BR 36

75 5 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Petang di Pantai Setiu itu nyaman sekali berbanding pantai-pantai yang selalu Mia kunjungi sepanjang berada di bumi Terengganu ini. Kedudukan Setiu yang agak hulu dan jauh daripada kawasan bandar membuatkan Setiu sepi daripada hiruk-pikuk bunyi kenderaan dan keriuhan manusia yang tiada penghujungnya. Sangat sesuai bagi mereka yang menginginkan ketenangan dan beristirehat.

Mia bersantai-santai di dalam pondok kecil tidak berdinding yang dibina oleh arwah tok wan Jaafar, iaitu datuk kepada Bella. Sudah hampir 5 tahun tok wan meninggalkan mereka sekeluarga.

Selalunya mudah sahaja Mia lena di pangkin pondok itu, namun petang itu fikirannya terganggu dengan insan yang dia nampak pada waktu pagi tadi semasa hendak membeli sarapan. Rasanya mak cik itu Mia ada terserempak masa hendak naik flight ke Terengganu.

'Orang sini rupanya mak cik tu.. Tapi kenapa aku rasa aku macam pernah tengok muka mak cik tu banyak kali ya.' telah Mia sambil fikirannya kembali menjelajah ke kamar memori.

•••

"Papa... Mama... Jangan lupa call Bell ya!" Bella memeluk erat kedua-dua ibu bapanya. Sedih sungguh hatinya bila mengenangkan yang mereka akan berjauhan selama sebulan. Malaysia dengan UK pula tuh!

"Bell sudahlah tu. Papa dengan mama nak berlepas dah tu."

Bella mengalah juga akhirnya setelah dipujuk oleh Mia berkali-kali. Kalau bab papa dan mama memang Bella lebih cengeng daripada Mia.

Ekor mata mereka mengiringi pemergian papa dan mama sehingga hilang bayangan mereka.

"Eh, flight kita lambat lagi ke?"

"Sejam lagi rasanya." balas Bella sambil meneliti jam telefon bimbitnya dan masa yang tertera pada tiket.

"Kalau macam tu aku gi tandas la kejap."

"Hah cepat sikit. Tadi tak nak pergi.

"Kejap je."

"Eh, mana coklat aku dengan air kotak."

"Tu.... dalam plastik tepi beg aku."

"Okey, okey."

Mia terus mencari tandas. Agak ramai juga orang ketika ini.

"Aduh, dok bawok duit kecik nih! Guane nih?" bebel seorang mak cik yang turut hendak masuk ke dalam tandas.

"Takpe mak cik. Saya bayarkan." Mia menghulurkan 60 sen kepada akak yang menjaga pintu masuk tandas itu.

"Oh, terima kasihlah dik." ujar mak cik itu dengan tergopoh-gapah masuk ke tandas.

"Mia pergi mana? Lamanya! Pergi tandas ke buat tandas?"

"Ramai pula tadi orang beratur kat tandas. Kenapanya?" Mia melepas helah penatnya yang hampir 15 minit berdiri menanti giliran hendak memasuki tandas.

"Oh, patutlah. Aku ingat kau sesat tadi risau aku. Jomlah, flight kita dah ada. Takkan aku nak naik sensorang kan?" ujar Bella sambil tertawa dengan mulut yang penuh dengan coklat Kit Kat. Apa yang lucu sangat entahlah.

"Haa jomlah kita. Pergi beratur."

Penumpang yang akan ke Terengganu tidaklah begitu ramai. Kalau dikira secara kasar terdapat dalam 10 orang yang akan menaiki penerbangan bersama mereka.

"Eh, Mia aku nak duduk tepi tingkap ya."

"Ikut kaulah."

Sepanjang perjalanan mereka yang singkat itu, Mia dan Bella mengisi masa mereka dengan melayan filem animasi bertajuk Incredibles 2 yang merupakan sambungan daripada filem pertamanya, iaitu kisah mengenai keluarga superhero.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now