17. Speak Now

79 19 3
                                    

"Boleh la, seonsaeng-nim?" rayu Lacy pada guru lelaki yang tidak membenarkannya masuk ke dalam ice rink.

"Tak boleh, Lady. Nanti ibu Sunghoon marah saya."

Lacy memasang wajah yang cemberut. "Dia ada kat sini ke?! Dia tak nampak, kan?"

"Memang lah tak nampak, tapi ni perintah dari dia. Tak ada siapa pun yang boleh masuk ganggu Sunghoon. Dia kena berlatih untuk pertandingan bulan depan."

"Bulan depan?"

Guru itu mengangguk.

Lacy diam seketika di tempatnya dan menatap air coffee hangat dan pencuci mulut tiramisu di tangannya.

"Hmph! Tak apa lah, sekolah ni terlampau teruk, ada bagusnya saya suruh daddy saya tutup sekolah ni dan buat sekolah baru. Haihh~ tak tahu lah siapa yang lebih berkuasa sekarang." sengaja Lacy bercakap seperti itu untuk menguggut gurunya. Lagi pun dia salah ke? Mana lebih berkuasa, Siwon atau Seohyun? 🤨

Guru itu berpeluh dingin. "U-uh, Lacy nak masuk ke? Boleh², masuk lah, hehe." pintu dibuka dan mengalu² kan Lacy untuk masuk.

Lacy tersenyum lebar. "Terima kasih, seonsaeng-min. Nanti saya bagitahu daddy untuk bayar gaji lebih tinggi daripada mama Sunghoon bayar." Lacy memasuki ice rink dan menutup pintu dengan rapat.

Lacy menghela nafas panjang. Dia selalu guna kuasa untuk kepentingan sendiri baru-baru ini. Dia rasa bersalah pula kerana terlalu banyak guna kuasa.

Lacy perlahan berjalan menuruni tangga. Dia lihat Sunghoon sangat bekerja keras berlatih skating.

Sunghoon akhirnya perasan kehadiran Lacy.

Lacy tersenyum dan menunjukkan dessert di tangannya.

Sunghoon menghentikan latihannya dan keluar daripada arena. Dengan senyum yang melebar, dia menghampiri Lacy yang juga turun tangga satu persatu untuk duduk.

"Sorry, saya datang lambat sikit. Biar tak mencurigakan. Saya bawakkan warm coffee, in case...sejuk, kan? Kat sini?" Lacy menggenggam kedua tangan Sunghoon. "Almost frozen."

Sunghoon tersenyum senang hati melihat perlakuan Lacy. Boleh di katakan orang kalau jatuh cinta, susah nak ajak bangun semula.

"!!!! Ouh! Hot pack! Sekejap, saya pergi ambik!"

Lacy bangun dari duduknya tetapi Sunghoon menarik tangan Lacy sehingga terduduk semula di tempatnya. Lelaki itu lekas memeluk Lacy. Kepala perempuan itu bersandar di dadanya.

Tangan Lacy juga naik untuk memeluk Sunghoon. Dia melemahkan badannya dan tenang dalam pelukan Sunghoon.

"Bukan mama saya tak bagi awak jumpa saya lagi ke?" soal Sunghoon. Jangan risau dia hanya ingin mengusik Lacy sedikit.

Lacy yang tadi menutup mata kini membuka semula matanya. Dia juga bangun dari pelukan Sunghoon.

"Awak betul² dah tak nak jumpa saya?" soal Lacy tidak percaya.

Sunghoon senyum lebar. "Hehe, ingatkan awak dah tak nak jumpa saya selepas kena warning dengan mama semalam."

"Daddy saya kata, mama awak saja nak saya jauh daripada awak sebab dia takut awak dengan Wonyoung menjauh. Mama saya pulak kata, jangan nak salahkan takdir." kata Lacy.

"Saya lega awak tak termakan dengan ayat mama saya semalam."

"Ada lah sikit." lacy= 🤏🏻

"Mana boleh sikit²! Tak boleh termakan langsung."

"Bolehh. Kalau bukan sebab mommy dengan daddy, mesti saya tak jumpa awak hari ni."

Sunghoon menghela nafas perlahan. "Jangan termakan langsung percakapan mama saya. Sini?" Sunghoon mendepakan tangannya.

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now