01 | Ikatan sah

1K 154 28
                                    

~ If it's Meant To Be ~





"Aku nikahkan engkau dengan anakku Zara Inara binti Kassim dengan mas kahwin bernilai RM 500 tunai." Ucap Encik Kassim yang berbaju melayu berwarna peach sambil tangan beliau menyalam seorang lelaki.

"Aku terima nikahnya Zara Inara binti Kassim dengan mas kahwin bernilai RM 500 tunai." Darwisy Aysar mengucapkan lafaz kabul dengan sekali nafas sahaja.

"Sah?"

"Sah."

"Sah." Dua orang saksi bagi pengantin lelaki menjawab yakin.

"Alhamdulillah." Lalu semua orang pun menadah tangan sementara tok kadi membacakan doa.

Zara Inara yang bersolekan tidak terlalu tebal, berbaju pengantin putih bersama manik-manik yang menghiasi baju tersebut dan memakai shawl yang juga berwarna putih cuma menunduk sambil menadah tangan untuk berdoa. Matanya curi-curi memandang ke arah lelaki yang telah sah menjadi suaminya yang sedang duduk di hadapan walidnya yang turut menunduk membaca doa. Riak wajah Darwisy seperti tidak gembira namun dipasang senyuman bagi menyorok perasaan tersebut.

Dia sendiri tidak tahu hendak berasa apa dengan majlis pernikahan dia hari ini. Gembira? Tidak. Baginya terlalu awal untuk berkahwin pada usia semuda ini, jadi tidak mungkin dia gembira dengan semua ini. Hujung jari-jemarinya yang telah diwarnai dengan inai dipandang.

Angan-angan dia ingin membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran hanyalah menjadi angan-angan semata-mata. Majlis pernikahan dia hari ini cuma ada dia, adik kembar tak seirasnya, Qaseh Inara, kedua-dua orang tuanya, umi kepada Darwisy, tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak lelaki. Sekadar menepati syarat sah lafaz akad sahaja.

Rancanglah macam mana pun masa depan kita, rancangan Allah lah yang terbaik. Dialah sebaik-baik perancang.





♧♧♧





Majlis pernikahan antara Darwisy dengan Zara telah pun tamat pada jam empat petang. Sekarang, Darwisy sedang berada di dalam sebuah bilik tidur di rumah pangsapuri yang pada asalnya merupakan bilik Zara, kini menjadi bilik dia dengan gadis tersebut.

Darwisy menggantung tuala mandi di atas kerusi setelah mengelap rambutnya sehingga betul-betul kering lalu berdiri di hadapan almari solek, menatap pantulan dirinya pada cermin almari solek tersebut. Rambutnya yang masih lembap disikat kemas sebelum dia merenung ke arah pantulan dirinya semula.

          "Fuhh..." keluhan berat dilepaskan.




          Apalah nasib kena kahwin muda ni..

          Bisik hatinya.





~ Flashback ~





"Umi dengan Mak Cik Khadijah dah rancang sama-sama dah. Kitorang nak kahwinkan Awisy dengan Zara." Ujar Puan Mariam tenang, selaku umi kepada Darwisy.

"WhaT?!" Darwisy sekali dengan Zara terkejut.

Sejujurnya, Puan Mariam dan Puan Khadijah iaitu emak Zara sudah dapat mengagak reaksi anak mereka akan terkejut beruk.

Zara memandang emaknya tak percaya.

"Makkk! Apa niii? Tadi kata nak borak-borak dengan Aunty Mariam je! Patutlah tak nak ajak adik! Ajak kakak je! Ingatkan apalah yang special sangat tadi. Ishh, kalau tahu tadi, baik takyah ikut." Zara berpeluk tubuh dengan air muka masam mencuka.

If it's Meant To Be [ ON HOLD ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz