CHAPTER 5

304 32 6
                                    

"Tolonglah, aku minta maaf atas apa yang aku dah buat kat kau. Tolonglah terima aku semula!"

"Terima kau? Heh. Maaflah. Aku tak nak ada teman lelaki yang menilai rupa luaran dan status. Maaf, kau tak layak untuk aku."

"Ya aku tahu aku pernah hina kau masa kau miskin dulu. Tapi aku dah minta maaf kan?!"

"Maaf? Kau ingat hati aku yang dah lama tertikam dan koyak ni boleh sembuh semula ke dengan perkataan 'maaf' tu?! Sorry tapi aku takde perasaan kat kau dah. Jadi sila blah."

Perempuan itu meninggalkan bekas teman lelakinya yang masih terduduk diatas lantai di kaki lima itu. Suara tangisan kedengaran dari bibirnya tetapi dia tidak mempedulikan ex-boyfriend nya itu.

BERSAMBUNG

Drama Melayu yang bertajuk ' Perjuanganku Memilikimu' dari tadi ditonton oleh Gempa di ruang tamu. Sejak tadi dia hanya menonton drama itu dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12. Sembari menonton, dikaitkan pula kisah hidupnya dengan adegan didalam drama itu.

"Macam kisah akulah. Kan bagus jikalau aku macam perempuan tu...cantik je muka dia. Tak macam aku. Bilalah aku boleh berhenti dari diejek ya?"

Air sungai jernih mengalir lagi dari kelopak matanya. Secara tidak sedar. Jantungnya seakan mahu putus sahaja selagi memikirkan hal itu. Namun apakah daya, itulah maknanya.

Semenjak ke peringkat sekolah rendah, rasa takut dan bimbang semakin menguasai dirinya. Sejak usianya 6 tahun, dirinya yang dianggap serba kekurangan oleh kawan2 di tadika sering menjadi mangsa buli. Tidak kiralah buli secara fizikal, mahupun emosi. Selama 6 tahun dibuli tidak berhenti. Malah di sekolah pun sama.

Sehinggalah pada usianya 11 tahun, takdir mempertemukan Gempa dengan Halilintar apabila Halilintar berpindah ke sekolahnya. Dan disitulah permulaan terjalinnya tali persahabatan antara mereka.

Flashback on

6 TAHUN LALU

"Ibu, Gempa takutlah.."

Seorang budak perempuan yang umurnya lengkap 6 tahun memeluk kaki jenjang ibunya. Wanita dewasa itu memandang ke bawah dan terlihat anaknya sedang memeluknya. Sebuah senyuman indah terukir.

"It's ok Gem. Jangan takut ok?"

Sembari mengusap rambut panjang nan lembut anaknya. Gempa mengangguk kecil walhal tidak diketahui apa yang bakal diperolehi olehnya sebentar lagi

SKIP

"Heh! Dasar budak gemuk! Kau tak layak berada kat pandangan aku tau tak?!"

Budak lelaki itu terus mengejeknya didalam sebuah bilik stor yang berdekatan. Gempa yang tidak tahu apa2 hanya menangis.

"Eh? Menangis?! Alololo...dasar anak mak betullah kau ni? MANJA!" Ejekan terus menerus keluar dari mulutnya.

Me: Oklah tu daripada kau, ANAK PUNGUT!!!💢💢

Gempa hanya mampu menangis kerana tidak mampu melawan. Samgkanya, dia akan meraih ramai kawan di tadika, tetapi lain pula yang terjadi.

Flashback off

Gempa hanya tersenyum palsu mengimbas memori yang baginya amatlah pahit. Kemudian, perjumpaannya untuk yang pertama kali dengan Halilintar diingati.

Flashback on

1 TAHUN LALU

Ketika itu 85% daripada 37 orang murid di kelas 6 Ibnu Khaldun sibuk melakukan keeja masing2 semasa ketiadaan guru. Termasuk Halilintar yang dari tadi bermain dengan pensel.

TOK TOK!!

Bunyi ketukan pintu kelas itu berbunyi (?). Semua pelajar memberhentikan aktiviti mereka dan pandangan teralih pada pintu itu. Terlihat seorang gadis yang irisnya bewarna kuning madi berdiri dihadapan pintu. Dengan perasaan segan dia bertanya.

"M-maafkan saya sebab mengganggu. Tapi saya nak tanya, ada tak siapa-siapa yang bawa buku teks Teknologi Maklumat dan Komunikasi?"

Sepi seketika. Kemudian seorang pelajar yang tertera namanya 'Harru' di tag namanya berkata kepada Gempa.

"Er..maaf ya. Hari ni kelas kitorang takde subjek TMK." Balas Harru.

Belum sempat Gempa membalas jawapannya, tiba2 satu suara menganggu mereka.

"Aku ada buku TMK!"

Satu kelas kaget. Apabila kepala ditolehkan, Halilintar berjalan kearahnya dan memberika sebuah buku nipis bewarna kuning dan hijau kepadanya.

"Nah buku TMK. Nanti pulang balik tau?"

"Em..ok." Jawab Gempa dengan senyuman kekok.

SKIP

Pulang sekolah. Gempa duduk berseorangan di sebuah pondok bas sambil menunggu ibu atau ayahnya. Thorn dan Taufan sudah pulang lebih awal darinya.

Tiba-tiba dia dikejutkan apabila ada tangan yang menepuk pundaknya. Kepalanya ditoleh, terlihat ada Halilintar yang tersenyum tipis kearahnya.

"Er...maafkan saya. Tapi siapa awak ya? Dan awak baru pindah sini ke? Sebab saya tak pernah nampak awak lagi." Soal Gempa kerana dia masih belum tahu nama jejaka mata merah ini

"Hm? Nama aku Halilintar. Dan memang aku baru pindah sini minggu lepas. Kau?" Soal Halilintar kembali setelah menyatakan namanya.

"Gempa."

"Gempa? Nama yang unik." Puji Halilintar. Gempa hanya tersenyum pahit kearahnya.

"By the way. Terima kasih tolong pinjamkan buku tadi."

"Oh takde hal. Hal kecik je." Ujar Halilintar kembali.

Hening....

"Halilintar."

Hali tersontak aat Gempa memanggilnya. Ketlihatan Gempa memandangnya dengan pandangan segan.

"Ya?"

Nafas ditarik lalu dihembus. Lalu Gempa membuka soalan yang ingin ditanya.

"Boleh tak kita...berkawan?" Soalnya dengan suara yang terketar-ketar. Mukanya juga terlihat takut jika Halilintar bakal menghina atau mengejeknya.

"Hm? Kalau nak kawan...aku sudi je." Ujar Halilintar disertai dengan senyuman yang menawan. Gempa yang tidak menyangkanya ingin menumpahkan air mata pada saat ni.

"Thank you Friend."

Dan disitulah permulaan persahabatan Gempa dan Halilintar. Malah semenjak Halilintar tahu rahsia Gempa, disitulah dia datang melindungi sahabat baiknya itu. Dan Gempa rasa sangat terharu.

Flashback off

Air mata Gempa berderai semula. Dia tersenyum manis mengingatinya. Syukur mempunyai sahabat yang sebaik ini.

"Aku sayang kau Halilintar. Terima kasih ya."

Kemudian Gempa naik ke biliknya untuk membuat apa yang patut.

To Be Continued

Hambar? Takyah cakap. Saya dah tahu awal2 lagi.. TvT.

Maaf ya lama tak update. Saya ada online class lagi ni. Harap korang enjoy ngan chapter ni.

Jangan lupa vote dan komen!

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now