11. Beautiful View In The World: Someone You Love

153 28 0
                                    

Setelah Jake menghantar Lacy pulang ke rumah, Lacy membersihkan diri. Melakukan skincare routine nya.

Membiarkan telefon nya dicas dan di tinggalkan mandi. Kini, baterinya sudah hampir penuh. Dia mematikan sambungan elektrik dan berbaring di katil.

Dia menghidupkan telefonnya dan terkejut melihat lockscreen. "Aigo! Kamchagiya!" Dia baru teringat tadi Jake menukar lockscreen nya sama dengan dia.

Banyak pemberitahuan dari seorang followers barunya. Orang itu me-like kesemua gambarnya. "rf_sunghoon" Lacy membaca username tersebut. "Park Sunghoon?!!" Lacy terus meng-followback lelaki itu. Dia visit akaun lelaki itu tetapi tidak ada apa-apa postingan. "Biar betul dia ni." Lacy hanya menggelengkan kepala.

Sementara, di sisi lain. Sunghoon terkejut mendapat pemberitahuan bahawa Lacy memfollow-back akaun nya.

Sunghoon bangun tempat tidurnya dan berjalan ke bilik adiknya, Yeji. Dia memasuki bilik adiknya tanpa meminta izin. Dia melihat adiknya sedang belajar di meja.

"YEJI!!"

"KAMCHAGIYA!" Terkejut Yeji. Pen yang berada di tangan nya terlepas dari tangannya. Dia memusingkan kerusi dan tersenyum. "Aku tau kenapa kau datang sini. Dia dah follow-back, kan?"

Sunghoon mengusap wajahnya dan duduk dipinggir katil Yeji. "Siapa suruh. Huft." Dia masih menatap telefonnya.

Ting!

Bunyi pemberitahuan dari telefon Sunghoon.

"Dia dm!!" Pekik Sunghoon. Yeji dengan perasaan ingin tahu-nya, datang mendekat dan duduk sebelah Sunghoon.

rf_lacychoi

|Sunghoon! Sunghoon! Sunghoon!
|ada ig rupanya🌚
|wait! Chat kat ig tak best
|give me your number!
|kita chat kat kakaotalk
|kita boleh jadi bestie!😆
|yeeun dengan sunoo suka punya
|ppalli!
|dah tidur?
|sorry

"Wait-what? Bestie? Sunghoon really?" Heran Yeji.

Sunghoon hanya bergidik bahu.

"Anyways! Cepat reply! Jangan buat perempuan tertunggu lama!"

"Nak reply apa?" Tanya Yeji.

"Meh sini," Yeji merampas telefon dari tangan Sunghoon.

"Jangan reply yang pelik-pelik!"

Yeji tersenyum dan menaip sesuatu. Dia tersenyum licik. Kadang-kadang dia ketawa. Selesai dengan membalas pesanan Lacy, Yeji meng-off telefon Sunghoon. "Ops! Bateri habis!"

"Eh sumpah lah? Perasan macam masih banyak lagi tadi. Sini. Esok aku nak bawa pergi sekolah." Sunghoon mengambil telefonnya. "Ha, jangan tidur lewat. Habis belajar terus tidur." Sunghoon berjalan keluar dari bilik adiknya.

"Okay!" Yeji melihat abangnya keluar dari bilik dan tersenyum gembira.

•••••

"Terima kasih!" Lacy tunduk hormat dan tersenyum pada driver sekolahnya, Lee ahjussi. Dia minta drivernya itu menurunkan dia di depan 7E.

Lacy masih menunggu dengan sabar. Tangannya memegang 2 kotak makanan yang di letakkan di dalam beg kecil.

Dari jauh dia nampak orang yang dia tunggu akhirnya tiba. Lacy lakarkan satu senyuman.

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now