4

21 3 0
                                    

"KIYA!" suara itu membuat semua orang terkejut.

Seseorang memeluk Kiya dengan erat. Ah, baru teringat salah seorang dari mereka tidak ada disitu masa sesi perkenalan.

"Yah! Park Jimin! Kenapa kau peluk dia?" Jungkook cuba leraikan pelukkan erat Jimin.

Kiya menunjukkan muka terkejut, begitu juga dengan lima member lain. Kiya hanya ketawa, dia tidak pasti kenapa Jimin bertingkah seperti itu.

"Lepas la..." Jimin menolak Jungkook perlahan. "Kiya... Awak kiya kan? Kiya artis tomboy top Asia kan?" Soal Jimin membuat mereka terkejut teruk.

Entah sejak bila Jimin tahu pasal top tomboy Asia. Kiya mengangguk tanda betul. Itu membuat Jimin mahu memeluk Kiya lagi tapi dihalang oleh Jungkook.

Mana tidaknya seseorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki. 100% pakaian dari atas sampai bawah seperti lelaki tidak ada sedikit pun terpalit sisi wanita.

"Kejap kejap, Kiya ni perempuan?" Soal Suga atau Yoongi dengan pelik.

"Iya... Saya perempuan eh wanita..." katanya sambil melihat ketujuh mereka. Jimin tersenyum bahagia apabila berjumpa dengan idola tomboy yang dia idamkan.

Jimin seorang perminat setia Kiya. Semua member tidak tahu yang dia meminati Kiya.

Tidak tahu kenapa mereka ketawa, mungkin tidak menyangka seorang wanita boleh berubah 100% kepada seorang lelaki.

"Kiya... Jom join kami makan... Kau nak tak?" ajak Seokjin.

"Tapi..."

"Jom la Kiya... Saya nak sangat berbual dengan awak" Jimin menunjukkan puppy eyes.

Hoseok tidak mampu berkata apa-apa dia terkejut, sangat terkejut. Dia terpandang rantai di leher Kiya tapi dia tidak nampak loket itu.

Mungkin Kiya bukan orang yang dia cari. Sudah pasti ramai yang mempunyai nama yang sama.

"Jom Kiya... Bukan selalu seorang Army dapat makan bersama kami..." kali Hoseok bersuara.

"Bodoh punya Hoseok baru sekarang kau bersuara... Mereput aku tunggu kau cakap." ngomel Kiya dalam hati.

"Ok... Jom" akhirnya Kiya putuskan untuk makan bersama mereka.

Sudah sebulan Kiya menetap di Korea, banyak yang berubah dia sudah berlakon dan jadi model di korea. Tidak sangka masyarakat di Seoul korea terima dia seadanya.

Kiya pula sangat rapat dengan Jimin. Tapi Hoseok masih lagi tidak dapat temukan loket di leher Kiya. Dia hanya ingin tahu sama ada betul atau tidak.

"Hoseok!?"

Hoseok berpaling kebelakang, dia terkejut melihat orang yang memanggilnya.

Sambung....

My Love is My BestfriendWhere stories live. Discover now