18. Blood

106 21 0
                                    

Waktu rehat memang panjang selama 1 jam. Lacy berjalan untuk menuju ke kelasnya. Harapan untuk menemani Sunghoon musnah kerana munculnya nenek lampir.

Ketika dia berjalan, tiba-tiba ada seorang perempuan yang menegurnya. "Lacy?"

"Uh?" Lacy memberhentikan langkahnya. "Ya?"

Perempuan itu tersenyum. Tangannya tiba-tiba mengeluarkan lipas yang masih hidup, dia menunjuknya pada Lacy.

Lacy sudah cemas berdiri. "U-uh? Ada apa ya?"

Perempuan itu tidak menjawab, dia semakin tersenyum jahat dan mendekati Lacy.

Lacy perlahan-lahan berjalan undur. Dia dapat teka, perempuan depannya itu cuba untuk menakutkannya. Lacy kemudian berlari.

"Aaakh!!" dia menoleh kebelakang, perempuan itu mengejarnya. Air mata Lacy tiba-tiba mengalir.

Tiba-tiba ada dua orang lagi perempuan yang mendekat dan menghulurkan kakinya sambil tersenyum jahat.

Lacy terlanggar kaki perempuan itu dan dia jatuh tersungkur di lantai. Lututnya sangat sakit. Dia tak dapat nak bangun. Telapak tangannya juga terluka.

Rupanya ketiga mereka ada rancangan jahat.

Perempuan yang memegang lipas tadi makin dekat ke arah Lacy dan tangannya terus maju untuk menakutkan Lacy.

Air mata Lacy keluar dari hujung matanya.

Orang ramai yang berada di situ, melihat mereka. Mereka yang tidak berada di situ pun ikut berkumpul untuk menyaksikan apa yang terjadi. Ada juga yang sudah membuka telefonnya untuk merakam video.

"Huh!" perempuan itu meletakkan lipas itu di lantai dan memijaknya sampai mati.

Lacy menelan salivanya perit. Matanya memandang lipas yang mati itu dan kemudian memandang ketiga perempuan yang berdiri di depannya.

Mereka bertiga memberi jarak di tengah-tengah dan muncul Wonyoung yang tersenyum sinis.

"Kau!"

Wonyoung ketawa sinis. "Haha, tak sangka kau boleh nangis disebabkan seekor lipas? Sepatutnya aku takutkan kau dari awal."

Lacy juga ikut ketawa sinis. Orang yang sama. Tak heran. "Huh! Masih tak puas hati dengan aku? Memang pengecut. Kau sebenarnya takut kau kalah dengan aku, 'kan?"

Ayat itu cukup membuatkan Wonyoung kepanasan. Faktanya, orang lain juga nampak apa yang Lacy nampak pada Wonyoung.

Wonyoung mengeraskan rahangnya. "Pegang dia." arah Wonyoung pada ketiga orang tadi.

Setelah di beri arahan, tangan kiri dan kanan Lacy di pegang oleh kedua perempuan.

"Kau nak buat apa?" tanya Lacy dan masih cuba untuk tenang.

Korang pun tahu kan? Kat mana ada kejadian di situ ada Beomgyu. Beomgyu membisik sesuatu pada salah seorang juniornya dan pergi sampaikan pada Sunghoon.

"Huhu~ Aku?" Wonyoung berlutut untuk menyamakan posisinya dengan Lacy. "Nak main sikit dengan kau~" Wonyoung mengangkat dagu Lacy.

Lacy dengan kasar menarik wajahnya dari tangan Lacy. Tapi Wonyoung dengan kasar juga menahan kedua pipi Lacy supaya tetap melihatnya.

"Kau ni memang susah sikit nak dengar cakap, 'kan? Aku belum pernah lagi cuba benda ni kat orang lain tapi disebabkan kau perempuan yang paling degil aku pernah jumpa, jadi aku terpaksa guna cara ni and excited to try something new."

Wonyoung mengeluarkan sebekas jarum dari poket blazernya.

"Jarum, memang jarum. Tapi kau tak tahu lagi rasa dia bila di cucuk dalam daging, 'kan? Aku tak kan guna jarum yang nipis. But yang paling tebal dan panjang. And!"

[S1] TRF: Slice Of Love • Park SunghoonWhere stories live. Discover now