5

21 3 0
                                    

"Maaf... Aku lambat" Kiya mengambil tempatnya. Sebenarnya mereka berdua ada janji temu malam ini.

Entah tetiba Hoseok mengajak Kiya makan malam. Hoseok hanya mengangguk dan senyum.

"Sama, sama macam Kiya yang aku kenal. Tidak hormat orang langsung."

"Kau nak order apa? Order la" Soal Hoseok.

"Hmm... Apa yang sedap erk?" kata Kiya sambil menyelak satu persatu muka surat dari buku menu itu.

"Oh! Chicken chop... Aku nak chicken chop la, favourite aku ni" kata Kiya dengan ceria. Hoseok tersentak sedikit tapi Kiya tidak perasaan akan itu.

Mereka pun menjamu hidangan yang mereka order tadi. Selain itu mereka berbual kosong, entah kenapa Hoseok rasa selesa dengan tingkahlaku Kiya, walaupun dia jarang berbual dengan Kiya.

Hoseok perasan sesuatu yang berubah dari Kiya. "Kau... Rambut kau dah panjang."

Kiya menaikan kening dia. "Ha'ah, malas nak potong rambut" balasnya.

"yeppeun...." kata Hoseok dengan bisikan.

"Apa? Kau kata sesuatu ka?" tanya Kiya.

"Tak ada apa-apa... Makan la... Nanti aku nak bawa kau pergi tempat lain pula" kata Hoseok sambil mengigit ayamnya.

"Pergi mana pula?"

Rupanya Hoseok bawa Kiya ke tempat yang Hoseok selalu lepak dengan kawan dia Kiya dan Yumin. Kiya memandang sekeliling tempat itu.

"Banyak yang berubah tapi semakin cantik... Mesti Hoseok selalu bersihkan."

"Kau selalu ka datang sini?" Kiya cuba hilangkan rasa suasana kekok mereka.

Hoseok memeluk lututnya dan menarik nafas lepas itu hembus. "Selalu juga la, bila aku rindukan someone."

"Someone? Siapa dia tu? Yeojachingu kau ke?" kiya saja menyakat Hoseok mana lah tahu dalam 5 tahun ini Hoseok sudah ada buah hati.

"Yup..."

Kiya Agak terkejut dengan jawapan Hoseok. Tertiba dia rasa sebak. Dia diam, dia tak jawap ataupun bertanya apa-apa. Kiya hanya memandang air di sungai itu saja.

"Eh! Kau okay tak? Asal tertiba diam?" soal Hoseok, dia rasa pelik bila tertiba Kiya diam.

"Hoseok, aku balik dulu la... Terima kasih, belanja aku makan... Bye" Kiya bersuara tanpa memandang Hoseok.

Baru saja Hoseok mahu bersuara, Kiya sudah meninggal dia keseorangan. Hoseok pelik dengan sikap Kiya yang tertiba berubah.

"Dah kenapa dengan budak ni? Aku ada cakap sesuatu yang salah ka?"

Sambung....

Tiba-tiba je Kiya macam tu cemburu la tu. Bila cinta berputik kembali.

My Love is My BestfriendWhere stories live. Discover now