08 | "Drama queen!"

662 106 43
                                    

~ If it's Meant To Be ~





Seperti biasa, Darwisy akan ke kolej selepas sahaja menghantar Zara ke sekolah. Dalam perjalanan ke dewan kuliah, dia ternampak Rainaa sedang berjalan ke sana juga beriringan dengan seorang kawan. Darwisy pun melajukan langkahnya lalu memanggil nama gadis itu.

"Rainaa!" Laungnya membuatkan Rainaa dan rakannya menoleh ke belakang.





'My god.. dia lagi.'

Bisik hati Rainaa.

"Kau boleh pergi dulu." Katanya kepada si kawan.

"Okey." Lalu kawannya yang bertudung corak bunga pun melangkah pergi sebelum Rainaa menoleh ke arah Darwisy yang sudah berdiri di sebelahnya.

Mereka berdiam sebentar. Laluan koridor itu hanya ada beberapa orang saja yang lalu-lalang.

"Kenapa awak panggil?" Soal Rainaa sambil berpeluk tubuh dan melirik mata ke arah lain.

"Um... awak..tak bagitahu orang lain kan?" Darwisy bertanya agak kekok.

Rainaa pun melepaskan keluhan.

"Haih... takde benda lain ke awak nak cakap? Suka hati sayalah nak bagitahu orang ke tak. Apa masalah awak?"

"Rainaa, janganlah... memang saya panggil awak untuk tanya pasal ni pun. Kalau tak, saya tak kacau awak dah."

"Tch, ugh." Rainaa merengus.






'So kalau aku janji aku tak nak bagitahu, dia tak nak jumpa dengan aku lagilah? Ugh, sengaja pergunakan aku dia ni.'

Desis hati Rainaa geram.

"Fine, saya rahsiakan pasal ni. Bersyarat." Ayat Rainaa terus membuat Darwisy berasa lega.

"Make sure tak tipu saya lagi tau. Apa-apa je bagitahu saya. Awak percayakan saya kan? Buat apa nak tipu? Ish, kalau awak tipu lagi, saya bagitahu semua orang pasal rahsia awak tu." Sambung Rainaa dengan wajah serius.

"Ye ye. Ikut awaklah nak apa pun. Janji simpan rahsia ni dulu." Balas Darwisy tersenyum nipis.

"Hm, dahlah. Nak masuk kuliah."

"Okey, jomm."

Dengan hati lega, Darwisy berjalan beriringan dengan Rainaa ke dewan kuliah yang terletak beberapa kaki dari koridor yang mereka berada.





♧♧♧





Apple Watch yang dipakai Darwisy menunjukkan pukul 1:15 petang. Dia dalam perjalanan ke tempat letak kereta untuk mengambil Zara dari sekolah sementara menunggu kelas yang seterusnya pada jam 2:30 petang.

Pintu kereta dibuka dan pada masa yang sama, seseorang datang memanggil Darwisy.

"Darwisy!"

Jejaka itu mengangkat muka dan mendapati Rainaa baru sampai dan berdiri di hadapannya.

"Nakk..ambik Zara ke?" Tanya dia dengan senyuman pendek.

"Ha'ah. Nak ambik dialah ni. Kenapa?" Soal Darwisy sambil membalas pandangan Rainaa.

"Erm... saya nak ikut." Jawab gadis itu dengan muka tak malunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

If it's Meant To Be [ ON HOLD ]Where stories live. Discover now