2

19 3 0
                                    

"Kau dah tahukan?" Kiya memandang Hoseok.

Hoseok menelan air liurnya sebelum berkata. "Kau... Nak tinggalkan aku?"

"Aku tak tinggalkan kau... Aku akan kembali... Aku tak sanggup nak tolak permintaan Kim eomma... Dia nak sangat aku ikut dia... Aku..." belum sempat Kiya habiskan ayatnya Hoseok mencelah.

"Aku faham... Kau jangan la risau..." sejujurnya Hoseok cuba menahan air mata dari jatuh.

"Alah... Kita kan boleh ja chat kan atau call... Kan?" tanya Kiya untuk tidak sendukan keadaan.

Hoseok hanya mengangguk, dia tidak mampu bersuara lagi. Kiya memeluk Hoseok dari sisi tepi.

"Kau nak nangis... Nangis la... Tak ada sapa nak tengok pun... Ada aku ja... " setelah Kiya berkata seperti itu. Hoseok terus memeluk dan menangis sepuas hatinya.

Sahabat mana sanggup berpisah, mereka sudah lama berkawan dari kawan tadika lagi sampai sekarang mestilah ada perasaan sayang dan cinta.

Di Airport (8:30am)

Kiya menunggu Hoseok. Hoseok kata dia mahu memberi salam perpisahan tapi dia tak datang lagi.

"Sayang... Jom dah sampai masanya..." kata Tuan Kim.

"Tapi... Hos..."

"KIYA!"

Kiya mencari gerangan suara itu. Dia tersenyum bila terlihat Hoseok berlari sambil terlompat-lompat ke arah dia.

"Ma... Maaf... Ak... Aku lambat" balas dia dengan tercungap-cungap.

"Aku ingat kau tak nak datang dah" perli Kiya.

"Mesti la aku datang... Hari ni ja kan aku nak tengok muka hodoh kau...." loyar buruk Hoseok.

"Eleh! Kau pun hodoh la... Aku tumbuk kang?" acah Kiya.

Hoseok tadah muka handsome nya ke arah Kiya, hari ini dia tak kisah pun jika muka dia bengkak untuk kali terakhir.

Tapi Kiya balas dengan pelukan. "Ingat janji kita?"

"Aku tak akan lupa" kata Hoseok sambil memegangnya rantai di lehernya.

Hari terakhir mereka berjumpa.

Kiya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan meletakkan di atas tapak tangan Hoseok.

"Hoseok... Aku nak kau simpan rantai ni... Rantai ni tanda persahabatan kita, janji dengan aku yang kau akan pakai rantai ni sampai bila-bila dan sampai kita berjumpa. Jika kita terpisah rantai ini akan temukan kita, kau janji dengan aku kan?"

"Okey, aku janji" Balas Hoseok.


Sambung....

Di belakang rantai itu ada tertulis nama Hoseok dan Kiya BEST - HOSEOK JUNGFRIEND - KIYA LEE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di belakang rantai itu ada tertulis nama Hoseok dan Kiya
BEST - HOSEOK JUNG
FRIEND - KIYA LEE

My Love is My BestfriendWhere stories live. Discover now