19

226 48 2
                                    

PELUH yang menitik di dahi sudah tak aku hiraukan. Kipas tangan yang tak henti mengibas-ngibas asap bakaran sate itu buatkan siku aku menjadi lenguh. Daniel di sebelahku tugasnya terbalikkan sate. Disebabkan tangan aku dah betul-betul lenguh, lengan baju panjang itu aku sising ke atas sedikit.

Namun, tidak semena ada tangan yang menyentuh lengan bajuku lalu diturunkan ke bawah kembali.

"Jangan lupa 3 perkara tu, jiran. Jangan sesekali kau lupa." Ujar Daniel sambil tiga jari ditunjuk padaku. Ya, aku ingat apa yang 3 perkara itu.

Aku terkedu. Namun begitu, perlahan-lahan aku anggukkan kepala. Daniel pula menguntum senyum kecil.

"Dah, kipas cepat sebelum asap dia jadi lagi banyak!" Daniel sambung terbalikkan sate. Aku pula terbatuk-batuk dek asyik terhidu asap itu.

"Boleh tak kau bagi aku pula yang terbalikkan sate tu? Tangan aku dah lenguh ni dari tadi asyik kipas je." Rungutku meminta dia tukar tugas dengan aku.

"Aku dah bagi kerja senang pun kau nak merungut juga ke? Ni lah perempuan," siap kepala digeleng-gelengkan lagi.

"Masalahnya, kerja senang yang kau bagi ni dah lenguhkan tangan aku! Kau lah pula kibas-kibas asap ni."

"Habis kau ingat tangan aku tak lenguh ke asyik terbalik-terbalikkan sate ni?"

"Tapi aku teringin nak masak sate yang aku buat tu..."

"Tak boleh! Berdiri dan kipas diam-diam dekat situ."

"Kenapa tak boleh?"

"Nanti tangan kau jadi rentung, nak sarung cincin dekat mana bakal laki kau nanti?"

Eh? Itu pula yang dia fikirkan. Aku merengus tak puas hati. Ah, aku nak masak juga sate yang aku buat sendiri!

"Kau ni...dalam kepala otak kau tu tak habis-habis duk fikir pasal kahwin, kan? Umur pun sama dengan aku, ada hati sibuk fikir pasal kahwin!"

"Sekurang-kurangnya aku ada matlamat hidup yang aku nak kahwin bila dah masuk umur yang sesuai."

Aku tergelak besar. Amboi! Awal betul dia rancang, ya?

"Asal kau gelak? Aku cakap betullah!" Sate yang sudah masak itu dituju padaku.

Aku geleng kepala tak nak bagitahu. "Oh, dah masak eh? Nak satu!" Belum sempat ambil, Daniel sudah menarik laju sate itu menjauh dariku. Hilang riak teruja aku.

"Ni kumpulan aku punya."

"Eh, aku yang buat resepinya kan?"

"Aku yang bakar, kan?"

"Aku yang fikirkan idea nak masak makan malam ni, kan?"

"Aku dah sudi tolong kau masak, kan?"

"Aku-"

"Sebelum ada yang aku bakar kejap lagi, baik kau orang masak cepat! Dah nak masuk Isyak ni, Eryna." Entah dari mana Cikgu Azam muncul, dia terus mencelah.

Aku pula menundukkan kepala. "Ya, cikgu."

Cikgu Azam mengangguk lalu kembali mengatur langkah ke kumpulan lain yang turut sibuk memasak menu untuk kumpulan masing-masing.

"Melawan lagi! Kan dah mendapat," ujar Daniel yang seperti mahu mencari gaduh lagi.

Aku menghela nafas letih. Letih dengan melayan Daniel yang tiada tanda-tanda mahu mengalah! Sudahnya aku kibas-kibaskan juga seperti tadi.

"Eh, diam pula kau. Merajuk lah tu! Tak habis-habis merajuk. Dah, bagi aku kipas tu. Kau pergilah terbalikkan sate tu. Yang dah siap, jangan pula kau makan! Letak dekat talam besi dekat sebelah tu."

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now