CHAPTER 18

105 9 1
                                    

Hari demi hari saling berganti. Sudah hampir seminggu Yaya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis. Walaupun baru saja berpindah, tetapi dia sudah popular di sekolah tersebut kerana kejelitaannya yang setanding artis negara Korea Selatan. Ditambah pula dengan bentuk badan yang molek dan peribadi yang cantik, maka tidak hairanlah mengapa dia popular.

"Ramai betul yang kata awak cantik kan, Yaya?"

"Eh .mana ada, saya biasa-biasa je.." Balas Yaya malu-malu kucing.

Setelah tamatnya waktu sekolah, Yaya beserta rakan sekelasnya yang lain duduk di perhentian bas sementara menunggu kawannya yang lagi seorang datang. Ada juga diantara mereka yang pulang bersama ibu bapa mereka.

"Ehh, kawan saya dah datanglah. Saya pergi dulu, ya?" Yaya bingkas berdiri ingin meninggalkan pondok tersebut.

"Gempa!!!" Yaya berlari menuju kearah gadis tembam itu.

Gempa yang baru sahaja hendak keluar dari kawasan sekolah tersentak mendengar namanya dipanggil dengan kuat. Ditoleh kepala, dilihat Yaya sedang berlari kearahnya.

"Aduh...dia ni lagi..." Desis hati Gempa.

"Kenapa ni, Yaya?" Gempa cuba menyedapkan hatinya dengan bersikap baik dengan Yaya, walaupun agak kurang senang dengannya.

"Awak balik sorang je ke?" Tanya Yaya.

"Tak, nanti mak saya sampai lewat sikit." Jelas Gempa.

"Ohh..."

Mereka berdua senyap kembali. Masing-masing tiada topik yang ingin dibualkan.

"Gempa, jom teman saya sekejap!" Yaya tiba-tiba sahaja terus menarik tangan Gempa.

"E-Eh?! Nak pergi mana-"

"Teman saya pergi beli makanan kat gerai tu sekejap!" Yaya terus memotong kata-kata Gempa yang belum sempat dihabiskan. Gempa pula hanya pasrah. Diikutnya saja Yaya ke gerai itu.

🥀🥀🥀🥀🥀

Yaya dan Gempa hanya berbual sementara menunggu ibu bapa mereka berdua datang menjemput. Yaya seronok berceloteh dengan Gempa, sambil menikmati makanannya. Gempa pula, hanya menjadi pendengar yang setia sambil mengukir senyuman (pahit dan palsu) kepadanya. Tanda kurang selesa dengannya.

Sedang mereka seronok berbual, sekumpulan pelajar sekolah tinggi sibuk melepak di situ setelah tamat sekolah sambil memerhatikan mereka dari tadi. Mata mereka tertumpu kepada Yaya, yang langsung tidak menyedari perbuatan mereka itu.

"Cuba kau tengok perempuan rambut panjang tu, lawa gila, kan?" 

"Muka di macam orang Korea weh. Insecure gila aku."

"Tapi kawan dia tu macam tak padan je dengan dia..."

Gempa dari tadi hanya menciri-curi dengar perbualan pelajar-pelajar sekolah menengah itu. Wajahnya tampak keruh dan kurang senang. Memang, memang benar. Orang yang rupanya cantik dan berseri-seri sering menjadi pusat perhatian dan dipuji. Sedangkan orang yang berparas rupa kurang elok pula? Menjadi bahan hinaan 24 jam. 

Sejujurnya Gempa ingin saja menarik mulut pedas mereka sehingga putus. Ataupun menyumbat cili sebanyak mungkin kedalam mulut mereka. Tetapi apabila dia fikirkannya semula, keganasan tidak akan selesaikan masalah. Melainkan menambahkan lagi masalah. Jadi dia hanya mampu memendam dan bersabar. 

Dengan wajah yang keruh, Gempa mengambil begnya dan bangun daripada tempatnya. Yaya yang sedang makan tersentak dengan perbuatannya. "Eh Gempa, awak nak pergi mana?" Soal Yaya, kehairanan dan terkejut.

Gempa tidak menjawab apa-apa. Dia terus berjalan meninggalkan Yaya yang masih lagi terpinga-pinga. Sesungguhnya dia tidak tahan untuk menghadap Yaya yang menjadi bahan dirinya dibanding-bandingkan.

"Kenapa dengan si Gempa nih? Dia badmood ke? Atau aku ada buat apa-apa salah kat dia ke sampai taknak cakap dengan aku?" Soal Yaya dalam hati. 

 Sedang dia mengelamun memikirkan Gempa yang tiba-tiba bersikap dingin dengannya, tanpa disangka, bahunya dipegang oleh seseorang. Apabila ditoleh ke sebelah, kelihatan Natasha, Sofea, Lisa dan Daniel sedang tersenyum penuh makna kepadanya. 

"Jadi..kaulah Hana Melissa tu ya?" Soal Lisa penuh ingin tahu.

Yaya bingung dengan kelibat mereka berempat yang tiba-tiba datang menegur dan menyoal namanya. "Errr...ya, sayalah tu. Kenapa?" Yaya cuba bertenang dan hanya melayan mereka berempat.

Daniel pula menghampiri Yaya dan bermain dengan rambut panjangnya. "Lawa betul kau ni, Yaya. Takde beza macam artis Korea." Puji Daniel dengan suara seraknya. Eww, gatalnya! Dasar lelaki buaya!

Yaya berpeluh dingin. Kurang selesa dengan tindakan Daniel yang tiba-tiba bermain dengan rambutnya. "Terima kasih, tapi jangan main rambut saya, please. Tak selesalah..." Yaya menepis halus tangan Daniel yang masih bermain dengan rambutnya.

Daniel tergelak. "Comel betul Yaya ni. Bolehlah aku try dia." Bisik hati Daniel.

"Ehem! Tadi kitorang nampak awak tengah melepak dengan Gempa, awak dah jadi kawan dia ya?" Giliran Natasha pula mencelah. Dia cuba menukarkan bahasa dirinya daripada 'aku,kau' kepada 'saya,awak' agar dia boleh rapat dengan Yaya.

"Huh? Memang saya dah jadi kawan dia pun. Kenapa? Ada masalah kah?" Soal Yaya.

"Bukannya apa...tapi kitorang rasa, Gempa tu tak sesuailah berkawan dengan awak." Celah Sofea pula, sekaligus mengejek Gempa.

"Eh? Kenapa pulak?" Yaya menyoal mereka.

"Alah..takkanlah awak tak perasan lagi, awak tu cantik, badan lawa. Jauh beza dengan Gempa tu. Dia tu bukannya cantik sangat pun. Badan? Dia tu dahlah gemuk, 2 kali 5 macam gajah!" Ujar Sofea. Sambil membandingkan diri Yaya dan Gempa yang jauh beza.

Yaya dapat merasakan ada agenda tersembunyi diantara mereka. Mana tidaknya, tiba-tiba saja kawannya dihina sebegitu rupa? 

"Kenapa awak cakap dia macam tu? Tak baiklah!" Yaya bertegas, mempertahankan Gempa yang dihina sebegitu rupa

 "Apa? Memang betullah, kan? Daripada awak berkawan dengan dia, baik awak berkawan dengan kitorang. Takdelah awak malu nanti." Giliran Lisa pula memerli Gempa. Sekaligus cuba menghasut Yaya untuk menyertai kumpulannya.

"Walaupun dia tu berbadan besar, korang  tak patut cakap macam tu! Dia tu baik tahu tak?! Dan saya takkan malu berkawan dengan dia!" 

Yaya mengherdik mereka berempat. Dia juga terus mengambil begnya dan terus meninggalkan mereka yang masih lagi belum selesai dengannya. Yaya sangat pantang jika seseorang menghina kawannya, lebih-lebih lagi sekiranya yang dihina itu ialah kawan rapat atau orang kesayangannya. Yaya juga tidak mahu bercakap dengan orang yang telah menghina kawannya.

Lisa dan Sofea menggeram kerana gagal memujuk Gempa. Daniel pula hanya memerhati Yaya dengan pandangan lelaki buaya. Natasha pula hanya memandang Yaya dengan pandangan sinis. Nampaknya Yaya seorang yang tidak mudah termakan hasutan. Ianya menjadikan permainan Natasha semakin seronok.

"Ohh...macam tu kau cakap kat aku? Takpe...kita tunggu je nanti."   Desis hati Natasha, merancang sesuatu yang baharu untuk dijalankan.

To Be Continued

I'm back guyssss XD Rindu saya tak? Ehehe...:3

Harap korang enjoy ngan chapter nih. Maaf sesangat sebab lambat update...TAT Okey byeee XD

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now