8. Her Husband?

175 29 2
                                    

"Lacy. Lacy!!"

Suara yang nyaring menyerpa gegendang telinga Lacy. Tidurnya mula terusik. Sinar cahaya matahari mengganggu lenanya. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"JAKE?!!" Lacy duduk dan memeriksa dalam selimut. Syukurlah, pakainnya masih terpasang sempurna. Lacy menghembus nafas lega.

"Kau buat apa kat bilik aku?!"

"Tunggu kau bangun."

Lacy mengemas katilnya. "Keluar. Aku nak mandi. Nak ikut ke?"

"Ouh boleh ke? Jom." Jake menarik tangan Lacy.

"EHH!!" Lacy memukul bahu Jake.

"Tadi ajak,"

"Salah orang nak ajak bergurau."

Jake ketawa geli. "Cepat bersiap. Winter dah tunggu tu." Jake menutup pintu bilik Lacy.

Tidak mengambil masa yang panjang, Lacy telah pun siap membersihkan diri dan berpakaian seragam. Kini, dia duduk didepan meja rias.

Lacy berjalan mengambil beg, dan matanya tertuju pada kotak Iphone yang berada di meja sebelah katil. Dia menghampiri meja dan mengambil kotak tersebut. "Tch! Si sombong tu."

Lacy perlahan menuruni satu persatu anak tangga rumahnya. Dari atas sudah kelihatan Winter yang duduk di sofa sambil memainkan telefon pintarnya begitu juga dengan Jake.

"Jom." Ucap Lacy setelah sampai di bawah.

Winter dan Jake memberhentikan aktiviti mereka dan fokus kearah Lacy. Winter bangun dan memeluk lengan Lacy. "Eungg, jom."

Mereka berjalan ke pintu keluar. "Lacy, siapa punya Iphone?" Tanya Winter.

"Ouh ni err...had-"

"Lacy campak Iphone orang dari tingkat 4." Sahut Jake.

"Aku terlanggar je tau. Jake buat cerita."























•••••

"Winter, kita terpisah lagi," Lacy memasang muka sedih.

"It's okay. Aku kat blok sebelah je. Kita jumpa waktu rehat nanti. Lagipun aku dengan Jake. Jangan risau lah!"

Lacy dan Winter melepaskan tangan. Fokus Lacy tertuju pada Jake. "Jake! Jaga Winter elok-elok."

"Aku lebih rela jaga kau untuk seumur hidup aku."

"Jake!"

"Iya iya. Jom Winter." Seperti biasa Jake mesti akan jalan terlebih dahulu.

"Bye, Lacy." Ucap Winter dan Lacy membalasnya dengan anggukkan dan senyum.

Lacy menghembus nafas perlahan-lahan dan berjalan menuju ke kelasnya.

"Urhm Park Sunghoon tu kelas sebelah kan?" Bicara Lacy pada dirinya sendiri.

Lacy jalan melepasi kelasnya. Sampai dikelas sebelah dia berdiri di pintu kelas mencari Sunghoon. Dia mengamati satu persatu orang. "Tak ada pun, sttt salah kelas kot?" Lacy memusingkan badannya dan terlanggar seseorang.

Dia mendongakkan kepala dan mendapati itu Park Sunghoon. "A-akkk" Lacy meringis sambil memegang dahinya. Pura-pura.

"Jangan nak pura-pura. Siapa yang langgar dulu?" Ujar Sunghoon.

Baiklah Lacy mengalah.

"Nah," Lacy memberi kotak iphone pada Sunghoon.

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now