soalnya ingin kepastian. Berkerut dahinya menunggu jawapan.

"Oh semalam...Doktor Hairul yang hubungi pihak hospital sebabkan cik cedera parah. Cik duduk dan jangan panik ya saya nak panggil Doktor Hairul sekejap."

[OG] Lelaki Tanpa CintaWhere stories live. Discover now