BR 17

110 9 1
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Bella berkira-kira bagaimana dia hendak memulakan perbicaraan dengan Mia. Bahaya kalau salah berkata-kata sekiranya emosi tidak stabil.

"Mia kau tidur ke?"

"Tak. Nape?"

"Kau okey tak? Senyap je lepas balik dari library tadi."

"Okey je. Cuma sakit kepala. Penat belajar Adobe kot."

"Okey." Melihatkan mood Mia yang suram itu, Bella malas hendak mendesak Mia. Biarlah. Nanti baiklah la tu.

Baru sahaja Bella hendak ke ruang tamu. Namun, langkahnya mati apabila namanya diseru kembali.

"Bella."

"Ya." Bella duduk di birai katil Mia. Menanti bicara seterusnya.

"Bella, kita ada kawan yang iras Emir tak? Masa zaman sekolah dulu?"

"Hah?" takut Bella ingin menghadapi persoalan Mia itu.

"Aku tanye, kita ada kawan sekolah yang seiras Emir tak?" Mia merenung wajah Bella.

"Tak. Kenapa?"

"Hurmm takde apa. Cuma masa aku borak dengan Emir tetiba aku macam teringatkan someone. Bila aku pandang muka Emir aku macam nampak wajah budak lelaki tapi rambut hitam. Budak laki tu senyum tapi bila aku tenung betul-betul tak pun. Yang depan aku tu tak senyum pun."

"Habis tu kau ingat ke budak laki tu? Memang iras Emir ke?" kalut Bella bertanya.

"Tak. Nape kau kenal ke?"

"Tak." sangkal Bella. Huh, nyaris-nyaris!

"Tapikan aku rasa dia macam sama dengan lelaki yang selalu muncul dalam mimpi aku tu."

"Kenapa kau pikir macam tu?"

"Sebab mata dia sama. Warna hazel dan....senyuman dia. Aku ingat senyuman dia sebab..."

"Sebab?" desak Bella.

"Sebab dia selalu senyum." tubir mata Mia mula digenang dengan air mata.

"Walaupun aku tak ingat wajah dia dengan betul tapi aku selalu ingat akan senyuman dia sebab dia sentiasa senyum setiap kali dia muncul dalam mimpi aku."

Zap

Terhenti jantung Bella mendengar andaian Mia. Tidak!

"Bell, kau dengar tak aku cakap apa?" sergah Mia bila Bella tidak memberi respon.

Bella menelan air liur. Terasa amat pahit dikerongkongnya.

"Hah? Aku pon tak tau lah Mia. Perasaan kau je kot. Eh, aku nak gi tandas dululah!" segera Bella melarikan diri daripada Mia. Tidak mahu memikirkan perkara yang tidak pasti. Kalau boleh elak, dia mahu elak sebaiknya.

Bell betul ke memang takde? Kenapa aku rasa macam kau sembunyikan sesuatu daripada aku batin Mia merintih.

Mia ditinggalkan sepi. Masih banyak persoalan yang berlegar-legar di mindanya. Namun, tiada siapa yang mahu memberikan jawapan. Mia menyapu air mata yang mengalir tanpa sengaja itu. Kalau Bella tidak mahu menjawab, Mia sendiri yang akan mencari jawapannya.

•••

Aduh. Mamat ni nak apa lagi. Tak pernah-pernah duduk sekali dengan aku dalam class. Ni tetiba muncul tah dari mana batin Mia menjerit terseksa.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now