10. Our Day

142 26 0
                                    

"Lacy aku cari kau kat kelas sebelum balik, kenapa kau tak ada? Kau pergi mana?" Tanya Jake.

Mereka sekarang ini berada di dalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Lacy mematikan telefon pintarnya dan memandang Jake. Jika kalian semua bertanya tentang Winter, dia ada driver sendiri. Idea pergi dan pulang dari sekolah bersama itu, idea Jake. Lacy hanya mampu mengiyakan sahaja.

"Ouh. Aku pergi perpustakaan. Saja, tak ada mood nak belajar."

"Tak cakap dengan aku. Aku boleh temankan kau."

"Tak ingin aku dengan kau."

"Mula-mula cakap macam tu. Nanti malam aku nak ajak kau keluar. Nak?"

"Keluar? Makan-makan?" Lacy tertarik dengan topik perbicaraan.

"Hm boleh dikatakan iya. Aku nak ajak kau pergi funfair. Kat sana pun banyak street food. Nak?"

"Of course!!"

"Malam nanti aku jemput kau. Jangan lupa."

"Kita berdua, je? Win-"

"Haah! Aku nak date dengan kau je. Tak ada sesiapa boleh kacau kita." Laju Jake potong.

•••••

Lacy memasuki rumahnya dengan perasaan gembira. Dia dapat lihat ibunya dan Aunty Tiffany diruang tamu sedang gembira bersembang.

"Lacy gembira sangat nampaknya." Tegur Yoona, Ibu Lacy.

"Haah. Jake ajak Lacy keluar malam ni. Pergi funfair. Dan makan street food, dah lama Lacy tak makan street food"

"Jake?" Tanya Tiffany.

"Eungg"

"Dah pandai dia ajak anak dara orang keluar malam." Tiffany ketawa. "Pakai cantik-cantik malam ni, Lacy." Sambung Tiffany lagi.

"Alright, Aunty!" Lacy berjalan menaiki anak tangga, menuju ke biliknya.

"Diorang dah mula keluar sama-sama," Ucap Yoona.

"Dah boleh tetapkan tarikh pertunangan diorang ni. Mereka dah rapat dari kecil. Tak ada masalah rasanya kalau kita satukan mereka." Sahut Tiffany pula.

"Aku dah tanya Lacy, dia kata dia suka Jake."

•••••

Sunghoon duduk di sofa ruang tamunya. Dia memainkan telefon pintarnya. Mengscroll instagram. Mengskip-skip ig story. Dia berhenti setelah melihat video yang disend story oleh rakan lelaki kelasnya.

Video Lacy yang sedang bersembang ria dengan rakan-rakannya di meja kantin. Sunghoon dapat lihat itu rakannya yang mengajaknya masuk kelas tadi. Kebetulan rakan lelakinya itu meng-tag akaun instagram Lacy, dia mula visit akaun gadis itu. Pengikutnya ramai.

Dia gemas sendiri melihat postingan gambar Lacy. Dia tersenyum sendiri.

"Cantik. Fighting!"

Dengan segera Sunghoon menutup telefon pintarnya selepas ketahuan oleh adik perempuannya, Park Yeji.

Yeji duduk disebelah Sunghoon dengan cawan dipegangnya. "Tengok lah lagi. Yeji nak scan. Baik ke tak? Sesuai ke tak dengan kau. Cepatlahh!"

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now