02 | New home

547 135 33
                                    

~ If it's Meant To Be ~





Keesokan harinya, Darwisy bangun awal pagi untuk menunaikan solat fardu subuh. Selimut ditarik lalu dia menurunkan kaki dari katil. Zara di sebelah yang masih lena dipandangnya tak berperasaan. Dia bangun dan menapak keluar bilik untuk ke bilik air dan membersihkan diri setelah mencapai tuala mandi. Sempat dia menutup kipas bilik oleh sebab suhu bilik yang terasa dingin pada pagi itu.

          Siap mandi dan menyarungkan baju bersih, dia mendekati Zara lalu mengejut gadis tersebut.

          "Zara, bangun. Solat subuh." Ucap Darwisy perlahan.

          Zara pun terjaga dengan sekali kejut sahaja lalu membuka pejaman mata dan melihat suaminya sedang duduk di tepinya.

          "Bangun cepat. Nak solat." Kata si suami.

          Zara bangun dari baring sambil menggosok matanya sedikit. Bau haruman tubuh Darwisy masuk ke rongga hidungnya.

          "Mm? Awak dah mandi ke?" Soal wanita tersebut.

          "Ye.. kenapa?"

          "Urm... tak sejuk ke air?"

"Tak pun.. bangun cepat. Nak solat berjemaah ke solat sendiri?"

"Mm... berjemaah pun boleh la. Kejap, saya ambik wuduk."

"Tak mandi dulu?"

"Tak naklah.. sejukk..."

"Habis tu pergi sekolah tak mandi ke?"

"Hishhh... banyak soal laa.. saya masak air dulu laaa... dah dah, diam." Dengan suara lemah Zara membalas. Dahinya berkerut. Malas nak jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh suaminya awal pagi ni.

Dia pun menapak keluar untuk ke bilik air dan mengambil wuduk. Habis itu, dia masuk semula ke dalam bilik tidur lalu menyarungkan telekung dan solat berjemaah dengan si suami.





♧♧♧





Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Zara duduk bersama Darwisy di ruang tamu dengan Puan Mariam dan Encik Kassim selepas mandi. Biasanya Zara akan mandi waktu tengah hari di hujung minggu tetapi disebabkan kehadiran Darwisy di rumah ini, terpaksalah dia ubah sikit rutinnya. Qaseh pula masih di dalam bilik tidur. Tidur mungkin. Biasalah, hujung minggu kan?

"Awisy."

"Hm?" Darwisy bergumam sebagai balasan apabila uminya memanggil.

"Awisy nak umi carikan rumah untuk Awisy dengan Zara ke? Umi boleh tolong." Kata Puan Mariam.

"Eish, takyah la, umi. Takyah susah-susah."

"Takpelah, bil elektrik bil air semua umi boleh tolong bayarkan. Sampailah Awisy dah dapat kerja, baru Awisy start bayar sendiri. Tapi umi masih boleh tolong."

"Ya Allah, umi.. takpeee. Tak payah. Umi dah banyak tolong Awisy. Takpe takpe. Awisy dengan Zara tak kisah pun kalau tinggal serumah dengan umi. Lagipun kalau kitorang duduk rumah baru, siapa nak jaga umi? Kan kan?" Darwisy menyiku lembut Zara yang sedang duduk di sebelahnya sambil memandang gadis tersebut dengan pandangan serius.

Dia tak tahu yang uminya perasan pandangannya itu.

"Tak payah la nak pandang-pandang serius macam tuuu. Tak baik tau." Kata beliau sambil jari telunjuk mencuit-cuit sisi perut Darwisy menyebabkan lelaki itu kegelian lalu tergelak.

If it's Meant To Be [ ON HOLD ]Where stories live. Discover now