9 장

749 98 0
                                    

Baru nak tarik kerusi di meja makan, Jaehyun bersuara memberi arahan kepadanya.

"Kau pergi panggil perempuan tu. Ingat dia permaisuri dalam rumah ni nak bawakan makanan ke atas." Sarkastik arahan lelaki itu.

Tidak tunggu lama, Jaemin naik ke atas. Pintu bilik yang menempatkan Nara diketuk. Tidak sampai beberapa saat, terjengul wajah Nara disebalik pintu.

Jelas wajah itu kelihatan terkejut memandang kearahnya.

"Awak yang..."

"Tuan minta awak turun ke bawah makan." Tak tunggu lama Jaemin ingin melangkah pergi. Dia tahu apa yang sedang berlegar dalam fikiran gadis itu. Tentu- tentu gadis itu mengingati dirinya yang membawa dia kesini.

"Awak!"

Berhenti berjalan, kepala menoleh memandang Nara. Pintu bilik itu sudah terbuka luas. Nara berdiri dihadapan pintu.

"Ya?"

"Awak kan yang bawa saya kesini? Kenapa sa..."

Tak sempat Nara nak menghabiskan ayatnya, suara Jaehyun memanggilnya.

"Jaemin! Apa lambat sangat tu?"

"Baik awak cepat turun kalau awak nak selamat." Tidak tunggu lama Jaemin terus aturkan langkah ke bawah.

Tapi sampai di pertengahan tangga, dia menoleh ke belakang ingin melihat Nara. Malangnya tiada. Pandang pintu bilik, tahu lah yang gadis itu tidak mahu turun.

"Pandailah dia nanti. Yang penting aku dah buat apa yang tuan nak." Desis hatinya seraya melangkah ke meja makan.

[COMPLETED] MAFIA 마피아 (JAEHYUN) Where stories live. Discover now