07 | Merajuk

573 105 27
                                    

~ If it's Meant To Be ~





Salam Aidiladha 🤍🌻





Pintu bilik Qaseh dibuka Zara lalu gadis itu terus menapak masuk sebelum menutup semula pintu. Dia tahu pasti Darwisy akan masuk bilik tidur utama untuk berbincang tetapi dia tak mahu berhadapan dengan lelaki itu buat sementara waktu.

Adik kembarnya yang sedang berada di meja belajar, menatal skrin telefon melalui media sosial mengangkat muka apabila perasan Zara masuk.

"Kak, adik nak tanya ni." Qaseh bersuara lalu duduk menghadap si kakak yang baru menghenyak punggung di birai katil.

"Hm, pe?" Ringkas Zara membalas.

"Diaaa... tak tahu lagi eh yang kakak kahwin dengan Abe Awisy?" Soal Qaseh ingin tahu.

"Iyelah! Aku dah suruh kau diam tadi kan? Mulut murai betul. Habis sekarang dah kecoh jadinya." Nampak gaya macam marah saja muka Zara.

"Hurm... sorry.." balas Qaseh serba salah. "Tapi takpe. Eloklah dia dah tahu. Senang sikit kerja kita." Gadis itu memasang wajah ceria tiba-tiba.

"Senang apa? Lagilah masalah nanti! Ish kau ni." Zara berpeluk tubuh.

"Hahahah, takpe takpe. Insha-Allah, takde pape." Kata Qaseh dengan sengihan. "Macam mana kakak boleh kenal dia?"

"Macam mana lagi? Mestilah kakak stalk. Jumpa dekat follower list Darwisy. Tapi Darwisy tak follow pun si Rainaa tu."

"Hm, eloklah tu. Dia dah move on la kiranya tu."

"Harap sangatlah dah move on. Akak pun risau takut dia masih ada perasaan dekat perempuan tu. Ugh, takde adabnya dia tu. Datang rumah orang, macam tu perangai?"

"Tulah kan. Takpe, kak. Adik percayakan Abe Awisy. So kakak tak perlu risaulah. Insha-Allah semuanya baik-baik aje. K?" Qaseh cuba meyakinkan kakaknya.

"Hm.. k..."

"K la, adik kemas barang dulu. Esok nak kena balik dah."

"Hah? Nak kemas dah? Awal lagi kan?"

"Alah, kumpul-kumpul gitu je. Takut tertinggal apa-apa kang susah pulak. Lepas tu kena cop nyanyuk dengan orang tu." Qaseh seperti memerli kakaknya.

"Ehhh, perli pulak diaaa." Pipi Qaseh ditolak-tolak oleh Zara membuatkan si adik tertawa.

"Besok jelah kemas. Lepas balik sekolah."

"Urm... tapi adik plan macam ni. Sebelum pergi sekolah tu, adik prepare semua beg dan barang adik depan pintu. Nanti bila balik sekolah, Abe Awisy terus bawalah beg adik masuk kereta dia untuk ambik kakak balik sekolah. Lepas tu beg semua dibawa masuk kereta mak bila waktu balik tu. Sebab mak kata dia nak ambik adik balik lepas sekolah esok. Terus balik rumah kita, takyah ulang-alik." Panjang lebar Qaseh berbicara.

"Ohh, hurm.. yelah. Nampak sangat nak balik awal kan? Yelah." Wajah muram ditayangkan Zara.

"Eh eh, jangan merajuk, kak. Hahahaha! Insha-Allah, nanti adik datang lagi k? Sekali mak dengan walid adik bawa."

"Kkkk. Dahlah, akak nak belajar. Mana buku akaun kau? Pinjam."

"Ada dalam beg. Ambik ah." Jawab Qaseh lalu menghempas tubuh di atas katil dalam keadaan meniarap.

If it's Meant To Be [ ON HOLD ]Where stories live. Discover now