20 장

714 96 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, dia nak masak makan malam hari ini. Pada mulanya Aunty Yeon puas melarang tetapi Nara rindu nak masak.

Selalu di rumah dia tolong mama masak, mulalah dia terasa rindu pada wanita itu. Apa yang mama sedang buat sekarang? Mama risau tak dia hilang? Mama ada cuba tak cari dia?

Tersentak Nara saat Aunty Yeon menegurnya.

"Nara lama lagi ke? Yang lain dah tunggu tu."

Nara tersengih kecil. Bawa menu utama yang dimasaknya lalu dihidangkan ditengah meja makan dimana berkumpulnya Jaehyun dan pekerjanya.

"Bau pun dah tahu sedap." Puji Jaemin.

"Kan! Confirm sedap punya. Rupanya Nara pandai masak." Doyoung pula memuji.

Kembang kuncup Nara dibuatnya mendengar pujian mereka.

Mencari wajah Jaehyun, wajah itu tampak tegang sejak dia pulang tadi. Risau pula Nara mahu menegur.

"Korang jemputlah makan." Nara mempelawa.

"Nara tak makan sekali?" Jaemin menyoal.

"Saya dah makan tadi dekat dapur."

Jaemin mengangguk mendengar jawapan darinya.

7 jejaka dihadapannya mula bergilir-gilir mengambil lauk yang dimasaknya.

Pandang Jaehyun yang mahu menyuap makanan ke dalam mulutnya, Nara berdiri penuh debar memandang reaksi. Melihat Jaehyun menguyah lama dengan memek muka yang bersahaja, dia menarik nafas lega. Mungkin sedaplah masakannya. Kena dengan tekak Jaehyun.

Ingin mengatur langkah semula ke dapur, kakinya tergam saat lelaki itu bersuara memanggilnya.

"Nanti naik atas, tunggu dekat pejabat aku." Dia memberi arahan tanpa memandang wajahnya.

"Baik." Angguk kepala Nara berlalu pergi ke dapur untuk mengemas peralatan sebelum naik ke pejabat Jaehyun melihatkan lelaki itu sudah siap makan malamnya.

[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN) Where stories live. Discover now