CHAPTER 11

193 23 1
                                    

"Mama, betul ke kita kena berpindah ke Pulau Rintis?"

Wanita dewasa yang berpakaian formal kerja memandang anaknya yang berusia 12 tahun itu. Wajah bersih anaknya ditatap dengan pandangan lembut. Tiada satu pun parut atau luka yang menjejaskan wajah cantiknya. Hanya jerawat-jerawat halus sahaja yang ada.

"Ya, sayang. Mama kena ikut arahan kerajaan. Bukan sebab mama saja-saja nak pindah tapi ni arahan dari kerajaan pendidikan sendiri. Lagipun mama ada urusan kerja kat sana." Wanita itu menunduk memandang wajah anak perempuannya. Terlihat raut wajahnya yang terkejut.

"Tapi mama..tak taulah apa akan jadi kalau sekolah kat sana nanti." Anaknya ingin membantah kerana dia masih sayangkan kawan-kawan lamanya di Kuala Lumpur, jadi agak berat hati dirinya meninggalkan tempat tersebut.

"Takpe, nanti sayang dapat kawan baru, kan? Jangan risau, kawan mama ada anak dia yang bersekolah sama dengan kamu nanti. Nanti berkawanlah dengan dia, ya?"

Anaknya mengangguk faham. Rasa rindu tetap ada dihati. Biarpun dia jauh merantau, tetapi dia perlu ingat, jangan hanya kerana kawan, dia melawan kata mak ayah. Biarlah jauh dimata, tetapi dekat dihati kawan-kawan lamanya.

"Okey..Yaya pergi packing baju dulu ye? Lagi tiga hari kita kena pindah."

"Okey..mama." Anaknya menjawab lalu berlalu pergi ke biliknya.

Dibilik tersebut, Yaya mengeluarkan separuh daripada semua pakaiannya untuk dibawa semasa berpindah nanti. Separuh lagi daripada bilangan pakaiannya lagi akan diangkut lori. Memandangkan hari berpindah berbaki 3 hari sahaja, maka dia perlu cepat-cepat mengemas barangnya.

Merasa bosan, Yaya pergi kearah laci mejanya dan mengambil flip phone miliknya yang bewarna merah maroon. Sebuah rantai kunci telefon yang berupa biskut tergantung di hujung telefon tersebut. Setelah itu, yaya kembali duduk dihadapan almarinya.

Yaya membuka galeri telefon tersebut dan merenung semua gambar yang ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yaya membuka galeri telefon tersebut dan merenung semua gambar yang ada. Salah satu gambar yang menarik perhatiannya ialah gambarnya bersama rakan-rakannya. Sesungguhnya dia amat merindui mereka.

"Yaya taknak pindah.." Gumam dirinya sendiri. Setitis air mata jernih mengalir dari kelopak matanya.

"Don't worry, I'm fine.."

"Ahahahahah! Lawak betullah cerita kau Thorn!" Taufan menepuk-nepuk bahu Thorn dan kerusi yang didudukinya sedikit terjongket. Tawaan mereka berdua bergema kuat di ruang tamu rumah Taufan.

Sekarang ini, Taufan, Thorn dan Gempa sedang mengulang kaji pelajaran di rumah Taufan. Dalam kalangan mereka bertiga, Gempa lah yang paling menonjol dalam semua mata pelajaran. Malahan, dia juga nombor satu dalam kelasnya! Jika dibandingkan dengan mereka berdua pula, adalah amat berbeza.

Sedang Gempa menulis jawapan soalan Sains, matanya sempat mengerling kearah kedua-dua kawan baiknya. Tangannya berhenti seketika. Entah kenapa, dia agak iri hati dengan kedua-dua kawannya itu.

Thorn memiliki wajah yang comel. Taufan pula memiliki wajah yang ayu walaupun dia memakai cermin mata. Yang paling merendahkan diri Gempa, bentuk badan Thorn dan Taufan juga amat cantik. Tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk. Tentu ada lelaki yang berkenan akan mereka berdua.

Sedangkan Gempa? Badannya gemuk. Walaupun Gempa tinggi dan kulitnya putih melepak, namun kerana badannya yang besar menyebabkan dirinya kerap dikenakan body shaming. Apa salah badannya? Hanya kerana dia berbadan besar, perlukah sampai menghina dirinya?

Secara tiba-tiba, bahu Gempa ditepuk oleh Thorn.

"Gempa? Kau okey tak ni? Kenapa kau macam sakit?"

Gempa tersentak.

"Huh? T-takde apalah Thorn. Aku okey je. Tengah cari jawapan soalan ni je.." Beserta senyuman palsu, Gempa menjawab.

"M-maaf Taufan. Tandas kat mana ye?" Soal Gempa. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 2 petang.

Taufan menunjukkan arah tandas di rumahnya. Setelah itu Gempa bergegas ke tandas untuk memakan ubat. Dia terlupa untuk memakan ubat pagi tadi. Dan dia merahsiakan ubat penenang tersebut daripada kawan-kawannya supaya mereka tidak risau.

Dalam tandas, Gempa sempat mengambil segelas air dari dapur rumah Taufan kerana arah dapur dan tandas ialah sama. Dia mengambil ubat pil dan meneguk air untuk memakan ubat tersebut.

"Maaf sebab tak beritahu korang..aku tak nak korang risau.." Gumam Gempa dalam hati. Setelah itu dia kembali kepada kawan-kawannya dan mereka sambung belajar.

To Be Continued

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now