CHAPTER 15

222 15 3
                                    

"Baik...terima kasih kelas."

"Terima kasih, cikgu!"

Selepas saja guru kelas mereka keluar dari kelas, pelajar-pelajar dengan cepat menyerbu meja dimana Yaya duduk. Masing-masing teruja ingin berkenalan dengan Yaya terutamanya pelajar lelaki.

"Hai Yaya! Selamat berkenalan!"

"Cantik orangnya ek..?"

"Jom berkawan!"

Penuh meja Yaya dengan pelbagai ayat perkenalan diri dan pelajar-pelajar yang sibuk ingin berkenalan dengannya. Sedangkan semasa di sekolah lama dahulu, tidak ramai yang ingin berkenalan dengannya.

"H-Hai semua..aku pun gembira jumpa korang." Yaya tersenyum manis. Helaian rambutnya diambil dan diletakkan ke belakang telinga.

Segelintir pelajar lelaki dalam kelas 6 Ibnu Khaldun itu mula jatuh hati dan terpikat dengan Yaya. Walhal baru hari pertama berjumpa, terus jatuh cinta. Tetapi semestinya itu bukan suka kerana hati yang tulus. Tetapi kerana..

RUPA PARAS...

"Kau ni comellah Yaya." Puji seorang pelajar lelaki yang sambil tersenyum (gatal).

"Betul? Terima kasih banyak.." Yaya tersenyum malu.

Mata hazel Yaya melilau keadaan kelas itu. Terlihat kemas dan cantik sekali kelas itu dek kerana baru dibersihkan tadi.

Secara tidak sengaja, matanya terpandang seorang pelajar bermata merah darah yang duduk tidak jauh darinya. Pelajar yang sedang membaca buku itu terlihat tidak menyedari akan perbuatan Yaya.

Yaya lantas bangun dari tempat duduknya. Tidak mempedulikan apa yang pelajar lain yang dari tadi mengerumuninya. Yaya ke meja pelajar itu dan berdiri di sebelahnya.

Pelajar yang dikenali sebagai Halilintar itu pada mulanya tidak ingin melayannya. Tetapi lama-kelamaan, kerana tidak selesa dengan perilaku Yaya yang sering melihatnya, akhirnya dia menegur Yaya. Tetapi dengan nada percakapan yang dingin.

"Ya? Ada apa?" Dingin nada suaranya.

"Hai, selamat berkenalan! Nama aku Hana dan kau boleh panggil aku Yaya. Apa nama kau?" Yaya dengan riangnya bertanya.

Hali hanya memandang wajah Yaya. Benar juga apa yang dikatakan rakan sekelasnya. Raut wajah Yaya yang ayu dan manis membuatkan segelintir pelajar lelaki sukakan padanya. Tetapi Halilintar bukan jenis seperti itu. Dia bukannya jenis yang memandang rupa.

 Dia bukannya jenis yang memandang rupa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: Anggap sahaja ni Yaya, okey? 👆

Kerana terpaksa, Halilintar menghela nafas kasar dan menjawab pertanyaan dan perkenalan Yaya.

"Nama aku Halilintar. Panggil je aku Hali." Jawab Halilintar. Walaupun dia masih bersikap dingin, Yaya masih lagi teruja untuk berkenalan dengannya.

"Oh...selamat berkenalan!" Kata Yaya dengan teruja. Tangannya dihulurkan bagi bersalam dengan Halilintar. Halilintar yang melihat perilaku Yaya menolak salamannya. Kerana orang lelaki mana boleh sentuh perempuan sesuka hati.

My Chubby Princess {OG}Where stories live. Discover now