28 장

689 96 0
                                    

Sejak sampai di rumah, pelukan mama pada tubuhnya tidak dilepaskan. Dia tahu mama risau akan keadaannya yang menghilang tanpa jejak dan dia bersyukur sebab dia masih lagi berpeluang melihat wajah mama lagi.

Mama satu- satunya keluarga yang dia ada selepas mendiang papa pergi meninggalkan mereka dua tahun yang lepas.

Leraikan pelukan, pipinya disentuh. Redup mata wanita itu memandangnya.

"Mama bersyukur yang Nara tak di apa-apakan."

"Nara okay mama. Dekat sana mereka tak ada buat perkara yang tak baik pada Nara."

Mama menarik nafas lega. Sebenarnya dia sendiri terkejut. Perasaan marahnya tadi seakan hilang begitu sahaja terhadap lelaki yang 'menculik' anaknya. Tetapi perasaan marahnya sekarang beralih pada Lee Taeyong.

"Selama ni Taeyong ada buat perkara tak baik pada Nara? Dia pernah sentuh Nara ke? Paksa..."

"Tak mama." Laju Nara memotong percakapan wanita itu. Jika Taeyong pernah buat perkara tidak baik, dia sendiri yang akan tinggalkan lelaki itu.

Tetapi Nara yakin yang lelaki itu tidak akan mengambil kesempatan terhadapnya disebabkan orangtuanya. Mungkin kalau Taeyong cuba untuk membuat perkara itu, hubungan baik antara mama dan aunty Lee akan terlerai disebabkan perbuatan Taeyong.

"Betul ke Taeyong buat semua perkara tu Nara?"

"Nara pun baru tahu mama, Nara tak ada bukti nak sahkan apa yang dia buat selama ini. Tapi lepas Jaehyun cakap tentang dia, Nara yakin yang Taeyong buat semua tu. Sebelum ini Taeyong banyak mengelak dan tak ada masa dengan Nara..."

"Nara tak nak teruskan hubungan ni mama." Capai tangan mama, Nara berharap mama turut bersetuju.

"Mama tak akan sesekali lepaskan Nara pada dia. Mama sayang Nara. Mama takut akan hilang Nara." Mereka berpelukan kembali. Nara mengusap belakang tubuh mamanya.

Esok dia akan beranikan diri berhadapan dengan lelaki itu.



Jangan lupa vote and comment semua💛 Dah nak habis dah cerita ni...😁

[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN) Where stories live. Discover now