48

181 31 17
                                    

SEGALA barang dan peralatan yang ingin dibawa, dimasukkan ke dalam beg baju secara rapi dan tersusun. Puas meneliti barang-barang yang telah diniat untuk dibawa pindah bersama, aku melangkah ke arah meja belajar.

Telefon atas meja digapai, satu demi satu mesej whatsapp yang masuk, aku hanya meninggalkan tanda biru tanpa membalasnya. Namun, bukan dari mesej yang satu ini. Bibir mula menarik senyum.

Nama kontak yang tertulis 'Abang Faiq', dibuka.

"Kejap lagi aku sampai." - Abang Faiq

Mesej itu menandakan yang Abang Faiq menyuruh aku untuk siap sedia menunggunya di depan vila.

Dua ibu jari mula menari-nari di atas skrin telefon untuk membalas mesej itu.

"Noted." - Aku

Setelah itu, butang di sisi telefon ditekan sejurus membuatkan skrin telefon kembali gelap. Jendela dalam bilik yang terbuka membuatkan angin sepoi-sepoi melulu masuk ke dalam bilik.

Langit yang jauh di sana aku renung. Terasa tenang diri ini saat melihat ciptaan-Nya yang indah belaka.

Namun, saat mata dijatuhkan kembali, aku terpandangkan balang kaca khas dan sejambak lolipop disusun bersebelahan atas meja. Minda mula terbayang akan seseorang.

Dalam kepala, mula muncul satu idea. Aku mula melabuhkan punggung atas kerusi. Sehelai sticky note yang memang diletakkan atas meja itu diambil keluar dari tempatnya. Begitu juga dengan sebatang pen berdakwat basah yang terletak berhampiran.

'Di mana pun kamu berada, kamu akan selalu berada dalam hatiku. Mungkin bukan sebagai kekasih. Tetapi, sebagai kawan. Terima kasih buat segalanya. Semoga, kita dapat berjumpa lagi.

Yang benar,
Jiran Hodoh.'

Pen diletak. Sticky note digulung lalu dimasukkan ke dalam balang kaca khas lolipop.

"Safi,"

Spontan kepala berpaling. Mama kelihatan sudah siap untuk ikut bersama.

"Jom, gerak. Faiq dah sampai." Ujarnya.

"Oh, mama turunlah dulu. Safi nak kemas ni sekejap."

"Yelah." Usai itu, mama terus melangkah pergi.

Sebenarnya, tidak ada lagi yang perlu dikemaskan. Segalanya telah aku siapkan malam semalam. Sudah tidak sabar mahu melepaskan rindu pada rumah persendirianku setelah 2 minggu aku berada di vila ini. Namun, kali ini berbeza. Mama turut ikut sama tinggal denganku di sana oleh sebab, esok papa sudah pulang dari negara orang. Disebabkan papa dan mama sudah tidak ada ikatan, tidak manis mereka duduk satu bumbung lagi walaupun pernah bersama. Jadi, aku memutuskan untuk biarkan mama ikut aku. Tapi, itu bukanlah bermaksud aku biarkan hubungan mama dan papa tidak terjalin lagi. Aku akan pastikan mama dan papa bersatu kembali.

Baru aku nak angkut beg baju, kebetulan kelibat Abang Adam yang sedang lalu depan bilik, menarik perhatian.

"Abang Adam."

Terhenti langkah Abang Adam. Dia menoleh ke arahku. Aku pamer sengih.

"Boleh tolong bawakan beg Safi? Safi ada nak bawa barang lain."

Abang Adam mengangguk. Setelah aku beri kebenaran untuk masuk ke dalam bilik, baru Abang Adam melakukan tugasnya.

Sementara aku pula, membawa balang kaca khas lolipop di tangan sebelah. Dan tangan sebelah lagi membawa sejambak lolipop pemberian Abang Faiq.

"Okey, jom turun!" Ceria aku berkata.

Lantas, aku dan Abang Adam menggamit turun ke bawah.

"So...Aisyah macam mana?"

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now