Prologue

1.2K 128 0
                                    

Memandang gambar yang baru dihantar orang suruhannya, Jaehyun donggakkan kepala memandang si lelaki yang memberikan segala maklumat berkenaan orang yang dicarinya.

"Dia teman wanita Taeyong."

Terlorek senyuman sinis mendengar maklumat dari Jaemin.

"Kau tak salah orang? Aku tak rasa korang cari perempuan yang betul?"

"Ya, dia orangnya. Mereka dah kenal sejak sekolah dan bercinta pada masa itu."

Pandang wajah gadis yang kelihatan polos di skrin telefonnya, Jaehyun mula memikir untuk membawa gadis itu menghadapnya.

"Kau boleh bawa dia jumpa aku?"

Nampak Jaemin mula berfikir lama sebelum kepala mengangguk sekali apabila Jaehyun memberi renungan tajam.

"Saya dan yang lain akan usahakan. Tapi Taeyong macam mana tuan?"

"Korang kena pastikan yang dia tak tahu kekasih dia ada dengan aku."

"Tuan nak kurung dia?"

Bersandar pada kerusi, tangannya menguak rambut yang terjuntai didahi ke belakang.

"Tengok dulu."

"Tapi ada yang tuan kena tahu tentang mereka."

"Apa dia?" Ternaik kening sebelahnya meminta jawapan.

"Hujung bulan ni mereka akan berkahwin."

"Nonsense! Aku akan pastikan majlis tu gagal. Perempuan ni..." Wajah teman wanita Taeyong dipandangnya dalam.

"Terlalu baik untuk dampingi Lee Taeyong."

[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora