1

25 3 0
                                    

Seorang gadis berambut pendek seperti lelaki, memandang kosong ke luar jendela. Padangan dia betul-betul kosong seperti hatinya yang sudah kosong.

Dia baru sahaja kehilangan kekasih hatinya iaitu Yumin. Seorang gadis yang manis yang mempunyai penyakit leukemia.

Mereka adalah pasangan yang mencintai sesama jenis tapi percintaan mereka tidak lama, apabila Yumin menghembuskan nafas terakhirnya.

"Kiya..." seseorang memanggilnya.

Kiya memandang ke belakang, dia tersenyum bila terlihat wajah putih bersih dari muka Eomma Yumin.

"Ye eomma... " balas dia sambil memeluk Puan Kim.

Puan kim mencium dahi Kiya dan meleraikan pelukan dengan perlahan. "Kamu dah siap berkemas?"

Kiya mengangguk tanda sudah. "Eomma boleh tak, saya jumpa hoseok dulu?"

"Boleh sayang... Pergi la jumpa dia." balas Puan Kim sambil tersenyum walaupun hati dia juga kosong seperti hati Kiya.

Kiya menunggu Hoseok di tempat mereka selalu lepak bersama Yumin. Kiya memandang sekeliling tempat itu dengan perasaan kosong dan sedih.

Tempat yang selalu dia habiskan masa bersama Yumin. Tempat dia bermanja, gaduh, sedih dan main layang-layang.

"Bro!"

Suara itu buat Kiya tersedar dari kisah manis dia bersama Yumin.

"Sorry la... Aku lambat, eomma aku tu, time aku nak jumpa kau la dia sibuk nak suruh buang sampah la, bagi Mike makan la... So ada apa kau nak jumpa aku?" sekian lama akhirnya itu yang Hoseok nak tanya.

Kiya hanya tergelak kecil dengan luahan kecil Hoseok seperti mengadu.

"Alah.... Kau ni aku tanya, kau gelak pulak" Hoseok menarik cap nya ke bawah sambil tayang wajah merajuk.

"Hahaha... Hodoh la kau buat muka macam tu..." kata Kiya tanpa berlapis.

Hoseok hanya bagi jelingan maut pada Kiya tapi dia sendiri tahu isi hatinya sekarang. Sejujurnya dia cuba untuk buang rasa sedih dalam hatinya bila dia tahu yang dia akan berjauhan dengan kawan karibnya. Dia cuba untuk buang perasaan itu.

"Aku.... Akan berpindah... " kata Kiya dengan suara sayu dan tahan tangisan.

Hoseok terkaku dengan kata-kata yang Kiya luahkan.

"Kiya! Aku merayu jangan tinggalkan aku"

Hoseok hanya mampu berkata dalam hati.

Sambung...

My Love is My BestfriendOù les histoires vivent. Découvrez maintenant